Malaysia legislation
Section 15
of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990
Seksyen 15
Majikan hendaklah membina dan menyenggarakan hospital estet
(2)
Jika sudah ada suatu hospital yang disenggarakan oleh majikan itu, Ketua Pengarah boleh, melalui perintah bertulis, menghendaki majikan itu supaya membesarkan atau menambah kepada hospital itu bagi menyediakan tempat penginapan bagi suatu bilangan pesakit tambahan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(3)
Bagi maksud subseksyen (1) atau (2), Ketua Pengarah boleh menghendaki selanjutnya supaya majikan mengambil kerja seorang pengamal perubatan berdaftar, yang didaftarkan di bawah
Akta Perubatan 1971, untuk tinggal dan bertanggungjawab ke atas hospital itu atau mana-mana hospital yang disenggarakan oleh majikan itu, dan menyediakan pengamal perubatan itu dengan rumah kediaman yang layak dan sesuai yang memuaskan hati
Pegawai Perubatan Kesihatan.
(4)
Jika dua atau lebih estet terletak sedemikian rupa sehingga tempat penginapan yang dikehendaki bagi pesakit dari estet itu dapat disediakan dengan mudah dalam satu hospital,
Ketua Pengarah boleh, sebagai ganti memerintahkan setiap majikan membina dan menyenggarakan suatu hospital yang berasingan, memerintahkan semua majikan yang berkenaan untuk membina dalam suatu masa yang munasabah yang dinyatakan dalam perintah itu dan selepas itu menyenggarakan atas perbelanjaan mereka sendiri sebuah hospital, kemudian daripada ini disebut
“hospital estet kumpulan”, bagi semua estet itu dengan tempat penginapan bagi apa-apa bilangan pesakit sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu, atau jika sudah ada suatu hospital yang didirikan dan disenggarakan secara bersesama oleh dua atau lebih majikan
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 21
(sama ada dibina di bawah peruntukan seksyen ini atau tidak)
boleh memerintahkan mereka untuk membesarkan atau menambah kepada hospital itu bagi menyediakan tempat penginapan bagi apa-apa bilangan pesakit tambahan dari estet mereka sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(5)
Bagi maksud subseksyen (4), Ketua Pengarah boleh menghendaki selanjutnya supaya majikan mengambil kerja seorang pengamal perubatan berdaftar, yang didaftarkan di bawah Akta
Perubatan 1971, untuk bertanggungjawab ke atas hospital kumpulan itu dan menyediakan pengamal perubatan itu dengan rumah kediaman yang layak dan sesuai yang memuaskan hati Pegawai
Perubatan Kesihatan.
(6)
Jika sudah sedia ada suatu hospital estet atau hospital estet kumpulan, Ketua Pengarah boleh memerintahkan majikan yang berkenaan menyertai hospital estet atau hospital estet kumpulan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan bersesama bertanggungjawab bagi penyenggaraan hospital itu.
(7)
Tiap-tiap majikan yang disebut dalam seksyen ini dan pengurus residen bagi tiap-tiap estet yang berkenaan hendaklah bertanggungjawab bagi pendaftaran dan penyenggaraan yang wajar bagi hospital estet atau hospital estet kumpulan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang didaftarkan mengikut peruntukan
*Akta Hospital Persendirian 1971 [Akta 43] dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
(8)
Tiada majikan yang telah membina dan menyenggarakan suatu hospital estet atau hospital estet kumpulan, sama ada menurut suatu perintah daripada Ketua Pengarah di bawah seksyen ini atau selainnya, boleh mengurangkan bilangan katil atau menghentikan penyenggaraan dan urusan hospital estet atau hospital estet kumpulan itu tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.
*CATATAN—Akta ini telah dimansuhkan oleh Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
Swasta 1998 [Akta 586] yang berkuat kuasa pada 1 Mei 2006—lihat seksyen 119 Akta 586 dan
P.U. (B) 93/2006.
Undang-Undang Malaysia 22
Akta 446
Bayaran dan mendapatkan kembali perbelanjaan hospital oleh majikan