Malaysia legislation

Section 21

of *AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990

Seksyen 21

Kesalahan lain

Tertakluk kepada seksyen 20 dan 22, mana-mana orang, termasuk pengarah atau pegawai sesuatu pertubuhan perbadanan, yang bertindak dengan melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15 adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya, dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh dikenakan denda tambahan tidak melebihi dua ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan itu berterusan selepas hari pertama yang berkenaan dengannya sabitan itu direkodkan.