Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Penalti bagi kesalahan kerana apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan oleh ejen
Mana-mana orang yang akan boleh dikenakan apa-apa penalti di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 15 kerana apa-apa jua perkara yang dilakukan atau ditinggalkan sekiranya perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya sendiri, boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau ditinggalkan oleh ejennya, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk mencegah pelakuan atau peninggalan perkara itu.