Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Jika suatu taksiran dibuat di bawah subseksyen 6(2), (3) atau
(4)
, atau jika suatu taksiran dinaikkan di bawah subseksyen 101(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967, cukai yang kena dibayar di bawah taksiran atau taksiran tambahan hendaklah, atas penyampaian notis taksiran atau taksiran tambahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, menjadi genap masa dan kena dibayar ke atas orang yang ditaksir di tempat yang dinyatakan dalam notis itu sama ada orang itu merayu ke atas taksiran atau taksiran tambahan itu atau tidak.
(3)
Tertakluk pada subseksyen (5), jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (1) tidak dibayar pada tarikh genap masa, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tarikh itu hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu hendaklah
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 23
didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.
(4)
Tertakluk pada subseksyen (5), jika apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (2) tidak dibayar dalam tempoh tiga puluh hari selepas penyampaian notis itu, sekian banyak cukai yang tidak dibayar apabila tamat tempoh itu hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada cukai yang tidak dibayar itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.
(5)
Jika apa-apa cukai yang kena dibayar mengikut subseksyen (1)
atau (2), Ketua Pengarah boleh membenarkan cukai itu dibayar secara ansuran sebanyak apa-apa amaun dan pada tarikh sedemikian sebagaimana yang ditentukan olehnya dan sekiranya berlaku keingkaran dalam pembayaran mana-mana satu ansuran pada tarikh yang ditetapkan untuk pembayaran, baki cukai yang belum dijelaskan menjadi tertunggak hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar pada tarikh itu dan hendaklah, tanpa apa-apa notis lanjut disampaikan, dinaikkan sebanyak jumlah yang sama dengan sepuluh peratus daripada baki cukai itu, dan jumlah itu hendaklah didapatkan seolah-olah jumlah itu ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah Akta ini.
(6)
Walau apa pun subseksyen di atas, Ketua Pengarah boleh menurut budi bicaranya kerana apa-apa sebab yang baik yang diberikan meremitkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada jumlah kenaikan di bawah subseksyen (3), (4) atau (5) dan, jika jumlah yang diremitkan telah dibayar, Ketua Pengarah hendaklah membayar balik amaun itu.
(7)
Bagi maksud seksyen ini, “tarikh genap masa” ertinya hari terakhir bulan ketujuh dari tarikh berikutan penutupan tempoh perakaunan yang merupakan tempoh asas bagi tahun taksiran itu.
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 445
Pembayaran perbezaan dan pembayaran balik