Malaysia legislation
Section 22E
Seksyen 22E
(2)
Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1) tidak mengemukakan suatu penyata yang dikehendaki di bawah Akta ini bagi suatu tahun taksiran, orang itu hendaklah menyimpan dan memegang simpan dokumen yang disebut dalam subseksyen (1) yang berhubung dengan tahun taksiran itu bagi tempoh tujuh tahun selepas tamat tahun penyata itu dikemukakan.
(3)
Ketua Pengarah boleh mengetepikan semua atau mana-mana kehendak di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan apa-apa keuntungan.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 445
(4)
Mana-mana orang yang dikehendaki oleh seksyen ini untuk menyimpan dokumen dan—
(a)
berbuat demikian secara elektronik, hendaklah mengekalkan dokumen itu dalam format elektronik yang boleh dibaca dan hendaklah menyimpan dokumen itu mengikut cara yang sebegitu rupa untuk membolehkan dokumen itu mudah diakses dan boleh ditukar ke dalam bentuk tulisan; atau
(b)
telah pada asalnya menyimpan dokumen dalam bentuk manual dan kemudiannya menukarkan dokumen itu ke dalam bentuk elektronik, hendaklah mengekalkan dokumen itu sebelum ditukarkan dalam bentuk asalnya.
(5)
Semua dokumen yang berhubungan dengan apa-apa keuntungan di Malaysia hendaklah disimpan dan dikekalkan di Malaysia.
(6)
Bagi maksud seksyen ini, “dokumen” ertinya—
(a)
penyata keuntungan; dan
(b)
invois, baucar, resit dan apa-apa dokumen lain yang perlu untuk menentusahkan butiran dalam penyata.
Kegagalan mengeluarkan invois elektronik
22EA. Mana-mana orang yang, tanpa sebab yang munasabah, melanggar subseksyen 22DA(1), (6) atau (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada dua ratus ringgit dan tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 49
Kewajipan untuk memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen untuk menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar
22EB. (1) Jika seseorang telah mengemukakan kepada Ketua
Pengarah penyata keuntungan mengikut seksyen 5 atau 10, orang itu hendaklah memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah bagi maksud menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar atau keuntungan bersihnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melalui medium elektronik atau dengan cara penghantaran elektronik dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh genap masa pengemukaan penyata keuntungan itu.
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), seksyen 21C hendaklah terpakai dengan mana-mana ubah suaian yang perlu.
Pendakwaan