Malaysia legislation
Section 8
of AKTA STANDARD-STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990
Seksyen 8
(a)
oleh Pegawai Perubatan Kesihatan, mana-mana bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik di tempat pekerjaan yang, oleh sebab reka bentuk, tapak, saiz, kebersihannya, kuantiti dan kualiti bekalan air yang disediakan untuk penghuni bangunan sedemikian atau keadaan lain, didapati oleh Ketua Pengarah mungkin mengancam kesihatan; dan
(b)
oleh Jurutera Daerah, mana-mana bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik di tempat pekerjaan yang, oleh sebab pembinaannya, keadaan pembaikan atau keadaannya, didapati oleh Ketua Pengarah mungkin mengancam keselamatan mana-mana orang.
(2)
Pegawai Perubatan Kesihatan atau Jurutera Daerah atau kedua-duanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, selepas memeriksa mana-mana bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik di bawah seksyen ini, mengemukakan laporan kepada Ketua Pengarah tentang hasil pemeriksaannya atau pemeriksaan mereka, beserta dengan apa-apa syor yang dibuat dalamnya yang berhubungan dengan langkah-langkah perlu yang dikehendaki untuk diambil berkenaan dengan bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik itu.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (4), apabila menerima laporan yang disebut dalam subseksyen (2), Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu perintah bertulis kepada majikan berkenaan yang menghendaki majikan itu merobohkan dan menggantikan, mengubah atau membaiki bangunan, hospital estet, hospital estet kumpulan atau klinik itu atau menampung apa-apa kekurangan atau kecacatan dalam masa dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah dalam perintah itu dan perintah sedemikian boleh, jika perlu, mengarahkan bahawa tiada pekerja atau tanggungannya
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 446
boleh dibenarkan menduduki mana-mana bangunan yang disebut terdahulu sementara menunggu perobohan dan penggantian, pengubahan atau pembaikan atau sehingga perintah itu telah dipatuhi:
Dengan syarat bahawa jika suatu rayuan dibuat di bawah seksyen 30 berkenaan dengan perintah itu, maka perintah sedemikian hendaklah digantung sementara menunggu keputusan ke atas rayuan itu.
(4)
Tiada perintah di bawah subseksyen (3) boleh dikeluarkan melainkan jika satu salinan laporan yang diterima oleh Ketua
Pengarah daripada Pegawai Perubatan Kesihatan atau Jurutera
Daerah atau kedua-duanya telah diberikan kepada majikan, dan dalam membuat perintah itu Ketua Pengarah hendaklah memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap apa-apa representasi yang mungkin dibuat oleh majikan berkenaan dengan laporan itu.
Bangunan yang asalnya tidak dibina bagi perumahan pekerja