Malaysia legislation

Section 15

of *AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990

Seksyen 15

Menteri boleh, dengan kelulusan Kerajaan-Kerajaan, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan yang berikut:

(a)

pengelolaan atau penjalanan apa-apa perniagaan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cari gali dan eksploitasi sumber alam dalam Kawasan Pembangunan

Bersama;

(b)

pembayaran apa-apa wang yang kena dibayar kepada

Kerajaan-Kerajaan oleh Pihak Berkuasa Bersama di bawah seksyen 7 dan perenggan 10(d);

(c)

terma dan syarat perlantikan bagi, dan emolumen, elaun perjalanan dan elaun saraan hidup yang kena dibayar kepada, Pengerusi Bersama dan anggota lain Pihak

Berkuasa Bersama;

(d)

tatacara pemberian tender dan award bagi mana-mana kontrak yang boleh dibuat di bawah seksyen 14, termasuk terma dan syarat yang boleh dimasukkan ke dalam kontrak itu;

(e)

penyimpanan akaun yang patut dan rekod lain bagi transaksi dan hal ehwal Pihak Berkuasa Bersama mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum;

Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 17

(f)

penyediaan penyata akaun tahunan dan, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, penguntukan keuntungan;

(g)

pengauditan akaun dan pengemukaannya selepas itu kepada Kerajaan-Kerajaan;

(h)

penyediaan dan pengemukaan belanjawan tahunan kepada

Kerajaan-Kerajaan;

(i)

standard bagi cari gali dan eksploitasi petroleum dalam

Kawasan Pembangunan Bersama; dan

(j)

apa-apa perkara lain bagi maksud menguatkuasakan peruntukan Akta ini:

Dengan syarat bahawa berkenaan dengan perkara yang disebut di bawah perenggan (a), (d), (e), (f), (g), (h) dan (i), peraturan-peraturan sedemikian boleh dibuat selepas berunding dengan Pihak Berkuasa

Bersama.

Section 15 — MALAYSIA-THAILAND JOINT AUTHORITY ACT 1990