Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
(2)
Bidang kuasa sivil dan jenayah―
(a)
Malaysia dalam
Kawasan
Pembangunan
Bersama hendaklah meliputi kawasan yang disempadani oleh garis-garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut:
(A)
50'.0
21'.2
(X)
35'.0
23'.0
(D)
22'.0
42'.5
(E)
20'.0
39'.0
(F)
03'.0
06'.0
(G)
53'.0
34'.0; dan
(b)
Thailand dalam
Kawasan
Pembangunan
Bersama hendaklah meliputi kawasan yang disempadani oleh garis-garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut:
(A)
50'.0
21'.2
(B)
10'.25
29'.0
(C)
49'.0
02'.5
(X)
35'.0
23'.0
(3)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dengan apa-apa jua cara menyentuh hak kedaulatan Malaysia ke atas Kawasan
Pembangunan Bersama, dan apa-apa penepian bidang kuasa di bawah
Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 19
seksyen ini tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa dan kesan melampaui tempoh kesahan Perjanjian.
(4)
Keizinan oleh Malaysia bagi penjalanan bidang kuasa sivil dan jenayah oleh Thailand di bawah perenggan (2) (b) dan penjalanan berterusan bidang kuasa ke atas perkara yang berhubungan dengan kastam dan eksais, dan pencukaian, dalam Kawasan Pembangunan
Bersama adalah dengan syarat terdapat pengiktirafan bersaling akan hak Malaysia di bawah perenggan (2)(a).
(5)
Apa-apa bidang kuasa yang diletakhakkan pada Malaysia atau
Thailand di bawah seksyen ini berkenaan dengan Kawasan
Pembangunan Bersama hanyalah ke atas perkara-perkara dan setakat yang diperuntukkan dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pelantar benua dan sebagaimana yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa sahaja.
(6)
Bagi maksud seksyen ini―
(a)
“bidang kuasa sivil dan jenayah” tidak termasuk bidang kuasa ke atas perkara yang berhubungan dengan kastam dan eksais, dan pencukaian;
(b)
bidang kuasa jenayah ke atas sesuatu kesalahan yang dilakukan di atas platform atau pepasangan yang mencelapaki garis pembahagi bidang kuasa dan yang dibina bagi maksud mencari gali dan mengeksploitasi sumber alam di dasar laut dan tanih bawah dalam
Kawasan Pembangunan Bersama hendaklah dipegang secara eksklusif oleh Malaysia atau Thailand mengikut penetapan platform atau pepasangan itu sebagai kepunyaan Malaysia atau Thailand;
(c)
pemutusan sama ada sesuatu platform atau pepasangan yang mencelapaki garis pembahagi bidang kuasa dan yang dibina bagi maksud mencari gali dan mengeksploitasi sumber alam di dasar laut dan tanih bawah dalam
Kawasan
Pembangunan
Bersama ialah sebahagian daripada Malaysia atau Thailand berhubungan dengan apa-apa soalan yang hendak diputuskan dalam mana-mana prosiding sivil atau bagi maksud pemegangan atau penjalanan bidang kuasa sivil oleh Malaysia atau Thailand
20
Undang-Undang Malaysia hendaklah mengikut penetapan platform atau pepasangan itu sebagai kepunyaan Malaysia atau Thailand; dan
(d)
penetapan sesuatu platform atau pepasangan sebagai kepunyaan Malaysia atau Thailand di bawah perenggan
(b)
dan (c) hendaklah diputuskan mengikut prinsip tempat letak paling substansial.