Malaysia legislation
Section 17B
Seksyen 17B
(2)
Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam borang yang akan disediakan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah mengandungi butir-butir sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(3)
Ketua Pengarah boleh pada bila-bila masa menarik balik mana-mana arahan pendahuluan yang dibuat di bawah subseksyen (1)
dengan memberikan suatu notis bertulis tentang penarikan balik itu kepada orang yang baginya arahan itu terpakai.
(4)
Walau apa pun apa-apa peruntukan lain Akta ini, jika suatu arahan pendahuluan itu terpakai bagi mana-mana orang berhubung dengan suatu perkiraan dan orang itu memakai peruntukan itu mengikut cara yang dinyatakan dalam arahan itu, Ketua Pengarah hendaklah memakai peruntukan berhubung dengan orang dan perkiraan itu mengikut arahan itu.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 445
(5)
Sesuatu arahan pendahuluan tentang mana-mana peruntukan
Akta ini hendaklah terpakai bagi seseorang berhubung dengan suatu perkiraan jika peruntukan itu disebut dengan nyata dalam arahan itu dan bagi tempoh asas bagi tahun taksiran yang baginya arahan itu terpakai.
(6)
Sesuatu arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak terpakai bagi seseorang berhubung dengan sesuatu perkiraan jika—
(a)
perkiraan itu berbeza secara material daripada perkiraan yang dinyatakan dalam arahan itu;
(b)
terdapat peninggalan atau salah nyata material dalam, atau berkaitan dengan pemakaian arahan itu;
(c)
Ketua Pengarah membuat suatu andaian tentang suatu peristiwa akan datang atau perkara lain yang material kepada arahan itu, dan andaian itu kemudiannya terbukti silap; atau
(d)
orang itu tidak memenuhi mana-mana syarat yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah.
Kuasa untuk tidak mengambil kira transaksi tertentu