Malaysia legislation
Section 23A
Seksyen 23A
(2)
Dalam mana-mana pendakwaan di bawah subseksyen (1), beban bagi membuktikan bahawa suatu penyata keuntungan telah dibuat hendaklah terletak atas orang tertuduh.
(3)
Jika seseorang telah disabitkan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1), mahkamah boleh membuat perintah selanjutnya bahawa orang itu hendaklah mematuhi peruntukan berkaitan Akta ini yang di bawahnya kesalahan itu telah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari, atau tempoh lain yang difikirkan patut oleh mahkamah, dari tarikh perintah itu dibuat.
(4)
Jika berhubung dengan suatu tahun taksiran seseorang ingkar dalam mengemukakan suatu penyata keuntungan mengikut seksyen 5
atau 10 dan tiada pendakwaan di bawah subseksyen (1) telah dimulakan berhubung dengan keingkaran itu—
(a)
Ketua Pengarah boleh menghendaki orang itu membayar penalti bersamaan dengan tiga kali ganda amaun cukai itu yang, sebelum apa-apa pembayaran balik di bawah Akta ini, yang kena dibayar bagi tahun itu; dan
Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 51
(b)
jika orang itu membayar penalti itu, atau jika penalti itu dikurangkan atau diremit di bawah subseksyen 24(5), sekian banyak, jika ada, daripada penalti yang tidak dikurangkan atau diremit itu, dia tidak boleh dipertuduhkan atas fakta yang sama dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).
(5)
Ketua Pengarah boleh menghendaki mana–mana orang untuk membayar suatu amaun tambahan penalti mengikut subseksyen (4)
berkenaan dengan apa-apa cukai tambahan yang kena dibayar oleh orang itu bagi suatu tahun taksiran.
Penalti bagi penyata keuntungan dan maklumat yang tidak betul