Malaysia legislation

Section 14

of *AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990

Seksyen 14

(2)

Sesuatu kontrak yang disebut di bawah subseksyen (1)

hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Kerajaan-Kerajaan.

(3)

Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (4), sesuatu kontrak yang disebut di bawah subseksyen (1) bagi maksud mencari gali dan mengeksploitasi petroleum hendaklah suatu kontrak kongsi pengeluaran dan hendaklah mengandungi, antara lain, terma dan syarat yang berikut:

(a)

bagi maksud seksyen 7, amaun sebanyak sepuluh peratus daripada pengeluaran kasar petroleum hendaklah dibayar oleh kontraktor kepada Pihak Berkuasa Bersama sebagai royalti mengikut cara dan pada masa yang dinyatakan dalam kontrak itu;

(b)

lima puluh peratus daripada pengeluaran kasar petroleum hendaklah digunakan oleh kontraktor bagi maksud mendapatkan kembali kos bagi pengendalian petroleum;

(c)

bahagian yang selebihnya daripada pengeluaran kasar petroleum itu, selepas dibuat potongan bagi maksud perenggan (a) dan (b), hendaklah disifatkan sebagai petroleum untung dan hendaklah dibahagikan sama banyak di antara Pihak Berkuasa Bersama dengan kontraktor;

Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 15

(d)

kontrak itu hendaklah sah selama tempoh tidak melebihi tiga puluh lima tahun tetapi tidak boleh melebihi tempoh kesahan Perjanjian;

(e)

segala kos pengendalian petroleum hendaklah ditanggung oleh kontraktor dan boleh, tertakluk kepada perenggan (b), didapatkan kembali daripada pengeluaran;

(f)

amaun minimum yang hendaklah dibelanjakan oleh kontraktor bagi pengendalian petroleum di bawah kontrak sebagai komitmen minimum sebagaimana yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Bersama dan kontraktor;

(g)

pembayaran ses penyelidikan oleh kontraktor kepada

Pihak Berkuasa Bersama sebanyak satu perdua daripada satu peratus agregat bagi bahagian pengeluaran kasar yang digunakan bagi maksud mendapatkan kembali kos di bawah perenggan (b) dan bahagian petroleum untung untuk kontraktor di bawah perenggan(c) mengikut cara dan pada masa yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa

Bersama, dengan syarat bahawa pembayaran itu tidak boleh didapatkan kembali daripada pengeluaran; dan

(h)

apa-apa pertikaian atau perselisihan yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kontrak yang tidak dapat diselesaikan secara berbaik-baik hendaklah dirujuk kepada timbang tara di hadapan suatu panel yang terdiri daripada tiga orang penimbang tara, seorang penimbang tara hendaklah dilantik oleh setiap pihak, dan penimbang tara yang ketiga hendaklah dilantik bersesama oleh kedua-dua pihak itu. Jika pihak-pihak itu tidak dapat bersetuju dengan pemilihan penimbang tara yang ketiga itu dalam suatu tempoh yang ditentukan, maka penimbang tara yang ketiga itu hendaklah dilantik dengan membuat permohonan kepada Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa

(UNCITRAL). Prosiding timbang tara hendaklah dijalankan mengikut kaedah-kaedah UNCITRAL. Tempat timbang tara itu hendaklah sama ada Bangkok atau Kuala

Lumpur, atau mana-mana tempat lain sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak itu.

16

Undang-Undang Malaysia

(4)

Pihak Berkuasa Bersama boleh mengubah mana-mana amaun yang disebut dalam perenggan (3)(b), (c) dan (g) berkenaan dengan apa-apa kontrak dengan kelulusan Kerajaan-Kerajaan:

Dengan syarat bahawa tidak boleh ada apa-apa perubahan mana-mana amaun ini berkenaan dengan kontrak yang ada tanpa persetujuan kontraktor.

(5)

Bagi maksud seksyen ini, “pengeluaran kasar” berhubungan dengan gas ertinya hasil kasar daripada penjualan gas.

Section 14 — MALAYSIA-THAILAND JOINT AUTHORITY ACT 1990