Malaysia legislation
Section 28
of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990
Seksyen 28
Suatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya tidak boleh dimulakan kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis,
Pendakwa Raya.
Pengkompaunan kesalahan 28a. (1) Menteri boleh, dengan kelulusan Pendakwa Raya, membuat peraturan-peraturan untuk menetapkan—
(a)
mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun;
(b)
kriteria bagi mengkompaun kesalahan itu; dan
(c)
kaedah dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan itu.
(2)
Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya, pada bila-bila masa sebelum pertuduhan dimulakan, mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaun kesalahan itu apabila dibayar kepada Ketua Pengarah suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang orang itu boleh dikenakan jika dia disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam tawaran bertulis itu.
(3)
Suatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan.
(4)
Jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Ketua
Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Undang-Undang Malaysia 38
Akta 446
(5)
Jika suatu kesalahan telah dikompaun di bawah seksyen ini—
(a)
tiada pendakwaaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat; dan
(b)
apa-apa dokumen atau benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Ketua Pengarah, tertakluk kepada apa-apa terma yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
(6)
Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Perlindungan terhadap tindakan guaman dan prosiding undang-undang 28b. Tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa-apa prosiding lain boleh diambil atau dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap Menteri, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diletak hak padanya kuasa oleh
Menteri di bawah seksyen 26 berkenaan dengan apa-apa perbuatan, pengabaian atau keingkaran yang dibuat atau ditinggalkan olehnya dengan suci hati, atas sifat yang sedemikian.
Ketua Pengarah dan pegawai disifatkan sebagai pekhidmat awam