Malaysia legislation

Section 5

of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990

Seksyen 5

(2)

Mana-mana bangunan yang sebaik sebelum mula berkuat kuasanya Akta ini telah digunakan bagi perumahan pekerja atau sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai dewan komuniti oleh seseorang majikan dan telah dibina atau ditukarkan mengikut kehendak mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa pada waktu pembinaan atau penukarannya bolehlah terus digunakan oleh majikan itu:

Dengan syarat bahawa bangunan sedemikian ditukarkan bagi mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.

Undang-Undang Malaysia 12

Akta 446

(3)

Walau apa pun peruntukan dalam subseksyen (2), Ketua

Pengarah, atas permohonan oleh seseorang majikan, boleh membenarkan bangunan sedemikian terus digunakan tanpa penukaran bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkannya patut, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya.

(4)

Menurut apa-apa penyiasatan yang dijalankan ke atas mana-mana tempat pekerjaan, jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa mana-mana bangunan yang sebaik sebelum atau selepas mula berkuat kuasanya Akta ini telah digunakan bagi perumahan pekerja atau tanggungan mereka atau sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai dewan komuniti tidak mematuhi peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada majikan berkenaan suatu notis, yang tidak kurang daripada tiga bulan, tentang niatnya untuk memerintahkan perobohan dan penggantian, pengubahan, pembaikan atau penampungan apa-apa kekurangan atau kecacatan padanya.

(5)

Jika, apabila notis itu tamat tempoh, majikan gagal untuk mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki sehingga

Ketua Pengarah berpuas hati, Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada majikan berkenaan suatu perintah bertulis menghendaki supaya majikan itu merobohkan dan menggantikan, mengubah atau membaiki bangunan itu, atau menampung apa-apa kekurangan atau kecacatan padanya dalam masa enam bulan dari perintah itu dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah dalam perintah itu; dan mana-mana perintah sedemikian boleh memasukkan arahan bahawa tiada seorang pekerja atau tanggungannya boleh dibenarkan menduduki mana-mana bangunan sedemikian sementara menunggu perobohan dan penggantian, pengubahan atau pembaikan, atau penampungan apa-apa kekurangan atau kecacatan padanya, atau sehingga kehendak perintah itu telah dipatuhi:

Dengan syarat bahawa jika suatu rayuan telah dibuat di bawah seksyen 30 berkenaan dengan perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen ini, maka perintah sedemikian hendaklah digantung sementara menunggu penentuan ke atas rayuan itu.

Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 13

Bekalan air dan elektrik dan penyenggaraan rumah