Malaysia legislation

Section 25

of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990

Seksyen 25

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

bagi menetapkan kehendak minimum untuk pelbagai kelas bangunan (termasuk bangunan sementara) yang digunakan bagi perumahan pekerja, atau sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau dewan komuniti, kehendak sanitari minimum, bekalan air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik dan perkara lain mengenai kesihatan berkenaan dengan bangunan itu;

(aa) bagi menetapkan kehendak minimum untuk pelbagai kelas bangunan yang digunakan bagi penginapan dan penginapan berpusat pekerja dan kehendak sanitari minimum, bekalan air, bekalan air boleh diminum dan bekalan elektrik dan perkara lain mengenai kesihatan berkenaan dengan bangunan itu;

(ab) bagi menetapkan mana-mana kelas, kategori atau pemerihalan pekerja yang dikehendaki untuk disediakan dengan penginapan di bawah Bahagian IIIa;

(ac) bagi menetapkan kadar sewa atau caj maksimum bagi penginapan yang boleh dipungut di bawah Bahagian IIIa;

(b)

bagi menetapkan kelengkapan dan kakitangan minimum untuk pusat asuhan kanak-kanak dan jenis dan amaun susu, kelengkapan permainan dan program aktiviti permainan yang hendaklah disediakan bagi tanggungan yang ditempatkan di dalamnya di bawah seksyen 10;

Undang-Undang Malaysia 34

Akta 446

(c)

bagi menetapkan, selepas berunding dengan Menteri

Kesihatan—

(i)

berkenaan dengan klinik, kelengkapan, perkakas pembedahan dan perubatan, ubat-ubatan, kakitangan dan jenis perkhidmatan minimum yang hendaklah disediakan dan daftar dan rekod yang hendaklah disimpan; dan

(ii)

berkenaan dengan bekalan air, cara bagaimana air hendaklah dituras dan diproses;

(d)

bagi menetapkan tatacara bagi mengemukakan dan meluluskan pelan bangunan dan tapaknya;

(e)

bagi menetapkan bentuk apa-apa daftar, saman atau perintah yang dikehendaki disimpan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini; dan

(f)

bagi menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

Section 25 — AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990