Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Aset Kumpulan Wang hendaklah termasuk―
(a)
apa-apa sumbangan yang diberikan oleh Kerajaan-Kerajaan di bawah Perjanjian, dan yang disebut di bawah subseksyen 8(2);
(b)
wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
12
Undang-Undang Malaysia
(c)
wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, atau gadaian yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Pihak Berkuasa Bersama;
(d)
wang yang dipinjam oleh Pihak Berkuasa bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya; dan
(e)
apa-apa wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa jua cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Pihak Berkuasa Bersama berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
Penggunaan Kumpulan Wang