Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990

Seksyen 2

Undang-Undang Malaysia

“garis pembahagi bidang kuasa” ertinya garis lurus yang menyambungkan titik-titik koordinat yang berikut:

(A)

U 6° 50'.0

T 102° 21'.2;

(X)

U 7° 35'.0

T 103° 23'.0

yang membahagikan bidang kuasa sivil dan jenayah dalam Kawasan

Pembangunan Bersama;

“Kawasan Pembangunan Bersama” ertinya kawasan tertentu di pelantar benua Malaysia dan Thailand di Teluk Siam yang diperihalkan di bawah seksyen 6;

“Kerajaan-Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan

Thailand;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pihak Berkuasa

Bersama Malaysia-Thailand yang disebut di bawah seksyen 9;

“Memorandum

Persefahaman,

1979”

ertinya

Memorandum

Persefahaman di antara Malaysia dengan Thailand mengenai

Penubuhan suatu Pihak Berkuasa Bersama bagi Mengeksploitasikan

Sumber Dasar Laut dalam Kawasan Tertentu di Pelantar Benua

Kedua-dua Negara di Teluk Siam, yang ditandatangani pada 21

Februari 1979;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi petroleum;

“Perjanjian” ertinya Perjanjian mengenai Perlembagaan dan

Perkara-Perkara Lain yang Berhubungan dengan Penubuhan Pihak

Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand yang ditandatangani oleh

Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand pada 30 Mei 1990, di

Kuala Lumpur, Malaysia;

Akta Pihak Berkuasa Bersama Malaysia-Thailand 9

“petroleum” ertinya apa-apa minyak mineral atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang terdapat dalam keadaan semula jadinya dan spirit petroleum kepala selongsong, termasuk syal bitumin dan longgokan berstrata lain yang daripadanya minyak boleh didapati;

“Pihak Berkuasa Bersama” ertinya Pihak Berkuasa Bersama

Malaysia-Thailand;

“sumber alam” ertinya apa-apa sumber alam tidak hidup termasuk apa-apa mineral, minyak mineral dan logam.