Malaysia legislation
Section 3
of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990
Seksyen 3
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bangunan” ertinya, berhubung dengan Bahagian II, mana-mana bangunan yang digunakan untuk perumahan pekerja dan termasuklah pusat asuhan kanak-kanak dan dewan komuniti;
“estet” ertinya mana-mana tanah pertanian yang melebihi dua puluh hektar luasnya yang di atasnya apa-apa jenis urusan pertanian dijalankan atau yang di atasnya hasil apa-apa tumbuhan atau pokok dikutip atau diproses, atau mana-mana lombong atau mana-mana tempat pekerjaan lain yang diisytiharkan oleh Menteri melalui perintah;
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 9
“Jurutera Daerah”, berkenaan dengan suatu daerah, ertinya mana-mana jurutera dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan atau
Negeri yang sedang menjalankan kewajipan Jabatan Kerja Raya bagi daerah itu dan, bagi maksud subseksyen 27(1), termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Jurutera Daerah;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Tenaga Kerja yang dilantik di bawah subseksyen 3(1) Akta Kerja 1955 [Akta 265]
dan termasuklah mana-mana pegawai yang, menurut kuasa suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 26, diletak hak dengan kesemua atau mana-mana kuasa Ketua Pengarah;
“kontrak perkhidmatan” ertinya mana-mana perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, yang mana seseorang bersetuju mengambil seorang yang lain sebagai pekerja dan orang yang lain itu bersetuju berkhidmat dengan majikannya sebagai seorang pekerja;
“majikan” ertinya—
(a)
mana-mana orang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan untuk mengambil kerja mana-mana orang lain sebagai pekerja dan termasuklah ejen, pengurus dan faktor bagi orang yang mula-mula disebut; atau
(b)
jika pemunya atau penerima pajak (termasuk ejen, pengurus dan faktor bagi pemunya atau penerima pajak itu)
suatu tempat pekerjaan (kemudian daripada ini disebut
“orang yang mula-mula disebut”) telah membuat suatu perjanjian, sama ada secara lisan atau bertulis dan sama ada nyata atau tersirat, dengan orang yang lain bagi maksud melaksanakan apa-apa kerja bagi atau berkaitan dengan apa-apa perniagaan, perdagangan, urusan atau kepentingan orang yang mula-mula disebut itu, istilah
“majikan” hendaklah juga termasuk orang yang mula-mula disebut itu, dan perkataan “mengambil kerja”, dengan variasi gramatis dan ungkapan seasal, hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 446
“Pegawai Perubatan” ertinya seorang pengamal perubatan berdaftar yang diambil kerja dalam kapasiti perubatan oleh
Kerajaan Persekutuan atau Negeri;
“Pegawai Perubatan Kesihatan” ertinya mana-mana pengamal perubatan dalam perkhidmatan Kerajaan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan yang sedang menjalankan kewajipan seorang
Pegawai Perubatan Kesihatan di mana-mana kawasan, daerah atau kawasan pihak berkuasa tempatan, dan termasuklah Ketua Pengarah,
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Perkhidmatan
Kesihatan, mana-mana Timbalan Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, mana-mana Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan Negeri dan mana-mana Timbalan Pengarah Perubatan dan Perkhidmatan
Kesihatan Negeri, dan bagi maksud subseksyen 27(1), termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Pegawai Perubatan Kesihatan;
“pekerja” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1) Akta Kerja 1955;
“pengamal perubatan berdaftar” ertinya seorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50];
“pengamal perubatan residen yang berdaftar”, berhubung dengan suatu estet, ertinya mana-mana pengamal perubatan berdaftar yang diambil kerja oleh majikan dan yang tinggal di estet di mana pekerja diambil kerja;
“pengurus residen”, berhubungan dengan suatu estet, ertinya mana-mana majikan atau ejen seorang majikan yang tinggal di, atau secara langsung bertanggungjawab ke atas, estet di mana pekerja itu diambil kerja;
“tanggungan” ertinya suami atau isteri, ibu atau bapa (termasuk bapa tiri dan ibu tiri), datuk atau nenek, anak (termasuk anak tiri), saudara lelaki dan saudara perempuan (termasuk saudara lelaki dan perempuan seibu atau sebapa dan saudara tiri lelaki dan saudara tiri perempuan) seseorang pekerja, yang bergantung kepada pekerja itu, dan termasuklah—
(a)
mengenai seorang anak, anak tidak sah taraf atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan; dan
Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 11
(b)
mengenai ibu atau bapa, ibu atau bapa seorang anak tidak sah taraf, dan mana-mana orang yang mengambil pekerja sebagai anak angkat mengikut mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan;
“tempat pekerjaan” ertinya suatu tempat yang kerja dijalankan oleh atau bagi pihak atau bagi seseorang majikan dan hendaklah termasuk mana-mana tempat yang pekerja ditempatkan oleh seorang majikan.
Pengecualian