Malaysia legislation

Section 19

of *AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990

Seksyen 19

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh dengan apa-apa jua cara mengawal selia, atau menyentuh apa-apa tuntutan berkenaan dengan, apa-apa hak, kebebasan dan keistimewaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak, kebebasan dan keistimewaan yang berhubungan dengan perikanan, yang mungkin ada pada Malaysia atau Thailand ke atas perairan superjasen dalam Kawasan Pembangunan Bersama menurut kuasa Perkara IV Memorandum Persefahaman, 1979.