Malaysia legislation
Section 6
of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990
Seksyen 6
(a)
untuk menyediakan air paip percuma dan mencukupi yang diambil daripada saluran bekalan awam, atau jika
Ketua Pengarah memberikan kebenaran bertulis, untuk menyediakan bekalan air paip yang boleh diminum yang percuma dan mencukupi yang diambil daripada mana-mana sumber lain yang hendaklah dituras dan diproses mengikut cara yang diluluskan oleh Ketua Pengarah;
(b)
untuk menyediakan bekalan elektrik yang mencukupi;
(c)
untuk memastikan bahawa bangunan itu dipelihara dalam keadaan baik dan dicat supaya kelihatan memuaskan;
dan
(d)
untuk memastikan bahawa tiada penambahan atau pengubahan struktur yang tidak dibenarkan dibuat kepada bangunan itu.
(2)
Bagi maksud seksyen ini, kecukupan bekalan air dan elektrik hendaklah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah boleh, jika dia berpuas hati dalam mana-mana hal bahawa ia tidak praktikal untuk menyediakan bekalan air paip bagi setiap rumah, meluluskan apa-apa cara lain untuk membekalkan air:
Dengan syarat selanjutnya bahawa Ketua Pengarah boleh, dalam mana-mana hal jika dia berpuas hati bahawa penyediaan bekalan elektrik tidak praktikal atau tidak dapat dilaksanakan, mengecualikan majikan secara bertulis daripada kehendak peruntukan sedemikian.
(3)
Jika bekalan air diambil daripada sumber selain saluran bekalan awam, Ketua Pengarah boleh, bagi maksud memastikan bahawa bekalan air itu sesuai untuk digunakan, menyebabkan supaya Pegawai Perubatan Kesihatan mengambil sampel bekalan air untuk analisis dan laporan yang kosnya hendaklah ditanggung oleh majikan.
Undang-Undang Malaysia 14
Akta 446
(4)
Jika bekalan air diperoleh daripada suatu saluran bekalan awam dan disalurkan dengan paip ke setiap rumah, Ketua Pengarah boleh, apabila permohonan dibuat kepadanya, mengecualikan majikan sebahagiannya atau kesemuanya secara bertulis daripada kehendak untuk menyediakan bekalan air percuma kepada pekerja tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang dikenakan oleh
Ketua Pengarah.
(5)
Jika apa-apa penambahan atau pengubahan struktur telah dibuat kepada bangunan tanpa kebenaran Ketua Pengarah, Ketua
Pengarah boleh, setelah memberi satu bulan notis, menghendaki majikan supaya merobohkan penambahan atau pengubahan struktur itu.
Pembinaan bangunan bertujuan untuk digunakan bagi perumahan pekerja, sebagai pusat asuhan kanak-kanak atau sebagai dewan komuniti