Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA PIHAK BERKUASA BERSAMA MALAYSIA-THAILAND 1990

Seksyen 3

(2)

Pihak Berkuasa Bersama hendaklah mempunyai personalti juristik dan hendaklah berdomisil di Malaysia dan Thailand.

(3)

Pihak Berkuasa Bersama hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih, tidak termasuk tanah, dan boleh memindah hak, menyerah hak, menyerah, menggadai, menggadai janji, menyerah hak semula, memindah milik atau selainnya melupuskan, atau memperlakukan, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan di dalamnya yang terletak hak pada Pihak Berkuasa Bersama mengikut apa-apa terma yang difikirkannya sesuai.

Kuasa dan fungsi Pihak Berkuasa Bersama