Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990

Seksyen 23

Jika seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15

ialah suatu pertuduhan perbadanan, tiap-tiap orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, ialah pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu boleh dipertuduh bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan itu, dan jika pertubuhan perbadanan itu disabitkan atas kesalahan yang dipertuduhkan, maka tiap-tiap pengarah atau pegawai itu hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.

22

Undang-Undang Malaysia