Malaysia legislation
Section 24
of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990
Seksyen 24
Dalam semua prosiding di bawah Bahagian ini, beban membuktikan bahawa dia bukan majikan atau pengurus residen atau orang yang menjadi kewajipannya di bawah peruntukan Bahagian ini untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan apa-apa perkara hendaklah terletak pada orang yang mengatakan bahawa dia bukan majikan, pengurus residen atau orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Bahagian IIIa
PENGINAPAN
Pemakaian 24a. Bahagian ini hendaklah terpakai bagi pekerja yang diambil kerja selain untuk bekerja di estet.
Tafsiran 24b. Dalam Bahagian ini—
“orang yang bertanggungjawab bagi penginapan” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat yang bertanggungjawab bagi pengurusan penginapan, serta keselamatan dan kesihatan pekerja dan kemudahan lain di dalam penginapan itu;
Undang-Undang Malaysia 28
Akta 446
“penginapan” ertinya mana-mana bangunan atau struktur kekal atau sementara termasuk apa-apa rumah, pondok, bangsal atau kepungan berbumbung yang digunakan bagi maksud kediaman manusia;
“penginapan berpusat” ertinya mana-mana bangunan yang digunakan bagi perumahan pekerja yang diambil kerja oleh seorang atau lebih majikan;
“penyedia penginapan berpusat” ertinya mana-mana orang yang menyediakan dan menguruskan penginapan berpusat dan menyelia perkhidmatan yang disediakan di dalamnya bagi seorang atau lebih majikan, tetapi tidak termasuk majikan yang menyediakan penginapan bagi pekerjanya sendiri.
Fungsi dan kuasa Ketua Pengarah berhubung dengan penginapan 24c. (1) Bagi maksud Bahagian ini, Ketua Pengarah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk mentadbir dan mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan penginapan;
(b)
untuk mengarahkan majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk mengemukakan apa-apa maklumat dan dokumen yang berhubungan dengan penginapan pekerja;
(c)
untuk mengeluarkan apa-apa arahan kepada majikan atau penyedia penginapan berpusat untuk menyediakan apa-apa kemudahan lain yang berhubungan dengan penginapan;
(d)
untuk mengeluarkan Perakuan Penginapan; dan
(e)
untuk melakukan apa-apa jua perkara yang bersampingan dengan mana-mana fungsinya di bawah Bahagian ini.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang perlu atau suai manfaat bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya di bawah
Bahagian ini.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 29
Penginapan hendaklah diperakukan dengan Perakuan
Penginapan 24d. (1) Tiada penginapan boleh disediakan untuk seseorang pekerja melainkan jika diperakukan dengan Perakuan
Penginapan.
(2)
Suatu permohonan bagi Perakuan Penginapan hendaklah dibuat oleh majikan atau penyedia penginapan berpusat kepada
Ketua Pengarah mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah dan hendaklah disertakan dengan fi pemprosesan yang ditetapkan.
(3)
Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
(4)
Seseorang penyedia penginapan berpusat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Majikan hendaklah memberikan notis pendudukan 24e. (1) Seseorang majikan hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh suatu penginapan diduduki oleh pekerjanya, memaklumkan Ketua Pengarah mengenai pendudukan itu mengikut bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Mana-mana majikan yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penginapan hendaklah mematuhi standard minimum 24f. Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap penginapan yang disediakan untuk pekerja mematuhi standard minimum yang dikehendaki di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Undang-Undang Malaysia 30
Akta 446
Pemotongan berkenaan dengan sewa atau caj bagi penginapan 24g. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan oleh
Menteri, seseorang majikan boleh memungut daripada seseorang pekerja apa-apa jumlah wang bagi sewa atau caj berkenaan dengan mana-mana penginapan yang disediakan oleh majikan itu atau mana-mana penyedia penginapan berpusat di bawah Bahagian ini.
(2)
Jumlah wang yang dipungut di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat melalui pemotongan daripada upah pekerja itu.
Penginapan hendaklah mematuhi undang-undang pihak berkuasa tempatan 24h. (1) Walau apa pun seksyen 24d, tiada majikan atau penyedia penginapan berpusat boleh menggunakan mana-mana bangunan sebagai penginapan jika bangunan itu tidak sesuai untuk didiami manusia mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan.
(2)
Mana-mana majikan atau penyedia penginapan berpusat yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Kemudahan 24i. Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah menyediakan kemudahan yang sesuai dan mencukupi mengikut Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Kewajipan dan tanggungjawab berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan 24j. Majikan atau penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan untuk pekerja di bawah Bahagian ini hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut:
(a)
untuk menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja yang berlainan jantina;
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 31
(b)
untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja;
(c)
untuk mengambil langkah keselamatan kebakaran mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan;
(d)
untuk memastikan bahawa sistem pendawaian elektrik mematuhi kehendak keselamatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan;
(e)
untuk memastikan bahawa pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan; dan
(f)
untuk mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit berjangkit sebagaimana yang diperintahkan oleh Pegawai Perubatan Kesihatan mengikut undang-undang bertulis yang berkaitan dan majikan hendaklah, atas perbelanjaannya sendiri, membuat perkiraan sebagaimana yang diperintahkan oleh Pegawai
Perubatan Kesihatan supaya semua atau mana-mana pekerja diberikan imunisasi terhadap mana-mana penyakit berjangkit.
Penyelenggaraan 24k. Seseorang majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah memastikan bahawa tiap-tiap penginapan yang disediakan untuk pekerja di bawah Bahagian ini diselenggara sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
Pelantikan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan 24l. (1) Seseorang majikan atau penyedia penginapan berpusat hendaklah melantik sekurang-kurangnya seorang yang bertanggungjawab bagi penginapan yang disediakan di bawah
Bahagian ini, yang akan bertanggungjawab bagi keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pengurusan penginapan dan kemudahan, mengikut peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 446
(2)
Hendaklah menjadi kewajipan orang yang bertanggungjawab bagi penginapan—
(a)
untuk memastikan pekerja mematuhi kaedah-kaedah tatatertib sebagaimana yang ditentukan oleh majikan;
(b)
untuk melawat dan memeriksa penginapan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan menyimpan rekod pemeriksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah di tempat pekerjaan; dan
(c)
untuk memastikan seseorang pekerja dibawa ke klinik atau hospital jika pekerja itu mengadu tentang kesihatannya, atau didapati kurang sihat atau menghidap apa-apa penyakit atau keadaan perubatan, dan menyimpan suatu rekod aduan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah di tempat pekerjaan.
Notis untuk mengosongkan penginapan 24m. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika seseorang pekerja meletak jawatan di bawah kontrak perkhidmatan atau perkhidmatannya ditamatkan melalui notis tidak kurang daripada empat minggu, pekerja itu hendaklah mengosongkan penginapan pada tarikh berkuat kuasanya peletakan jawatannya itu atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), seseorang pekerja yang kontrak perkhidmatannya ditamatkan melalui notis kurang daripada empat minggu atau ditamatkan dengan kuat kuasa serta-merta hendaklah mengosongkan penginapan dalam masa empat minggu dari tarikh notis itu atau tarikh kontrak perkhidmatan itu ditamatkan.
Majikan tidak berkewajipan untuk menyediakan penginapan bagi tanggungan pekerja 24n. Tiada apa-apa jua dalam Bahagian ini boleh menjadikan seseorang majikan berkewajipan untuk menyediakan penginapan bagi tanggungan seseorang pekerja yang disediakan penginapan di bawah Bahagian ini.
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 33