Malaysia legislation

Section 17D

of *AKTA CUKAI AKTIVITI PERNIAGAAN LABUAN 1990

Seksyen 17D

Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 31

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3), jika seseorang dalam tahun asas bagi suatu tahun taksiran membuat suatu transaksi dengan orang berkaitan bagi tahun itu untuk pemerolehan atau pembekalan harta atau perkhidmatan, maka, bagi segala maksud Akta ini, orang itu hendaklah menentukan dan menggunakan harga yang bebas daripada pengaruh untuk pemerolehan atau pembekalan itu.

(3)

Jika Ketua Pengarah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa harta atau perkhidmatan yang disebut dalam subseksyen (2) diperoleh atau dibekalkan pada harga yang sama ada kurang daripada atau lebih daripada harga yang dijangkakan untuk ditawarkan jika pihak-pihak kepada transaksi itu adalah orang yang bebas yang berurusan bebas daripada pengaruh, Ketua Pengarah boleh dalam menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai bagi orang itu, menggantikan harga berkenaan dengan transaksi itu untuk mencerminkan harga yang bebas daripada pengaruh bagi transaksi itu.

(4)

Transaksi yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah ditafsirkan sebagai transaksi antara—

(a)

orang yang seorang daripadanya mempunyai kawalan ke atas yang lain; atau

(b)

orang yang kedua-duanya dikawal oleh orang yang lain, dalam seksyen ini disebut sebagai “orang ketiga”.

(5)

Tanpa menjejaskan keluasan makna perenggan 17C(6)(a), bagi maksud subseksyen (4), “kawalan” merujuk kepada orang yang seorang daripadanya memiliki syer orang lain, atau orang ketiga yang memiliki syer kedua-dua orang, yang peratusan modal syer yang dipegang dalam mana-mana satu keadaan ialah dua puluh peratus atau lebih dan—

(a)

urusan perniagaan orang itu bergantung kepada hak tuan punya, seperti paten, pengetahuan teknologi bukan paten, cap dagangan atau hak cipta, yang disediakan oleh orang lain atau orang ketiga;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 445

(b)

aktiviti perniagaan seperti belian, jualan, penerimaan perkhidmatan, penyediaan perkhidmatan, oleh orang itu yang ditentukan oleh orang lain, dan harga dan syarat-syarat lain yang berhubungan dengan pembekalan dipengaruhi oleh orang lain atau orang ketiga; atau

(c)

jika seorang atau lebih pengarah atau ahli lembaga pengarah orang itu dilantik oleh orang lain atau orang ketiga.

(6)

Dalam seksyen ini “transaksi” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah perenggan 17C(6)(b).

Perwakilan fungsi Ketua Pengarah