PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1990/440
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990 is Malaysia Act, cited as Act 440 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.
Opening note
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Undang-Undang Malaysia
“garis pembahagi bidang kuasa” ertinya garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut:
U 7° 35'.0
T 103° 23'.0
yang membahagikan bidang kuasa sivil dan jenayah dalam Kawasan
Pembangunan Bersama;
“Kawasan Pembangunan Bersama” ertinya kawasan tertentu di pelantar benua Malaysia dan Thailand di Teluk Siam yang diperihalkan di bawah seksyen 6;
“Kerajaan-Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan
Thailand;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa
Bersama Malaysia-Thailand yang disebut di bawah seksyen 9;
“Memorandum
Persefahaman,
1979”
ertinya
Memorandum
Persefahaman di antara Malaysia dengan Thailand mengenai
Penubuhan suatu Pihak Berkuasa Bersama bagi Mengeksploitasikan
Sumber Dasar Laut dalam Kawasan Tertentu di Pelantar Benua
Kedua-dua Negara di Teluk Siam, yang ditandatangani pada 21
Februari 1979;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi petroleum;
“Perjanjian” ertinya Perjanjian mengenai Perlembagaan dan
Perkara-Perkara Lain yang Berhubungan dengan Penubuhan Pihak
Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand yang ditandatangani oleh
Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand pada 30 Mei 1990, di
Kuala Lumpur, Malaysia;
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 9
“petroleum” ertinya apa-apa minyak mineral atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang terdapat dalam keadaan semula jadinya dan spirit petroleum kepala selongsong, termasuk syal bitumin dan longgokan berstrata lain yang daripadanya minyak boleh didapati;
“Pihak Berkuasa Bersama” ertinya Pihak Berkuasa Bersama
Malaysia-Thailand;
“sumber alam” ertinya apa-apa sumber alam tidak hidup termasuk apa-apa mineral, minyak mineral dan logam.
Bahagian II
Penubuhan Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand
Pihak Berkuasa Bersama hendaklah mempunyai personalti juristik dan hendaklah berdomisil di Malaysia dan Thailand.
Pihak Berkuasa Bersama hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih, tidak termasuk tanah, dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah, menggadai, menggadai janji, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan di dalamnya yang terletak hak pada Pihak Berkuasa Bersama mengikut apa-apa terma yang difikirkannya sesuai.
Kuasa dan fungsi Pihak Berkuasa Bersama
Pihak Berkuasa Bersama hendaklah mempunyai apa-apa kuasa dan melaksanakan apa-apa fungsi yang perlu bagi pelaksanaan tugasnya dan penikmatan hak dan keistimewaannya di bawah, dan setakat selaras dengan, Akta ini.
10
Undang-Undang Malaysia
Cari gali dan eksploitasi sumber alam
Pihak Berkuasa Bersama dengan ini diletakhakkan dengan dan memegang hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk mencari gali dan mengeksploitasikan sumber alam, khususnya petroleum, dalam Kawasan Pembangunan Bersama.
Bahagian III
Kawasan Pembangunan Bersama hendaklah kawasan yang disempadani oleh garis-garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut:
U 6° 53'.0
T 102° 34'.0
dan yang ditunjukkan dalam bahagian yang releven Carta Admiralti
British No. 2414, Edisi 1967, yang reproduksinya adalah seperti dalam Jadual.
Bahagian IV
Pihak Berkuasa Bersama hendaklah membayar kepada setiap satu daripada Kerajaan-Kerajaan royalti sebanyak lima peratus daripada pengeluaran kasar petroleum, mengikut cara dan pada masa yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan.
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 11
Bahagian V
Kos, faedah dan bayaran tahunan
Sehingga suatu masa apabila Pihak Berkuasa Bersama mempunyai pendapatan yang cukup untuk membiayai perbelanjaan kendalian tahunannya, Kerajaan Malaysia hendaklah membayar kepada Kumpulan Wang apa-apa bayaran tahunan yang ditentukan mengikut Perjanjian tertakluk kepada bayaran yang sama banyak dibuat oleh Kerajaan Thailand.
Bahagian VI
MALAYSIA-THAILAND
Penubuhan Kumpulan Wang
Aset Kumpulan Wang hendaklah termasuk―
apa-apa sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan-Kerajaan di bawah Perjanjian, dan yang disebut di bawah subseksyen 8(2);
wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
12
Undang-Undang Malaysia
wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, atau gadaian yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa Bersama;
wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
apa-apa wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa jua cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa Bersama berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
Penggunaan Kumpulan Wang
Kumpulan Wang boleh digunakan untuk―
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh
Pihak Berkuasa Bersama dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya mengikut peruntukan belanjawan yang diluluskan dan tertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15;
menjelaskan apa-apa wang yang dipinjam oleh Pihak
Berkuasa Bersama di bawah perenggan 12(1)(c), termasuk bunga dan belanja lain yang bersampingan dengan pinjaman itu;
apa-apa pelaburan yang diputuskan oleh Pihak Berkuasa
Bersama tertakluk kepada kelulusan Kerajaan-Kerajaan;
dan
tertakluk kepada seksyen 11, pembayaran wang yang sama banyak amaunnya kepada Kerajaan-Kerajaan daripada pendapatan yang terakru kepada Pihak Berkuasa
Bersama selepas ditolak perbelanjaan yang disebut dalam perenggan (a) dan (b) termasuk apa-apa perbelanjaan lain yang dipersetujui oleh Kerajaan-Kerajaan.
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 13
Kumpulan wang rizab
Pihak
Berkuasa
Bersama hendaklah menubuhkan dan menguruskan suatu kumpulan wang rizab di dalam Kumpulan Wang mengikut apa-apa terma dan syarat yang diputuskan bersesama oleh
Kerajaan-Kerajaan.
Sekatan atas urusan kewangan
memberikan bantuan kewangan kepada mana-mana syarikat, badan atau orang dengan mengambil syer atau debentur atau dengan cara pinjaman, pendahuluan, pemberian atau selainnya;
membeli, mengunderait atau selainnya memperoleh apa-apa saham dan syer dalam mana-mana syarikat awam atau syarikat persendirian; atau
meminjam wang, atau membuat apa-apa jaminan atau tanggung rugi yang melibatkan liabiliti kewangan.
Dalam memberikan apa-apa keizinan di bawah subseksyen (1)
Kerajaan-Kerajaan boleh bersesama mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkan sesuai olehnya.
Liabiliti Pihak Berkuasa Bersama bukan tanggungjawab
Kerajaan-Kerajaan
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mewujudkan apa-apa jua pun tanggungjawab bagi Kerajaan Malaysia atau Kerajaan Thailand berkenaan dengan apa-apa liabiliti Pihak
Berkuasa Bersama.
14
Undang-Undang Malaysia
Bahagian VII
Larangan mencari gali atau mengeksploitasi sumber alam tanpa kontrak
Sesuatu kontrak yang disebut di bawah subseksyen (1)
hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Kerajaan-Kerajaan.
Tertakluk kepada peruntukan subseksyen (4), sesuatu kontrak yang disebut di bawah subseksyen (1) bagi maksud mencari gali dan mengeksploitasi petroleum hendaklah suatu kontrak kongsi pengeluaran dan hendaklah mengandungi, antara lain, terma dan syarat yang berikut:
bagi maksud seksyen 7, amaun sebanyak sepuluh peratus daripada pengeluaran kasar petroleum hendaklah dibayar oleh kontraktor kepada Pihak Berkuasa Bersama sebagai royalti mengikut cara dan pada masa yang dinyatakan dalam kontrak itu;
lima puluh peratus daripada pengeluaran kasar petroleum hendaklah digunakan oleh kontraktor bagi maksud mendapatkan kembali kos bagi pengendalian petroleum;
bahagian yang selebihnya daripada pengeluaran kasar petroleum itu, selepas dibuat potongan bagi maksud perenggan (a) dan (b), hendaklah disifatkan sebagai petroleum untung dan hendaklah dibahagikan sama banyak di antara Pihak Berkuasa Bersama dengan kontraktor;
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 15
kontrak itu hendaklah sah selama tempoh tidak melebihi tiga puluh lima tahun tetapi tidak boleh melebihi tempoh kesahan Perjanjian;
segala kos pengendalian petroleum hendaklah ditanggung oleh kontraktor dan boleh, tertakluk kepada perenggan (b), didapatkan kembali daripada pengeluaran;
amaun minimum yang hendaklah dibelanjakan oleh kontraktor bagi pengendalian petroleum di bawah kontrak sebagai komitmen minimum sebagaimana yang dipersetujui oleh Pihak Berkuasa Bersama dan kontraktor;
pembayaran ses penyelidikan oleh kontraktor kepada
Pihak Berkuasa Bersama sebanyak satu perdua daripada satu peratus agregat bagi bahagian pengeluaran kasar yang digunakan bagi maksud mendapatkan kembali kos di bawah perenggan (b) dan bahagian petroleum untung untuk kontraktor di bawah perenggan(c) mengikut cara dan pada masa yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa
Bersama, dengan syarat bahawa pembayaran itu tidak boleh didapatkan kembali daripada pengeluaran; dan
apa-apa pertikaian atau perselisihan yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kontrak yang tidak dapat diselesaikan secara berbaik-baik hendaklah dirujuk kepada timbang tara di hadapan suatu panel yang terdiri daripada tiga orang penimbang tara, seorang penimbang tara hendaklah dilantik oleh setiap pihak, dan penimbang tara yang ketiga hendaklah dilantik bersesama oleh kedua-dua pihak itu. Jika pihak-pihak itu tidak dapat bersetuju dengan pemilihan penimbang tara yang ketiga itu dalam suatu tempoh yang ditentukan, maka penimbang tara yang ketiga itu hendaklah dilantik dengan membuat permohonan kepada Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa
(UNCITRAL). Prosiding timbang tara hendaklah dijalankan mengikut kaedah-kaedah UNCITRAL. Tempat timbang tara itu hendaklah sama ada Bangkok atau Kuala
Lumpur, atau mana-mana tempat lain sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak itu.
16
Undang-Undang Malaysia
Pihak Berkuasa Bersama boleh mengubah mana-mana amaun yang disebut dalam perenggan (3)(b), (c) dan (g) berkenaan dengan apa-apa kontrak dengan kelulusan Kerajaan-Kerajaan:
Dengan syarat bahawa tidak boleh ada apa-apa perubahan mana-mana amaun ini berkenaan dengan kontrak yang ada tanpa persetujuan kontraktor.
Bagi maksud seksyen ini, “pengeluaran kasar” berhubungan dengan gas ertinya hasil kasar daripada penjualan gas.
Bahagian VIII
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh, dengan kelulusan Kerajaan-Kerajaan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan yang berikut:
pengelolaan atau penjalanan apa-apa perniagaan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cari gali dan eksploitasi sumber alam dalam Kawasan Pembangunan
Bersama;
pembayaran apa-apa wang yang kena dibayar kepada
Kerajaan-Kerajaan oleh Pihak Berkuasa Bersama di bawah seksyen 7 dan perenggan 10(d);
terma dan syarat perlantikan bagi, dan emolumen, elaun perjalanan dan elaun saraan hidup yang kena dibayar kepada, Pengerusi Bersama dan anggota lain Pihak
Berkuasa Bersama;
tatacara pemberian tender dan award bagi mana-mana kontrak yang boleh dibuat di bawah seksyen 14, termasuk terma dan syarat yang boleh dimasukkan ke dalam kontrak itu;
penyimpanan akaun yang patut dan rekod lain bagi transaksi dan hal ehwal Pihak Berkuasa Bersama mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum;
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 17
penyediaan penyata akaun tahunan dan, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, penguntukan keuntungan;
standard bagi cari gali dan eksploitasi petroleum dalam
Kawasan Pembangunan Bersama; dan
apa-apa perkara lain bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini:
Dengan syarat bahawa berkenaan dengan perkara yang disebut di bawah perenggan (a), (d), (e), (f), (g), (h) dan (i), peraturan-peraturan sedemikian boleh dibuat selepas berunding dengan Pihak Berkuasa
Bersama.
Bahagian IX
MAHKAMAH
Pekhidmatan awam
Mana-mana anggota Pihak Berkuasa Bersama atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Pihak Berkuasa Bersama hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat mengikut pengertian Kanun Keseksaan
[Akta 574].
Bidang kuasa Mahkamah Sesyen
Bagi maksud menjalankan bidang kuasa ke atas apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15, subseksyen 18(2), dan perenggan 18(6)(b) dan (d) hendaklah terpakai.
Bahagian X
Bidang kuasa ke atas Kawasan Pembangunan Bersama
Bidang kuasa sivil dan jenayah―
Malaysia dalam
Kawasan
Pembangunan
Bersama hendaklah meliputi kawasan yang disempadani oleh garis-garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut:
Thailand dalam
Kawasan
Pembangunan
Bersama hendaklah meliputi kawasan yang disempadani oleh garis-garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut:
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dengan apa-apa jua cara menyentuh hak kedaulatan Malaysia ke atas Kawasan
Pembangunan Bersama, dan apa-apa penepian bidang kuasa di bawah
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 19
seksyen ini tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa dan kesan melampaui tempoh kesahan Perjanjian.
Keizinan oleh Malaysia bagi penjalanan bidang kuasa sivil dan jenayah oleh Thailand di bawah perenggan (2) (b) dan penjalanan berterusan bidang kuasa ke atas perkara yang berhubungan dengan kastam dan eksais, dan pencukaian, dalam Kawasan Pembangunan
Bersama adalah dengan syarat terdapat pengiktirafan bersaling akan hak Malaysia di bawah perenggan (2)(a).
Apa-apa bidang kuasa yang diletakhakkan pada Malaysia atau
Thailand di bawah seksyen ini berkenaan dengan Kawasan
Pembangunan Bersama hanyalah ke atas perkara-perkara dan setakat yang diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pelantar benua dan sebagaimana yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa sahaja.
Bagi maksud seksyen ini―
“bidang kuasa sivil dan jenayah” tidak termasuk bidang kuasa ke atas perkara yang berhubungan dengan kastam dan eksais, dan pencukaian;
bidang kuasa jenayah ke atas sesuatu kesalahan yang dilakukan di atas platform atau pepasangan yang mencelapaki garis pembahagi bidang kuasa dan yang dibina bagi maksud mencari gali dan mengeksploitasi sumber alam di dasar laut dan tanih bawah dalam
Kawasan Pembangunan Bersama hendaklah dipegang secara eksklusif oleh Malaysia atau Thailand mengikut penetapan platform atau pepasangan itu sebagai kepunyaan Malaysia atau Thailand;
pemutusan sama ada sesuatu platform atau pepasangan yang mencelapaki garis pembahagi bidang kuasa dan yang dibina bagi maksud mencari gali dan mengeksploitasi sumber alam di dasar laut dan tanih bawah dalam
Kawasan
Pembangunan
Bersama ialah sebahagian daripada Malaysia atau Thailand berhubungan dengan apa-apa soalan yang hendak diputuskan dalam mana-mana prosiding sivil atau bagi maksud pemegangan atau penjalanan bidang kuasa sivil oleh Malaysia atau Thailand
20
Undang-Undang Malaysia hendaklah mengikut penetapan platform atau pepasangan itu sebagai kepunyaan Malaysia atau Thailand; dan
penetapan sesuatu platform atau pepasangan sebagai kepunyaan Malaysia atau Thailand di bawah perenggan
dan (c) hendaklah diputuskan mengikut prinsip tempat letak paling substansial.
Bahagian XI
Hak, kebebasan atau keistimewaan di perairan superjasen
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dengan apa-apa jua cara mengawal selia, atau menyentuh apa-apa tuntutan berkenaan dengan, apa-apa hak, kebebasan dan keistimewaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak, kebebasan dan keistimewaan yang berhubungan dengan perikanan, yang mungkin ada pada Malaysia atau Thailand ke atas perairan superjasen dalam Kawasan Pembangunan Bersama menurut kuasa Perkara IV Memorandum Persefahaman, 1979.
Bahagian XII
Pelanggaran subseksyen 14 (1)
Tertakluk kepada seksyen 22, mana-mana orang, termasuk pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhan perbadanan, yang bertindak dengan melanggar subseksyen 14 (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan; dan apa-apa jentera, perkakas, loji, bangunan dan harta atau benda lain yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan dalam melakukan kesalahan itu boleh dikenakan lucut hak.
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 21
Kesalahan lain
Tertakluk kepada seksyen 20 dan 22, mana-mana orang, termasuk pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhan perbadanan, yang bertindak dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15 adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan
Jika seseorang yang disabitkan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang disebut di bawah seksyen 20 atau 21 ialah suatu pertubuhan perbadanan, ia hanya boleh dikenakan apa-apa denda yang diperuntukkan di dalam seksyen 20 atau 21 itu.
Pengarah dan pegawai pertubuhan perbadanan boleh dipertuduh bersesama dengan pertubuhan perbadanan
Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15
ialah suatu pertuduhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Penalti bagi kesalahan kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan oleh ejen
Mana-mana orang yang akan boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15 kerana apa-apa jua perkara yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.
Bahagian XIII
Akta ini mengatasi undang-undang lain
Jika mana-mana peruntukan Akta ini adalah bercanggahan atau tidak selaras dengan mana-mana peruntukan dalam mana-mana undang-undang lain, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi peruntukan undang-undang lain itu.
Penguasaan dan pengawalan pelaksanaan Akta ini
Menteri hendaklah mempunyai penguasaan dan pengawalan ke atas pelaksanaan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15, dan hendaklah mempunyai kuasa untuk melantik pegawai-pegawai bagi pelaksanaannya.
________________________________
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 23
24
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 440
AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA
25
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 440
AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA