PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/1990/446
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990 is Malaysia Act, cited as Act 446 1990, currently marked in force and first recorded in 1990.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
Akta ini hendaklah terpakai di Semenanjung Malaysia dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
CATATAN—
*Akta ini terpakai di Wilayah Persekutuan Labuan melalui perenggan 4(b) Akta Standard
Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja (Pindaan) 2019 [Akta A1604] yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.
**Dahulunya dikenali sebagai Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan
Pekerja 1990. Tajuk ringkas ditukar oleh perenggan 4(a) Akta A1604.
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 446
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi peruntukan yang berlainan dalam Akta ini dan bagi Negeri yang berlainan.
Takat pemakaian Bahagian II
Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh, melalui perintah, mengisytiharkan Akta ini atau mana-mana peruntukannya terpakai bagi mana-mana tempat pekerjaan atau bagi mana-mana kelas tertentu tempat pekerjaan yang terletak di dalam kawasan mana-mana Majlis Perbandaran.
Apabila mula berkuat kuasanya apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (2), mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di kawasan itu yang berhubungan dengan kawalan ke atas pembinaan bangunan hendaklah, berkenaan dengan tempat pekerjaan itu, terhenti berkuat kuasa.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bangunan” ertinya, berhubung dengan Bahagian II, mana-mana bangunan yang digunakan untuk perumahan pekerja dan termasuklah pusat asuhan kanak-kanak dan dewan komuniti;
“estet” ertinya mana-mana tanah pertanian yang melebihi dua puluh hektar luasnya yang di atasnya apa-apa jenis urusan pertanian dijalankan atau yang di atasnya hasil apa-apa tumbuhan atau pokok dikutip atau diproses, atau mana-mana lombong atau mana-mana tempat pekerjaan lain yang diisytiharkan oleh Menteri melalui perintah;
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 9
“Jurutera Daerah”, berkenaan dengan suatu daerah, ertinya mana-mana jurutera dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau
Negeri yang sedang menjalankan kewajipan Jabatan Kerja Raya bagi daerah itu dan, bagi maksud subseksyen 27(1), termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Jurutera Daerah;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kerja 1955 [Akta 265]
dan termasuklah mana-mana pegawai yang, menurut kuasa suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 26, diletak hak dengan kesemua atau mana-mana kuasa Ketua Pengarah;
“kontrak perkhidmatan” ertinya mana-mana perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, yang mana seseorang bersetuju mengambil seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja;
“majikan” ertinya—
mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja mana-mana orang lain sebagai pekerja dan termasuklah ejen, pengurus dan faktor bagi orang yang mula-mula disebut; atau
jika pemunya atau penerima pajak (termasuk ejen, pengurus dan faktor bagi pemunya atau penerima pajak itu)
suatu tempat pekerjaan (kemudian daripada ini disebut
“orang yang mula-mula disebut”) telah membuat suatu perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, dengan orang yang lain bagi maksud melaksanakan apa-apa kerja bagi atau berkaitan dengan apa-apa perniagaan, perdagangan, urusan atau kepentingan orang yang mula-mula disebut itu, istilah
“majikan” hendaklah juga termasuk orang yang mula-mula disebut itu, dan perkataan “mengambil kerja”, dengan variasi gramatis dan ungkapan seasal, hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 446
“Pegawai Perubatan” ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang diambil kerja dalam kapasiti perubatan oleh
Kerajaan Persekutuan atau Negeri;
“Pegawai Perubatan Kesihatan” ertinya mana-mana pengamal perubatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang sedang menjalankan kewajipan seorang
Pegawai Perubatan Kesihatan di mana-mana kawasan, daerah atau kawasan pihak berkuasa tempatan, dan termasuklah Ketua Pengarah,
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan
Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri dan mana-mana Timbalan Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan
Kesihatan Negeri, dan bagi maksud subseksyen 27(1), termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Pegawai Perubatan Kesihatan;
“pekerja” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
“pengamal perubatan residen yang berdaftar”, berhubung dengan suatu estet, ertinya mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang diambil kerja oleh majikan dan yang tinggal di estet di mana pekerja diambil kerja;
“pengurus residen”, berhubungan dengan suatu estet, ertinya mana-mana majikan atau ejen seorang majikan yang tinggal di, atau secara langsung bertanggungjawab ke atas, estet di mana pekerja itu diambil kerja;
“tanggungan” ertinya suami atau isteri, ibu atau bapa (termasuk bapa tiri dan ibu tiri), datuk atau nenek, anak (termasuk anak tiri), saudara lelaki dan saudara perempuan (termasuk saudara lelaki dan perempuan seibu atau sebapa dan saudara tiri lelaki dan saudara tiri perempuan) seseorang pekerja, yang bergantung kepada pekerja itu, dan termasuklah—
mengenai seorang anak, anak tidak sah taraf atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan; dan
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 11
mengenai ibu atau bapa, ibu atau bapa seorang anak tidak sah taraf, dan mana-mana orang yang mengambil pekerja sebagai anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan;
“tempat pekerjaan” ertinya suatu tempat yang kerja dijalankan oleh atau bagi pihak atau bagi seseorang majikan dan hendaklah termasuk mana-mana tempat yang pekerja ditempatkan oleh seorang majikan.
Pengecualian
Menteri boleh melalui perintah mengecualikan mana-mana majikan atau kelas majikan atau apa-apa bangunan atau kelas bangunan yang ditentukan dalam perintah itu daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini.
Bahagian II
Bangunan hendaklah mematuhi kehendak
Mana-mana bangunan yang sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini telah digunakan bagi perumahan pekerja atau sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai dewan komuniti oleh seseorang majikan dan telah dibina atau ditukarkan mengikut kehendak mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada waktu pembinaan atau penukarannya bolehlah terus digunakan oleh majikan itu:
Dengan syarat bahawa bangunan sedemikian ditukarkan bagi mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 446
Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen (2), Ketua
Pengarah, atas permohonan oleh seseorang majikan, boleh membenarkan bangunan sedemikian terus digunakan tanpa penukaran bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya.
Menurut apa-apa penyiasatan yang dijalankan ke atas mana-mana tempat pekerjaan, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa mana-mana bangunan yang sebaik sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini telah digunakan bagi perumahan pekerja atau tanggungan mereka atau sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai dewan komuniti tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada majikan berkenaan suatu notis, yang tidak kurang daripada tiga bulan, tentang niatnya untuk memerintahkan perobohan dan penggantian, pengubahan, pembaikan atau penampungan apa-apa kekurangan atau kecacatan padanya.
Jika, apabila notis itu tamat tempoh, majikan gagal untuk mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki sehingga
Ketua Pengarah berpuas hati, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada majikan berkenaan suatu perintah bertulis menghendaki supaya majikan itu merobohkan dan menggantikan, mengubah atau membaiki bangunan itu, atau menampung apa-apa kekurangan atau kecacatan padanya dalam masa enam bulan dari perintah itu dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam perintah itu; dan mana-mana perintah sedemikian boleh memasukkan arahan bahawa tiada seorang pekerja atau tanggungannya boleh dibenarkan menduduki mana-mana bangunan sedemikian sementara menunggu perobohan dan penggantian, pengubahan atau pembaikan, atau penampungan apa-apa kekurangan atau kecacatan padanya, atau sehingga kehendak perintah itu telah dipatuhi:
Dengan syarat bahawa jika suatu rayuan telah dibuat di bawah seksyen 30 berkenaan dengan perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen ini, maka perintah sedemikian hendaklah digantung sementara menunggu penentuan ke atas rayuan itu.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 13
Bekalan air dan elektrik dan penyenggaraan rumah
untuk menyediakan air paip percuma dan mencukupi yang diambil daripada saluran bekalan awam, atau jika
Ketua Pengarah memberikan kebenaran bertulis, untuk menyediakan bekalan air paip yang boleh diminum yang percuma dan mencukupi yang diambil daripada mana-mana sumber lain yang hendaklah dituras dan diproses mengikut cara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;
untuk memastikan bahawa bangunan itu dipelihara dalam keadaan baik dan dicat supaya kelihatan memuaskan;
dan
untuk memastikan bahawa tiada penambahan atau pengubahan struktur yang tidak dibenarkan dibuat kepada bangunan itu.
Bagi maksud seksyen ini, kecukupan bekalan air dan elektrik hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh, jika dia berpuas hati dalam mana-mana hal bahawa ia tidak praktikal untuk menyediakan bekalan air paip bagi setiap rumah, meluluskan apa-apa cara lain untuk membekalkan air:
Dengan syarat selanjutnya bahawa Ketua Pengarah boleh, dalam mana-mana hal jika dia berpuas hati bahawa penyediaan bekalan elektrik tidak praktikal atau tidak dapat dilaksanakan, mengecualikan majikan secara bertulis daripada kehendak peruntukan sedemikian.
Jika bekalan air diambil daripada sumber selain saluran bekalan awam, Ketua Pengarah boleh, bagi maksud memastikan bahawa bekalan air itu sesuai untuk digunakan, menyebabkan supaya Pegawai Perubatan Kesihatan mengambil sampel bekalan air untuk analisis dan laporan yang kosnya hendaklah ditanggung oleh majikan.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 446
Jika bekalan air diperoleh daripada suatu saluran bekalan awam dan disalurkan dengan paip ke setiap rumah, Ketua Pengarah boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya, mengecualikan majikan sebahagiannya atau kesemuanya secara bertulis daripada kehendak untuk menyediakan bekalan air percuma kepada pekerja tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh
Ketua Pengarah.
Jika apa-apa penambahan atau pengubahan struktur telah dibuat kepada bangunan tanpa kebenaran Ketua Pengarah, Ketua
Pengarah boleh, setelah memberi satu bulan notis, menghendaki majikan supaya merobohkan penambahan atau pengubahan struktur itu.
Pembinaan bangunan bertujuan untuk digunakan bagi perumahan pekerja, sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai dewan komuniti
Pihak berkuasa yang meluluskan yang disebut terdahulu hendaklah—
dalam hal pelan suatu tapak bangunan, dan perkiraan sanitari, Pegawai Perubatan Kesihatan.
Bagi maksud menjamin bahawa standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi, pihak berkuasa yang meluluskan boleh meluluskan pelan sedemikian tertakluk kepada apa-apa syarat (termasuklah perubahan pelan itu) sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan ke atasnya.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 15
Bangunan yang mengancam kesihatan atau keselamatan
oleh Pegawai Perubatan Kesihatan, mana-mana bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik di tempat pekerjaan yang, oleh sebab reka bentuk, tapak, saiz, kebersihannya, kuantiti dan kualiti bekalan air yang disediakan untuk penghuni bangunan sedemikian atau keadaan lain, didapati oleh Ketua Pengarah mungkin mengancam kesihatan; dan
oleh Jurutera Daerah, mana-mana bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik di tempat pekerjaan yang, oleh sebab pembinaannya, keadaan pembaikan atau keadaannya, didapati oleh Ketua Pengarah mungkin mengancam keselamatan mana-mana orang.
Pegawai Perubatan Kesihatan atau Jurutera Daerah atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, selepas memeriksa mana-mana bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik di bawah seksyen ini, mengemukakan laporan kepada Ketua Pengarah tentang hasil pemeriksaannya atau pemeriksaan mereka, beserta dengan apa-apa syor yang dibuat dalamnya yang berhubungan dengan langkah-langkah perlu yang dikehendaki untuk diambil berkenaan dengan bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik itu.
Tertakluk kepada subseksyen (4), apabila menerima laporan yang disebut dalam subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu perintah bertulis kepada majikan berkenaan yang menghendaki majikan itu merobohkan dan menggantikan, mengubah atau membaiki bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik itu atau menampung apa-apa kekurangan atau kecacatan dalam masa dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah dalam perintah itu dan perintah sedemikian boleh, jika perlu, mengarahkan bahawa tiada pekerja atau tanggungannya
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 446
boleh dibenarkan menduduki mana-mana bangunan yang disebut terdahulu sementara menunggu perobohan dan penggantian, pengubahan atau pembaikan atau sehingga perintah itu telah dipatuhi:
Dengan syarat bahawa jika suatu rayuan dibuat di bawah seksyen 30 berkenaan dengan perintah itu, maka perintah sedemikian hendaklah digantung sementara menunggu keputusan ke atas rayuan itu.
Tiada perintah di bawah subseksyen (3) boleh dikeluarkan melainkan jika satu salinan laporan yang diterima oleh Ketua
Pengarah daripada Pegawai Perubatan Kesihatan atau Jurutera
Daerah atau kedua-duanya telah diberikan kepada majikan, dan dalam membuat perintah itu Ketua Pengarah hendaklah memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap apa-apa representasi yang mungkin dibuat oleh majikan berkenaan dengan laporan itu.
Bangunan yang asalnya tidak dibina bagi perumahan pekerja
Permohonan yang dikehendaki dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah disertakan dengan satu pelan tapak bangunan dan satu pelan yang menunjukkan butir-butir tentang bangunan atau tentang pertukaran yang dicadangkan dibuat kepadanya dan subseksyen 7(2)
dan (3) hendaklah terpakai bagi pelan sedemikian sebagaimana ia terpakai bagi pelan suatu bangunan atau tapak bangunan yang disebut dalam seksyen itu.
Pusat asuhan kanak-kanak
Majikan hendaklah menyenggarakan pusat asuhan kanak-kanak dan hendaklah menempatkan di dalamnya tanggungan pekerja semasa tempoh pekerja itu keluar bekerja untuk majikan:
Dengan syarat bahawa dia tidak boleh menempatkan di dalamnya tanggungan yang lebih daripada apa-apa bilangan yang ditentukan dalam kehendak yang disebut dalam subseksyen (1).
Pada setiap hari seseorang tanggungan ditempatkan di pusat asuhan kanak-kanak, dia hendaklah disediakan oleh majikan atas perbelanjaannya sendiri dengan bekalan susu dalam kuantiti yang mencukupi dan kualiti yang baik, serta kelengkapan permainan.
Seorang majikan yang tidak mematuhi peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Penguntukan tanah
Seorang pekerja yang menetap di tempat pekerjaan yang telah diambil kerja untuk tempoh tidak kurang daripada enam bulan oleh majikan adalah berhak diuntukkan kepadanya suatu kawasan seluas 250 meter persegi daripada tanah yang diketepikan itu.
Jika suatu kawasan tanah yang diuntukkan bagi penanaman
(sama ada kesemuanya atau sebahagiannya) masih belum bertanam dalam tempoh enam bulan dari tarikh penguntukan, atau jika seorang pekerja menggunakan kawasan tanah yang diuntukkan kepadanya bagi maksud yang berlainan daripada yang diuntukkan, atau jika dia tidak menggunakannya sama sekali bagi maksud ia diuntukkan, majikan boleh menamatkan penguntukan itu dan selepas itu boleh menguntukkan kawasan tanah itu kepada pekerja lain.
Berhubungan dengan pengetepian tanah di bawah seksyen ini—
tanah yang diuntukkan kepada pekerja hendaklah terletak seberapa dekat yang boleh dengan rumah pekerja; dan
tanah untuk peragutan hendaklah, kecuali dengan kebenaran bertulis daripada seorang Pegawai Perubatan Kesihatan, terletak pada jarak yang tidak kurang daripada 183 meter dari rumah pekerja.
Ketua Pengarah boleh, atas sebab yang mencukupi, mengecualikan setakat yang mungkin, sebagaimana yang dinyatakan dalam pengecualian itu, mana-mana majikan daripada mematuhi seksyen ini mengikut apa-apa terma dan syarat dan selama apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut.
Mana-mana majikan yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan.
Dalam seksyen ini, “tempat pekerjaan”, berhubung dengan penguntukan tanah yang diketepikan itu, ertinya suatu estet atau mana-mana tempat lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri sebagai suatu tempat pekerjaan yang baginya seksyen ini terpakai.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 19
Dewan komuniti, kemudahan sukan dan rekreasi lain
Akta 446
supaya membina di tempat pekerjaan itu, dalam masa yang munasabah sebagaimana yang ditentukan, suatu dewan komuniti yang dapat menempatkan apa-apa bilangan orang sebagaimana yang ditentukan; dan
supaya menyediakan kemudahan bagi sukan dan aktiviti rekreasi lain sebagaimana yang ditentukan.
Majikan hendaklah menyenggarakan dewan komuniti, kemudahan sukan dan rekreasi lain itu dalam keadaan yang memuaskan.
Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Tiada sewa atau caj boleh dilevikan bagi faedah di bawah
Bahagian ini
Seorang pekerja tidak boleh dikehendaki untuk membuat apa-apa bayaran bagi sewa atau caj berhubung dengan apa-apa perumahan, pusat asuhan kanak-kanak, dewan komuniti, kemudahan sukan dan rekreasi lain, kebersihan, atau penguntukan tanah yang disediakan untuk pekerja di bawah Bahagian ini.
Bahagian III
DAN KEBERSIHAN
Takrif tanggungan
Bagi maksud Bahagian ini, “tanggungan” ertinya mana-mana anggota keluarga pekerja, iaitu, suami atau isteri, bapa, ibu, dan anak-anak di bawah umur lapan belas tahun, termasuklah anak-anak yang diambil sebagai anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis, yang tinggal bersama-sama dengan dan bergantung kepada pekerja itu.
Undang-Undang Malaysia 20
Akta 446
Majikan hendaklah membina dan menyenggarakan hospital estet
Jika sudah ada suatu hospital yang disenggarakan oleh majikan itu, Ketua Pengarah boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki majikan itu supaya membesarkan atau menambah kepada hospital itu bagi menyediakan tempat penginapan bagi suatu bilangan pesakit tambahan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Bagi maksud subseksyen (1) atau (2), Ketua Pengarah boleh menghendaki selanjutnya supaya majikan mengambil kerja seorang pengamal perubatan berdaftar, yang didaftarkan di bawah
Akta Perubatan 1971, untuk tinggal dan bertanggungjawab ke atas hospital itu atau mana-mana hospital yang disenggarakan oleh majikan itu, dan menyediakan pengamal perubatan itu dengan rumah kediaman yang layak dan sesuai yang memuaskan hati
Pegawai Perubatan Kesihatan.
Jika dua atau lebih estet terletak sedemikian rupa sehingga tempat penginapan yang dikehendaki bagi pesakit dari estet itu dapat disediakan dengan mudah dalam satu hospital,
Ketua Pengarah boleh, sebagai ganti memerintahkan setiap majikan membina dan menyenggarakan suatu hospital yang berasingan, memerintahkan semua majikan yang berkenaan untuk membina dalam suatu masa yang munasabah yang dinyatakan dalam perintah itu dan selepas itu menyenggarakan atas perbelanjaan mereka sendiri sebuah hospital, kemudian daripada ini disebut
“hospital estet kumpulan”, bagi semua estet itu dengan tempat penginapan bagi apa-apa bilangan pesakit sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau jika sudah ada suatu hospital yang didirikan dan disenggarakan secara bersesama oleh dua atau lebih majikan
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 21
(sama ada dibina di bawah peruntukan seksyen ini atau tidak)
boleh memerintahkan mereka untuk membesarkan atau menambah kepada hospital itu bagi menyediakan tempat penginapan bagi apa-apa bilangan pesakit tambahan dari estet mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Bagi maksud subseksyen (4), Ketua Pengarah boleh menghendaki selanjutnya supaya majikan mengambil kerja seorang pengamal perubatan berdaftar, yang didaftarkan di bawah Akta
Perubatan 1971, untuk bertanggungjawab ke atas hospital kumpulan itu dan menyediakan pengamal perubatan itu dengan rumah kediaman yang layak dan sesuai yang memuaskan hati Pegawai
Perubatan Kesihatan.
Jika sudah sedia ada suatu hospital estet atau hospital estet kumpulan, Ketua Pengarah boleh memerintahkan majikan yang berkenaan menyertai hospital estet atau hospital estet kumpulan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bersesama bertanggungjawab bagi penyenggaraan hospital itu.
Tiap-tiap majikan yang disebut dalam seksyen ini dan pengurus residen bagi tiap-tiap estet yang berkenaan hendaklah bertanggungjawab bagi pendaftaran dan penyenggaraan yang wajar bagi hospital estet atau hospital estet kumpulan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang didaftarkan mengikut peruntukan
*Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43] dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Tiada majikan yang telah membina dan menyenggarakan suatu hospital estet atau hospital estet kumpulan, sama ada menurut suatu perintah daripada Ketua Pengarah di bawah seksyen ini atau selainnya, boleh mengurangkan bilangan katil atau menghentikan penyenggaraan dan urusan hospital estet atau hospital estet kumpulan itu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.
*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Swasta 1998 [Akta 586] yang berkuat kuasa pada 1 Mei 2006—lihat seksyen 119 Akta 586 dan
P.U. (B) 93/2006.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 446
Bayaran dan mendapatkan kembali perbelanjaan hospital oleh majikan
Majikan boleh mendapatkan kembali daripada pekerja itu perbelanjaan bagi jagaan, rawatan dan sara hidup pada apa-apa kadar sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri dari semasa ke semasa melalui pemberitahuan dalam Warta berkenaan dengan mana-mana tempoh melebihi tiga puluh hari yang pekerja itu atau mana-mana tanggungannya berada di dalam hospital.
Pekerja sakit yang dimasukkan ke hospital Kerajaan
Perbelanjaan yang dilakukan di bawah subseksyen (1)
hendaklah, apa jua pun amaunnya, boleh didapatkan kembali daripada majikan dalam suatu Mahkamah Sivil atas guaman
Pegawai Perubatan yang menjaga hospital itu, dan perakuan Pegawai
Perubatan itu adalah keterangan prima facie yang mencukupi bahawa amaun yang dinyatakan dalamnya kena dibayar oleh majikan:
Dengan syarat bahawa tidak lebih daripada perbelanjaan tiga puluh hari di dalam hospital berkenaan dengan mana-mana pekerja atau tanggungan boleh didapatkan kembali.
Tiada perbelanjaan yang dibayar oleh seseorang majikan di bawah subseksyen (1) boleh didapatkan kembali daripada mana-mana pekerja.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 23
Mengangkut pekerja yang sakit ke hospital
untuk memastikan tiap-tiap pekerja yang diambil kerja di estet dan mana-mana tanggungan pekerja itu yang memerlukan rawatan perubatan diangkut dengan selamat tanpa lengah pergi ke dan balik dari hospital yang disediakan untuk pekerja yang diambil kerja di estet itu atau, jika tiada hospital sedemikian, pergi ke dan balik dari hospital Kerajaan yang terdekat; dan
untuk membuat apa-apa perkiraan dan untuk menyediakan alat bagi mengangkut dengan selamat seorang pekerja yang sakit atau mana-mana tanggungan pekerja yang sakit pergi ke dan balik dari hospital sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Perubatan Kesihatan atau mana-mana Pegawai Perubatan dari semasa ke semasa.
Pegawai Perubatan Kesihatan atau mana-mana Pegawai
Perubatan boleh menghendaki majikan atau pengurus residen supaya memindahkan mana-mana pekerja di estet itu yang memerlukan rawatan perubatan ke hospital.
Mana-mana majikan atau pengurus residen yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit sehari bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Rawatan perubatan di estet di mana suatu hospital tidak disenggarakan
Ketua Pengarah hendaklah menyatakan dalam perintah itu perkhidmatan, ubat, kelengkapan dan kakitangan yang hendaklah disediakan dan masa kemudahan rawatan itu hendaklah dijadikan tersedia kepada pekerja dan tanggungan mereka.
Jika suatu klinik terdapat di mana-mana estet atau ditubuhkan menurut suatu perintah di bawah subseksyen (1), hendaklah menjadi kewajipan majikan untuk membuat perkiraan supaya seorang pengamal perubatan berdaftar melawat klinik itu sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk mengawasi urusan dan pengurusan klinik itu dan untuk menyediakan rawatan perubatan kepada pekerja dan tanggungan mereka.
Tiada majikan yang telah menubuhkan dan menyenggarakan suatu klinik, sama ada menurut suatu perintah Ketua Pengarah yang dibuat di bawah seksyen ini atau selainnya, boleh mengurangkan perkhidmatan, kemudahan atau kakitangan atau menghentikan penyenggaraan dan urusan klinik itu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.
Kewajipan melaporkan kes yang disyaki penyakit berjangkit
Akta 446
Mana-mana orang yang mengabaikan pelaksanaan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit sehari bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 25
Kewajipan majikan untuk mengasingkan pekerja yang menghidap penyakit berjangkit
Jika pada bila-bila masa Pegawai Perubatan Kesihatan atau seorang Pegawai Perubatan mendapati bahawa seseorang pekerja yang diambil kerja di mana-mana estet menghidap suatu penyakit berjangkit atau bahawa selainnya perlu bagi kepentingan kesihatan awam atau kesihatan mana-mana pekerja lain yang diambil kerja di estet itu untuk dia dipindahkan dan diletakkan di bawah pengawasan perubatan, adalah sah bagi Pegawai Perubatan
Kesihatan atau Pegawai Perubatan itu untuk menyebabkan pekerja itu dipindahkan ke mana-mana tempat sebagaimana yang diarahkan olehnya dan ditahan di tempat itu sehingga dilepaskan dengan perintah bertulis daripada Pegawai Perubatan Kesihatan itu atau seorang Pegawai Perubatan.
Kuasa Pegawai Perubatan Kesihatan untuk memerintahkan imunisasi terhadap penyakit berjangkit
Pegawai Perubatan Kesihatan boleh, pada bila-bila masa jika didapatinya perlu bagi kesihatan pekerja yang diambil kerja di mana-mana estet melalui perintah bertulis kepada majikan atau pengurus residen, mengarahkan majikan atau pengurus residen itu membuat perkiraan atas perbelanjaannya sendiri supaya kesemua atau mana-mana pekerja dan tanggungan mereka diberi imunisasi terhadap apa-apa penyakit berjangkit.
Undang-Undang Malaysia 26
Akta 446
Pemeriksaan mingguan ke atas perumahan pekerja
kawasan di sekeliling perumahan pekerja sentiasa bersih daripada semak dan disenggarakan dalam keadaan bersih dan sanitari;
saliran keliling di sekeliling setiap kediaman atau blok kediaman termasuk semua saliran keluar dijaga dalam keadaan baik dan bersih daripada sampah atau semak bagi membolehkan air mengalir dengan bebas;
semua sampah di tapak perumahan dikutip setiap hari dan dibuang dengan cara yang memuaskan; dan
semua tandas dan bilik air komunal dijaga dalam keadaan bersih, sanitari dan boleh digunakan.
Hendaklah menjadi kewajipan majikan untuk memastikan bahawa semua bangunan yang digunakan bagi perumahan pekerja, pusat asuhan kanak-kanak atau dewan komuniti dilawati dan diperiksa setiap minggu oleh seorang pembantu hospital estet yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran)
1965 [Akta 435] atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab yang diberi kuasa oleh majikan yang hendaklah membuat laporan kepada pengurus residen jika bangunan itu tidak dijaga dengan bersih atau jika sampah dibiarkan bertimbun di sekitar bangunan itu, dan yang juga hendaklah memeriksa dan jika perlu membawa, atau menyebabkan supaya dibawa, ke hospital mana-mana pekerja yang dijumpai di dalam bangunan itu, yang didapati menghidap apa-apa penyakit dan melaporkan kepada pengurus residen dengan sewajarnya.
Hasil pemeriksaan pembantu hospital estet atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa hendaklah direkodkan dalam suatu buku yang disimpan di tempat pekerjaan dan dijadikan tersedia bagi pemeriksaan oleh Ketua Pengarah atau Pegawai Perubatan
Kesihatan.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 27
Dalam apa-apa hal jika Pegawai Perubatan Kesihatan berpendapat bahawa lawatan, pemeriksaan atau kewajipan lain, yang ditetapkan oleh subseksyen (2) tidak dijalankan dengan memuaskan, dia boleh memberitahu pengurus residen dengan sewajarnya dengan menyatakan perkara yang berkenaan dengannya dia tidak berpuas hati, dan pengurus residen hendaklah sesudah itu membuat perkiraan selanjutnya atau yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pegawai Perubatan Kesihatan itu.
Beban pembuktian
Dalam semua prosiding di bawah Bahagian ini, beban membuktikan bahawa dia bukan majikan atau pengurus residen atau orang yang menjadi kewajipannya di bawah peruntukan Bahagian ini untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perkara hendaklah terletak pada orang yang mengatakan bahawa dia bukan majikan, pengurus residen atau orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian IIIa
PENGINAPAN
Pemakaian 24a. Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang diambil kerja selain untuk bekerja di estet.
Tafsiran 24b. Dalam Bahagian ini—
“orang yang bertanggungjawab bagi penginapan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat yang bertanggungjawab bagi pengurusan penginapan, serta keselamatan dan kesihatan pekerja dan kemudahan lain di dalam penginapan itu;
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 446
“penginapan” ertinya mana-mana bangunan atau struktur kekal atau sementara termasuk apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan berbumbung yang digunakan bagi maksud kediaman manusia;
“penginapan berpusat” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan bagi perumahan pekerja yang diambil kerja oleh seorang atau lebih majikan;
“penyedia penginapan berpusat” ertinya mana-mana orang yang menyediakan dan menguruskan penginapan berpusat dan menyelia perkhidmatan yang disediakan di dalamnya bagi seorang atau lebih majikan, tetapi tidak termasuk majikan yang menyediakan penginapan bagi pekerjanya sendiri.
Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah berhubung dengan penginapan 24c. (1) Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk mentadbir dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan penginapan;
untuk mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen yang berhubungan dengan penginapan pekerja;
untuk mengeluarkan apa-apa arahan kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan apa-apa kemudahan lain yang berhubungan dengan penginapan;
untuk melakukan apa-apa jua perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Bahagian ini.
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah
Bahagian ini.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 29
Penginapan hendaklah diperakukan dengan Perakuan
Penginapan 24d. (1) Tiada penginapan boleh disediakan untuk seseorang pekerja melainkan jika diperakukan dengan Perakuan
Penginapan.
Suatu permohonan bagi Perakuan Penginapan hendaklah dibuat oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat kepada
Ketua Pengarah mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi pemprosesan yang ditetapkan.
Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Seseorang penyedia penginapan berpusat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Majikan hendaklah memberikan notis pendudukan 24e. (1) Seseorang majikan hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh suatu penginapan diduduki oleh pekerjanya, memaklumkan Ketua Pengarah mengenai pendudukan itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penginapan hendaklah mematuhi standard minimum 24f. Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap penginapan yang disediakan untuk pekerja mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 446
Pemotongan berkenaan dengan sewa atau caj bagi penginapan 24g. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh
Menteri, seseorang majikan boleh memungut daripada seseorang pekerja apa-apa jumlah wang bagi sewa atau caj berkenaan dengan mana-mana penginapan yang disediakan oleh majikan itu atau mana-mana penyedia penginapan berpusat di bawah Bahagian ini.
Jumlah wang yang dipungut di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat melalui pemotongan daripada upah pekerja itu.
Penginapan hendaklah mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan 24h. (1) Walau apa pun seksyen 24d, tiada majikan atau penyedia penginapan berpusat boleh menggunakan mana-mana bangunan sebagai penginapan jika bangunan itu tidak sesuai untuk didiami manusia mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan.
Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Kemudahan 24i. Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi mengikut Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Kewajipan dan tanggungjawab berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan 24j. Majikan atau penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan untuk pekerja di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut:
untuk menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja yang berlainan jantina;
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 31
untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja;
untuk mengambil langkah keselamatan kebakaran mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan;
untuk memastikan bahawa sistem pendawaian elektrik mematuhi kehendak keselamatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan;
untuk memastikan bahawa pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan; dan
untuk mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit berjangkit sebagaimana yang diperintahkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan dan majikan hendaklah, atas perbelanjaannya sendiri, membuat perkiraan sebagaimana yang diperintahkan oleh Pegawai
Perubatan Kesihatan supaya semua atau mana-mana pekerja diberikan imunisasi terhadap mana-mana penyakit berjangkit.
Penyelenggaraan 24k. Seseorang majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap penginapan yang disediakan untuk pekerja di bawah Bahagian ini diselenggara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
Pelantikan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan 24l. (1) Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang yang bertanggungjawab bagi penginapan yang disediakan di bawah
Bahagian ini, yang akan bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pengurusan penginapan dan kemudahan, mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 446
Hendaklah menjadi kewajipan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan—
untuk memastikan pekerja mematuhi kaedah-kaedah tatatertib sebagaimana yang ditentukan oleh majikan;
untuk melawat dan memeriksa penginapan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan menyimpan rekod pemeriksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah di tempat pekerjaan; dan
untuk memastikan seseorang pekerja dibawa ke klinik atau hospital jika pekerja itu mengadu tentang kesihatannya, atau didapati kurang sihat atau menghidap apa-apa penyakit atau keadaan perubatan, dan menyimpan suatu rekod aduan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah di tempat pekerjaan.
Notis untuk mengosongkan penginapan 24m. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika seseorang pekerja meletak jawatan di bawah kontrak perkhidmatan atau perkhidmatannya ditamatkan melalui notis tidak kurang daripada empat minggu, pekerja itu hendaklah mengosongkan penginapan pada tarikh berkuat kuasanya peletakan jawatannya itu atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan.
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pekerja yang kontrak perkhidmatannya ditamatkan melalui notis kurang daripada empat minggu atau ditamatkan dengan kuat kuasa serta-merta hendaklah mengosongkan penginapan dalam masa empat minggu dari tarikh notis itu atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan.
Majikan tidak berkewajipan untuk menyediakan penginapan bagi tanggungan pekerja 24n. Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menjadikan seseorang majikan berkewajipan untuk menyediakan penginapan bagi tanggungan seseorang pekerja yang disediakan penginapan di bawah Bahagian ini.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 33
Bahagian IV
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—
bagi menetapkan kehendak minimum untuk pelbagai kelas bangunan (termasuk bangunan sementara) yang digunakan bagi perumahan pekerja, atau sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau dewan komuniti, kehendak sanitari minimum, bekalan air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik dan perkara lain mengenai kesihatan berkenaan dengan bangunan itu;
(aa) bagi menetapkan kehendak minimum untuk pelbagai kelas bangunan yang digunakan bagi penginapan dan penginapan berpusat pekerja dan kehendak sanitari minimum, bekalan air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik dan perkara lain mengenai kesihatan berkenaan dengan bangunan itu;
(ab) bagi menetapkan mana-mana kelas, kategori atau pemerihalan pekerja yang dikehendaki untuk disediakan dengan penginapan di bawah Bahagian IIIa;
(ac) bagi menetapkan kadar sewa atau caj maksimum bagi penginapan yang boleh dipungut di bawah Bahagian IIIa;
bagi menetapkan kelengkapan dan kakitangan minimum untuk pusat asuhan kanak-kanak dan jenis dan amaun susu, kelengkapan permainan dan program aktiviti permainan yang hendaklah disediakan bagi tanggungan yang ditempatkan di dalamnya di bawah seksyen 10;
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 446
berkenaan dengan klinik, kelengkapan, perkakas pembedahan dan perubatan, ubat-ubatan, kakitangan dan jenis perkhidmatan minimum yang hendaklah disediakan dan daftar dan rekod yang hendaklah disimpan; dan
berkenaan dengan bekalan air, cara bagaimana air hendaklah dituras dan diproses;
bagi menetapkan tatacara bagi mengemukakan dan meluluskan pelan bangunan dan tapaknya;
bagi menetapkan bentuk apa-apa daftar, saman atau perintah yang dikehendaki disimpan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini; dan
Bahagian V
Menteri boleh meletak hak pada pegawai tertentu kuasa dan kewajipan
Menteri boleh, melalui perintah, meletak hak pada seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(2) Akta Kerja 1955
dan pada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan pegawai yang diberi kuasa yang dilantik di bawah Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1984 [Akta 308] kesemua atau mana-mana kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah oleh Akta ini dan tiap-tiap kewajipan yang dilaksanakan sedemikian dan tiap-tiap kuasa yang dijalankan sedemikian hendaklah disifatkan telah dilaksanakan dan dijalankan bagi maksud Akta ini.
Kuasa untuk mengeluarkan arahan 26a. Menteri boleh mengeluarkan apa-apa arahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud memastikan pematuhan kepada Akta ini.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 35
Kuasa Ketua Pengarah, dsb. untuk memeriksa, menyiasat dan untuk mengeluarkan saman
untuk memasuki dan memeriksa mana-mana tempat pekerjaan atau mana-mana bangunan yang dia percaya digunakan oleh seorang majikan bagi perumahan pekerjanya atau sebagai suatu pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai suatu dewan komuniti;
untuk memasuki dan memeriksa mana-mana hospital estet, hospital estet kumpulan dan klinik di mana pekerja disediakan layanan, jagaan dan rawatan perubatan; dan
untuk membuat apa-apa siasatan atau penyiasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu berhubung dengan apa-apa perkara dalam peruntukan Akta ini.
Dalam menjalankan sesuatu pemeriksaan di bawah Akta ini, Ketua Pengarah, Pegawai Perubatan Kesihatan atau Jurutera
Daerah boleh—
mengemukakan soalan yang berhubungan dengan perkara yang diliputi di bawah peruntukan Akta ini, sama ada secara persendirian atau di hadapan saksi, mengikut pilihan mereka, kepada pemunya atau penghuni tempat pekerjaan, atau wakilnya, kepada majikan bagi mana-mana pekerja yang diambil kerja di situ atau wakilnya, kepada mana-mana orang yang menjaga pekerja, kepada pekerja itu sendiri dan kepada mana-mana orang lain yang keterangannya difikirkannya perlu; dan kesemua orang itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu dengan benar dengan seberapa daya mereka;
menghendaki majikan membawa ke hadapannya kesemua atau mana-mana pekerja yang diambil kerja olehnya bersama-sama dengan apa-apa rekod, daftar dan dokumen yang berhubungan dengan perkara yang diliputi di bawah peruntukan Akta ini termasuk apa-apa kontrak
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 446
perkhidmatan, buku akaun upah, daftar dan apa-apa dokumen lain yang berhubungan dengan pekerja itu atau pekerjaan mereka dan menjawab apa-apa soalan berkenaan dengannya yang difikirkannya patut disoal;
menyalin atau membuat cabutan daripada apa-apa rekod, kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar dan apa-apa dokumen lain yang disebut dalam perenggan (b);
mengambil milikan apa-apa rekod, kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar dan apa-apa dokumen lain jika pada pendapatnya—
pemeriksaan, penyalinan atau pencabutan daripada rekod, kontrak perkhidmatan, buku akaun upah, daftar atau apa-apa dokumen lain tidak dapat dilakukan dengan munasabah tanpa mengambil milikannya;
ia mungkin dipinda atau dimusnahkan melainkan jika dia mengambil milikannya; atau
ia mungkin diperlukan sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding undang-undang di bawah
Akta ini; dan
Berkenaan dengan kuasa untuk memeriksa, menyoal dan menyiasat yang disebut terdahulu, Ketua Pengarah boleh melalui saman dalam borang yang ditetapkan menghendaki mana-mana orang, yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai dapat memberikan apa-apa maklumat yang relevan dengan perkara yang dipersoalkan, untuk memberikan maklumat sedemikian, dan mana-mana orang yang disaman itu adalah terikat untuk hadir di hadapan Ketua Pengarah dan untuk menjawab dengan benar apa-apa soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Ketua Pengarah yang berhubungan dengan perkara itu.
Seksyen 82 dan 83 Akta Kerja 1955 hendaklah terpakai bagi penyampaian suatu saman yang dikeluarkan di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi suatu saman yang dikeluarkan di bawah Bahagian XV Akta itu.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 37
Pemulaan pendakwaan
Suatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya tidak boleh dimulakan kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis,
Pendakwa Raya.
Pengkompaunan kesalahan 28a. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan—
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua
Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 446
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
tiada pendakwaaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang 28b. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diletak hak padanya kuasa oleh
Menteri di bawah seksyen 26 berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Ketua Pengarah dan pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam
Ketua Pengarah dan semua pegawai yang dinamakan dalam mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 26 hendaklah apabila menjalankan fungsi yang diperuntukkan di bawah Akta ini disifatkan sebagai pekhidmat awam bagi maksud Kanun Keseksaan
[Akta 574].
Kesalahan oleh syarikat, dsb.
Jika mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah
Akta ini ialah suatu syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain, seseorang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah, pegawai
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 39
pematuhan, pekongsi, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau yang berupa sebagai bertindak atas sifat itu atau yang dengan apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan apa-apa hal ehwal syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu atau membantu dalam pengurusannya—
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama bersekali dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu; dan
jika syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama sebagaimana seorang individu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya; atau
bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.
Rayuan
Sesuatu rayuan terhadap perintah atau keputusan seorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 26 tidak boleh dibawa kepada Menteri melainkan dan sehingga rayuan itu telah terlebih dahulu dibawa kepada Ketua Pengarah dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen (1).
Keputusan Menteri berkenaan dengan sesuatu rayuan di bawah seksyen ini adalah muktamad.
Kegagalan mematuhi perintah di bawah seksyen 5, 8, 12, 15
atau 19
Akta 446
Mana-mana majikan yang tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen 5, 8, 12, 15, atau 19 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit sehari bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Kegagalan mematuhi seksyen 20 atau 21
atau mana-mana kehendak Pegawai Perubatan Kesihatan di bawah seksyen 21 melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya sebanyak satu ribu ringgit sehari bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Penalti am
Mana-mana majikan yang melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau yang gagal menjalankan mana-mana perintah yang dibuat oleh
Ketua Pengarah di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan di bawah peruntukan itu, dan jika tiada penalti diperuntukkan dengan nyata bagi kesalahan itu boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan didenda selanjutnya tidak melebihi satu ribu ringgit sehari bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 41
Bahagian VI
Pemansuhan dan kecualian berkenaan dengannya
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang yang dimansuhkan dalam subseksyen (1)
hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dibatalkan atau digantikan dengan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Menteri boleh, bila mana didapatinya perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian sama ada bagi maksud mengatasi kesulitan atau disebabkan oleh lulusnya Akta ini, melalui perintah membuat ubah suaian kepada mana-mana peruntukan dalam mana-mana peraturan-peraturan dalam subseksyen (2) sebagaimana yang difikirkannya patut.
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 446
Jadual
[Subseksyen 34(1)]
PEMANSUHAN
N.M.B Bab 154
Kanun Buruh
N.S. Bab 69
Ordinan Buruh
Enakmen Kedah No. 2 tahun 1345
Kanun Buruh
Enakmen Perlis No. 3 tahun 1345
Kanun Buruh
Enakmen Johor No. 82 tahun 1936
Kanun Buruh
Enakmen Terengganu No. 60 tahun 1356
Kanun Buruh
Enakmen Kelantan No. 2 tahun 1936
Kanun Buruh
Akta No. 39 tahun 1966
Akta Pekerja (Standard-Standard Minimum
Perumahan) 1966
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 43
Akta 446
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
Akta A1604
Akta Standard Minimum
Perumahan dan Kemudahan
Pekerja (Pindaan) 2019 01-06-2020
Undang-Undang Malaysia 44
Akta 446
Akta 446
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk panjang
Akta A1604 01-06-2020 1
Akta A1604 01-06-2020 2
Akta A1604 01-06-2020 3
Akta A1604 01-06-2020 10
Akta A1604 01-06-2020 11
Akta A1604 01-06-2020 12
Akta A1604 01-06-2020 13
Akta A1604 01-06-2020 14
Akta A1604 01-06-2020 24a–24n
Akta A1604 01-06-2020 25
Akta A1604 01-06-2020 26a
Akta A1604 01-06-2020 28
Akta A1604 01-06-2020 28a–28b
Akta A1604 01-06-2020 29a
Akta A1604 01-06-2020 31
Akta A1604 01-06-2020 32
Akta A1604 01-06-2020
Keseluruhan Akta
Akta A1604 01-06-2020