Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(a)
memastikan sama ada persetujuan itu diberikan secara sukarela;
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
(b)
setelah berpuas hati bahawa persetujuan itu diberikan secara sukarela, menasihati penjenayah buruan itu bahawa akibat daripada persetujuan sedemikian ialah―
(i)
dia akan dikomitkan ke penjara;
(ii)
dia tidak berhak untuk memohon di bawah seksyen 36 bagi mendapatkan writ habeas corpus untuk mengkaji semula kesahan keputusan untuk mengkomitkannya ke penjara;
(iii)
apabila dia dipulangkan ke negara yang membuat rekuisisi bagi pemulangannya, dia akan dibicarakan atas kesalahan ekstradisi yang berkenaan dengannya ekstradisinya telah diminta atau dia boleh dibicarakan atas apa-apa kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas kesalahan ekstradisi itu;
(iv)
apabila dia dipulangkan ke negara itu, dia boleh juga dibicarakan bagi apa-apa kesalahan ekstradisi lain yang berkenaan dengannya
Menteri memberikan keizinan di bawah seksyen 10.
(2)
Jika, selepas penjenayah buruan itu telah dinasihati mengikut perenggan (1)(b), penjenayah buruan itu sekali lagi bersetuju terhadap penepian itu, maka Mahkamah hendaklah mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara untuk menunggu waran Menteri di bawah subseksyen (3).
(3)
Menteri boleh, pada bila-bila masa selepas penjenayah buruan itu dikomitkan ke penjara, mengeluarkan―
(a)
suatu waran penyerahan sementara; atau
(b)
suatu waran penyerahan,
Ekstradisi 25