Malaysia legislation
Section 11
of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990
Seksyen 11
(2)
Seorang pekerja yang menetap di tempat pekerjaan yang telah diambil kerja untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan oleh majikan adalah berhak diuntukkan kepadanya suatu kawasan seluas 250 meter persegi daripada tanah yang diketepikan itu.
(3)
Jika suatu kawasan tanah yang diuntukkan bagi penanaman
(sama ada kesemuanya atau sebahagiannya) masih belum bertanam dalam tempoh enam bulan dari tarikh penguntukan, atau jika seorang pekerja menggunakan kawasan tanah yang diuntukkan kepadanya bagi maksud yang berlainan daripada yang diuntukkan, atau jika dia tidak menggunakannya sama sekali bagi maksud ia diuntukkan, majikan boleh menamatkan penguntukan itu dan selepas itu boleh menguntukkan kawasan tanah itu kepada pekerja lain.
(4)
Berhubungan dengan pengetepian tanah di bawah seksyen ini—
(a)
tanah yang diuntukkan kepada pekerja hendaklah terletak seberapa dekat yang boleh dengan rumah pekerja; dan
(b)
tanah untuk peragutan hendaklah, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada seorang Pegawai Perubatan Kesihatan, terletak pada jarak yang tidak kurang daripada 183 meter dari rumah pekerja.
(5)
Ketua Pengarah boleh, atas sebab yang mencukupi, mengecualikan setakat yang mungkin, sebagaimana yang dinyatakan dalam pengecualian itu, mana-mana majikan daripada mematuhi seksyen ini mengikut apa-apa terma dan syarat dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut.
(6)
Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
(7)
Dalam seksyen ini, “tempat pekerjaan”, berhubung dengan penguntukan tanah yang diketepikan itu, ertinya suatu estet atau mana-mana tempat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu tempat pekerjaan yang baginya seksyen ini terpakai.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 19
Dewan komuniti, kemudahan sukan dan rekreasi lain