PERMULAAN
Tajuk ringkas dan pemakaian
/akn/my/act/act/1992/479
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA EKSTRADISI 1992 is Malaysia Act, cited as Act 479 1992, currently marked in force and first recorded in 1992.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan pemakaian
Akta ini atau mana-mana bahagian daripadanya hendaklah terpakai bagi―
negara yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 2;
negara yang berkenaan dengannya suatu arahan khas telah dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 3:
Dengan syarat bahawa Bahagian V hendaklah terpakai bagi
Brunei Darussalam dan Republik Singapura walaupun tiada perintah
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
di bawah seksyen 2 atau arahan khas di bawah seksyen 3 telah dikeluarkan atau diberikan oleh Menteri.
Perintah Menteri
Jika mana-mana perkiraan yang disebut dalam seksyen ini dibatalkan atau luput, maka Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta, dengan serta-merta memperakui hakikat itu; dan mana-mana perintah sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa perkiraan yang disebut di dalamnya telah dibatalkan atau telah luput, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tidak boleh dipersoalkan dalam apa-apa jua prosiding undang-undang.
Mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat dengan seberapa segera yang boleh selepas perintah itu dibuat.
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan konklusif bahwa perkiraan yang disebutkan di dalamnya mematuhi peruntukan Akta ini, dan bahawa Akta ini terpakai dalam hal negara yang tersebut dalam perintah itu, dan kesahan perintah sedemikian tidak boleh dipersoalkan dalam apa-apa jua prosiding undang-undang.
Ekstradisi 9
Arahan khas Menteri untuk memakai Akta ini jika tiada perintah dibuat di bawah seksyen 2
Jika sesuatu negara yang berkenaan dengannya tiada perintah dibuat di bawah seksyen 2 membuat suatu perintaan bagi ekstradisi seseorang penjenayah buruan ke negara itu, maka Menteri boleh, jika difikirkannya patut berbuat demikian, memberikan sendiri arahan khas secara bertulis bahawa peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi negara itu berhubungan dengan ekstradisi penjenayah buruan yang berkenaan ke negara itu.
Arahan Menteri untuk memakai tatacara dalam seksyen 20
Jika perkiraan mengikat yang telah dibuat antara Malaysia dengan mana-mana negara bagi ekstradisi penjenayah buruan mengandungi peruntukan bagi mengetepikan kehendak prima facie sama ada secara umum atau berhubungan dengan suatu golongan atau golongan-golongan kesalahan, maka Menteri boleh memberikan arahan secara bertulis bahawa tatacara yang dinyatakan dalam seksyen 20
hendaklah terpakai bagi kes sedemikian.
Tafsiran
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
“kesalahan boleh ekstradisi” ertinya sesuatu kesalahan yang diperihalkan dalam seksyen 32;
“kesalahan ekstradisi” ertinya sesuatu kesalahan yang diperihalkan dalam subseksyen 6(2) atau 6(3);
“Majistret” ertinya Majistret Kelas Pertama atau Hakim Mahkamah
Sesyen;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
“Menteri” ertinya Menteri Dalam Negeri;
“negara” termasuklah wilayah sesuatu negara yang, walaupun tidak berdaulat dan merdeka, diberi kuasa oleh negara itu untuk membuat perkiraan ekstradisi dengan negara lain;
“penjenayah buruan” ertinya mana-mana orang yang dituduh atau disabitkan atas suatu kesalahan ekstradisi yang dilakukan dalam bidang kuasa negara lain dan yang berada, atau disyaki berada, di suatu bahagian di Malaysia;
“wakil diplomatik” ertinya ketua wakil atau pegawai konsular, seperti yang ditakrifkan dalam Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord 53 tahun 1957];
“waran penyerahan” ertinya waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 21(2)(b);
“waran penyerahan sementara” ertinya waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 21(2)(a);
“waran sementara” ertinya waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 13(1)(b).
Bahagian II
Bagi maksud Akta ini, kesalahan ekstradisi ialah suatu kesalahan, bagaimanapun diperihalkan, termasuk kesalahan fiskal―
Ekstradisi 11
yang boleh dihukum, di bawah undang-undang sesuatu negara yang disebutkan di bawah perenggan 1(2)(a) atau 1(2)(b), dengan hukuman pemenjaraan yang tidak kurang daripada satu tahun atau hukuman mati; dan
yang, jika dilakukan dalam bidang kuasa Malaysia, boleh dihukum di bawah undang-undang Malaysia dengan hukuman pemenjaraan yang tidak kurang daripada satu tahun atau hukuman mati:
Dengan syarat bahawa, dalam suatu hal sesuatu kesalahan luar wilayah, kesalahan itu boleh dihukum sedemikian di bawah undang-undang Malaysia jika ia berlaku dalam hal keadaan yang bersamaan di luar Malaysia.
Sesuatu kesalahan hendaklah juga menjadi suatu kesalahan ekstradisi jika ia terdiri daripada suatu percubaan atau komplot untuk melakukan, atau suatu pensubahatan pelakuan, mana-mana kesalahan yang diperihalkan dalam subseksyen (2).
Undang-undang sesebuah negara
Sebutan dalam Akta ini mengenai undang-undang sesuatu negara termasuklah sebutan mengenai sesuatu undang-undang bagi, atau yang berkuat kuasa di dalam, sesuatu bahagian negara itu.
Bahagian III
Sekatan ke atas pemulangan penjenayah buruan
Seseorang penjenayah buruan tidak boleh diserahkan kepada negara yang cuba mendapatkan pemulangannya―
jika kesalahan yang berkenaan dengannya pemulangan penjenayah itu cuba didapatkan adalah bersifat politik atau
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
jika dibuktikan olehnya sehingga Mahkamah Sesyen yang ke hadapannya dia dibawa atau Menteri berpuas hati bahawa waran bagi pemulangannya telah dibuat sebenarnya dengan tujuan untuk membicarakan atau menghukumnya atas suatu kesalahan yang bersifat politik;
jika permohonan bagi penyerahannya, walaupun berupa sebagai dibuat bagi suatu kesalahan ekstradisi, adalah sebenarnya dibuat bagi maksud mendakwa atau menghukum orang itu oleh sebab rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya;
jika dia mungkin terjejas dalam perbicaraannya atau dihukum atau dipenjarakan oleh sebab rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya;
jika pendakwaan bagi kesalahan yang berkenaan dengan pemulangannya itu cuba didapatkan adalah, mengikut undang-undang negara itu, terhalang oleh masa;
melainkan jika peruntukan dibuat oleh undang-undang negara itu, atau dalam perkiraan ekstradisi dengan negara itu, bahawa seseorang penjenayah buruan yang tidak mempunyai peluang yang munasabah untuk meninggalkan negara itu tidak boleh ditahan atau dibicarakan di negara itu atas apa-apa kesalahan yang dilakukan sebelum pemulangannya, kecuali kesalahan ekstradisi yang dibuktikan oleh fakta yang padanya penyerahannya atau pemulangannya itu didasarkan atau apa-apa kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas pemulangan itu melainkan jika keizinan pihak berkuasa yang berkenaan di negara diminta telah diperoleh; atau
melainkan jika peruntukan dibuat oleh undang-undang negara itu, atau dalam perkiraan ekstradisi dengan negara itu, bahawa seseorang penjenayah buruan yang tidak mempunyai peluang yang munasabah untuk meninggalkan negara itu tidak boleh diekstradisikan ke
Ekstradisi 13
negara lain bagi perbicaraan atau hukuman atas apa-apa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan atau yang dilakukan sebelum pemulangan penjenayah buruan itu ke negara yang mula-mula disebut itu melainkan jika keizinan pihak berkuasa yang berkenaan di negara diminta telah diperoleh.
Kecualian kepada kesalahan politik
pembunuhan atau jenayah sengaja yang lain terhadap diri
Ketua Negara atau anggota keluarga terdekat Ketua
Negara itu;
sesuatu perbuatan yang, di bawah triti berbilang pihak yang Malaysia dan negara yang cuba mendapatkan pemulangan penjenayah buruan itu menjadi pihak kepadanya, menjadi suatu kesalahan yang kerananya seseorang itu akan diekstradisikan atau didakwa walau apa pun sifat politik atau dorongan perbuatan sedemikian;
apa-apa percubaan, persubahatan atau komplot untuk melakukan apa-apa kesalahan yang tersebut dahulu.
Bila keizinan Menteri perlu
Menteri boleh meminta apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang diperlukannya supaya dia berpuas hati bahawa permintaan bagi mendapatkan keizinannya di bawah subseksyen (1) itu adalah konsisten dengan peruntukan Akta ini.
Menteri tidak boleh memberikan keizinannya di bawah subseksyen (1) jika dia mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kesalahan yang berhubungan dengan permintaan bagi mendapatkan keizinan itu telah boleh dipertuduhkan sebelum pemulangan penjenayah buruan itu jika usaha wajar telah dilakukan.
Bahagian IV
BURUAN
Liabiliti penjenayah buruan untuk diberkas dan dipulangkan
Jika seseorang penjenayah buruan ditemui di Malaysia, dia boleh diberkas dan dipulangkan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Bahagian ini ke negara yang berkenaan.
Permintaan bagi pemulangan penjenayah buruan
Hendaklah diberikan dengan mana-mana permintaan yang dibuat bagi maksud subseksyen (1)—
Ekstradisi 15
dalam hal penjenayah buruan yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu waran bagi penangkapannya yang dikeluarkan di negara itu; atau
dalam hal penjenayah buruan yang bebas dengan menyalahi undang-undang selepas disabitkan atas sesuatu kesalahan, suatu perakuan sabitan itu dan hukuman di negara itu dan pernyataan tentang banyaknya jika ada, hukuman itu yang telah dijalani, berserta dengan, dalam setiap hal, butir penjenayah buruan yang pemulangannya diminta dan fakta yang berdasarkannya dan undang-undang yang di bawahnya dia dituduh atau disabitkan, dan keterangan yang cukup untuk mewajarkan pengeluaran waran bagi pemberkasannya di bawah seksyen 13.
Apabila diterima permintaan sedemikian, Menteri boleh, melalui perintah di bawah tandatangan dan meterainya, memaklumkan Majistret bahawa permintaan sedemikian telah dibuat dan memberi kuasa Majistret itu mengeluarkan waran bagi pemberkasan penjenayah buruan itu.
Jika
Menteri berpendapat bahawa kesalahan yang berhubungan dengan waran itu ialah kesalahan yang bersifat politik, maka dia boleh, jika difikirkannya patut, enggan membuat apa-apa perintah sedemikian, dan boleh juga pada bila-bila masa memerintahkan supaya seseorang penjenayah buruan yang disabitkan atas kesalahan sedemikian dilepaskan daripada jagaan.
Pengeluaran waran oleh Majistret
hendaklah, apabila diterima sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen 12(3), mengeluarkan suatu waran bagi pemberkasan penjenayah buruan itu; atau 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
boleh, jika tiada perintah telah dibuat di bawah subseksyen 12(3), mengeluarkan suatu waran sementara bagi pemberkasan penjenayah buruan itu berdasarkan maklumat dan keterangan dan di bawah hal keadaan yang akan, pada pendapatnya, mewajarkan pengeluaran waran jika kesalahan itu telah dilakukan atau penjenayah buruan itu telah disabitkan di Malaysia.
Bagi maksud perenggan (1)(b), maklumat yang terkandung di dalam sesuatu notis antarabangsa yang dikeluarkan oleh Pertubuhan
Polis Jenayah Antarabangsa (INTERPOL) berkenaan dengan seseorang penjenayah buruan boleh dipertimbangkan oleh Majistret dalam memutuskan sama ada suatu waran sementara patut dikeluarkan bagi pemberkasan seseorang penjenayah buruan.
Majistret hendaklah melaporkan pengeluaran waran sementara kepada Menteri
Malaysia, maka Majistret―
Menteri boleh, jika difikirkannya patut, memerintahkan supaya waran itu dibatalkan dan orang yang telah diberkas berdasarkan waran itu dilepaskan.
Tatacara berkenaan dengan penjenayah buruan yang diberkas berdasarkan waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 13(1)(a)
Seseorang penjenayah buruan yang diberkas berdasarkan waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 13(1)(a) hendaklah dibawa ke hadapan mana-mana Majistret yang hendaklah memerintahkan―
supaya penjenayah buruan itu ditahan dalam jagaan sebelum dia dibawa hadir di hadapan Mahkamah Sesyen.
Tatacara berkenaan dengan penjenayah buruan yang diberkas berdasarkan waran sementara
Apabila diterimanya perintah Menteri yang memaklumkan bahawa suatu permintaan telah dibuat bagi pemulangan penjenayah buruan itu, Majistret hendaklah memerintahkan―
Majistret hendaklah, jika dia tidak menerima suatu perintah daripada Menteri dalam tempoh masa yang ditetapkannya di bawah subseksyen (1) yang memaklumkan bahawa suatu rekuisisi telah dibuat bagi pemulangan penjenayah buruan itu, memerintahkan supaya penjenayah buruan itu dilepaskan.
Tatacara berkenaan dengan penjenayah buruan yang diberkas berdasarkan waran sementara jika perintah telah diterima oleh
Majistret
Jika pada masa penjenayah buruan yang diberkas berdasarkan
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
waran sementara dibawa ke hadapan mana-mana Majistret, Majistret itu telah menerima suatu perintah Menteri yang memaklumkan bahawa suatu permintaan telah dibuat bagi pemulangan penjenayah buruan itu, maka Majistret itu hendaklah memerintahkan―
supaya penjenayah buruan itu ditahan dalam jagaan sehingga dia dibawa hadir di hadapan Mahkamah Sesyen.
Kuasa dan bidang kuasa Mahkamah Sesyen
Mahkamah Sesyen hendaklah mempunyai kuasa dan bidang kuasa untuk menyiasat sesuatu perkara ekstradisi yang dibawa ke hadapannya mengikut tatacara yang dinyatakan di bawah Akta ini.
Tatacara di hadapan Mahkamah Sesyen
bahawa dia tidak melakukan atau meninggalkan daripada melakukan perbuatan yang dikatakan telah dilakukan atau ditinggalkan olehnya;
bahawa dia bukanlah orang yang terhadapnya waran telah dikeluarkan di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya;
bahawa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan itu bukanlah suatu kesalahan ekstradisi berhubungan dengan negara yang cuba mendapatkan pemulangannya;
bahawa kesalahan itu bersifat politik, atau bahawa prosiding itu diambil dengan tujuan untuk
Ekstradisi 19
membicarakannya atau menghukumnya atas suatu kesalahan yang bersifat politik;
bahawa kesalahan itu ialah suatu kesalahan di bawah undang-undang tentera yang bukanlah suatu kesalahan juga di bawah undang-undang jenayah am;
bahawa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan itu tidak menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang
Malaysia;
bahawa dia telah, sebelum ini, disabitkan atau dibebaskan atau diampunkan oleh suatu tribunal atau pihak berkuasa yang berwibawa di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya atau di Malaysia berkenaan dengan perbuatan atau peninggalan yang dikatakan itu; atau
bahawa permintaan bagi penyerahannya telah dibuat bagi maksud mendakwa atau menghukumnya kerana rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya, atau bahawa dia mungkin terjejas dalam perbicaraannya atau dihukum atau dipenjarakan oleh sebab rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh mengehadkan kuasa Mahkamah Sesyen untuk menerima apa-apa keterangan lain yang boleh dikemukakan untuk menunjukkan bahawa penjenayah buruan itu tidak sepatutnya dipulangkan.
Bagi maksud perenggan (2)(d), Mahkamah Sesyen boleh menerima keterangan yang pada pendapatnya boleh membantu
Mahkamah itu dalam menentukan kebenaran, sama ada atau tidak keterangan itu boleh diterima secara sah selainnya di mahkamah.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
Jika Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa kes prima facie tidak dibuktikan bagi menyokong rekuisisi negara berkenaan, maka
Mahkamah hendaklah melepaskan penjenayah buruan itu.
Jika Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa kes prima facie telah dibuktikan bagi menyokong rekuisisi negara berkenaan, maka
Mahkamah itu hendaklah mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara untuk menunggu perintah Menteri bagi penyerahannya, dan hendaklah melaporkan keputusan siasatannya kepada Menteri; dan hendaklah mengemukakan bersama laporan itu apa-apa pernyataan bertulis yang penjenayah buruan itu berhasrat untuk mengemukakannya bagi pertimbangan Menteri.
Tatacara di hadapan Mahkamah Sesyen jika arahan khas telah diberikan di bawah seksyen 4
setelah mendengar apa-apa representasi yang dibuat bagi menyokong permintaan ekstradisi itu;
apabila berpuas hati bahawa perbuatan atau peninggalan yang dikatakan dilakukan oleh penjenayah buruan itu akan, sekiranya telah berlaku di Malaysia, menjadi suatu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia;
jika penjenayah buruan itu tidak memuaskan hati
Mahkamah bahawa terdapat alasan substansial bagi mempercayai bahawa―
kesalahan itu ialah kesalahan yang bersifat politik atau bahawa prosiding itu telah diambil dengan tujuan membicarakan atau menghukumnya atas kesalahan yang bersifat politik;
Ekstradisi 21
pendakwaan bagi kesalahan yang berkenaan dengannya pemulangannya cuba didapatkan adalah terhalang oleh masa di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya itu;
kesalahan itu ialah suatu kesalahan di bawah undang-undang tentera yang bukanlah suatu kesalahan juga di bawah undang-undang jenayah am;
penjenayah buruan itu telah dibebaskan atau diampunkan oleh suatu tribunal atau pihak berkuasa yang kompeten di negara yang cuba mendapatkan pemulangannya atau di Malaysia;
penjenayah buruan itu telah menjalani hukuman yang diperuntukkan oleh undang-undang negara yang cuba mendapatkan pemulangannya atau undang-undang Malaysia yang berkenaan dengan kesalahan ekstradisi itu atau mana-mana kesalahan lain yang terdiri daripada perbuatan yang sama dengan yang menjadi kesalahan ekstradisi itu;
apabila berpuas hati bahawa penjenayah buruan itu tidak dituduh atas sesuatu kesalahan, dan tidak juga sedang menjalani sesuatu hukuman berkenaan dengan sesuatu kesalahan, di Malaysia, selain daripada kesalahan ekstradisi yang berkenaan dengannya pemulangannya cuba didapatkan.
mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara untuk menunggu perintah Menteri bagi penyerahannya.
Dalam prosiding di hadapan Mahkamah Sesyen di bawah subseksyen (1) penjenayah buruan itu tidak berhak untuk mengemukakan, dan Mahkamah tidak berhak untuk menerima, keterangan untuk menyangkal pengataan bahawa penjenayah buruan itu telah melakukan atau meninggalkan daripada melakukan
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
perbuatan yang menjadi kesalahan ekstradisi yang baginya pemulangannya cuba didapatkan.
Dalam seksyen ini, “dokumen sokongan” ertinya―
apa-apa waran yang disahkan dengan sewajarnya bagi penangkapan penjenayah buruan itu yang dikeluarkan oleh negara yang cuba mendapatkan pemulangannya, atau apa-apa salinan yang disahkan dengan sewajarnya bagi waran itu;
apa-apa dokumen yang disahkan dengan sewajarnya untuk memberikan keterangan tentang sabitan atau hukuman penjenayah buruan itu atau setakat manakah hukuman yang dikenakan itu belum dijalankan;
suatu pernyataan secara bertulis yang menyatakan perihalan tentang, dan penalti yang terpakai berkenaan dengan, kesalahan itu dan suatu pernyataan secara bertulis yang disahkan dengan sewajarnya yang menyatakan kelakuan yang menjadi kesalahan itu.
Pemulangan penjenayah buruan
Apabila habis tempoh yang disebutkan dalam subseksyen (1)
atau, jika permohonan bagi mendapatkan writ habeas corpus telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi oleh penjenayah buruan itu, apabila permohonan sedemikian diputuskan dengan muktamad oleh
Mahkamah Tinggi atau selepas apa-apa tempoh yang lebih lanjut
Ekstradisi 23
yang boleh dibenarkan oleh Menteri dalam salah satu hal itu, Menteri hendaklah―
dalam hal sesuatu rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen 29, mengeluarkan suatu waran penyerahan sementara yang telah ditandatanganinya dan dimeterai; atau
dalam hal sesuatu rekuisisi yang dibuat di bawah seksyen 12, mengeluarkan suatu waran penyerahan yang telah ditandatanganinya dan dimeterai, bagi memerintahkan penjenayah buruan itu diserahkan kepada orang yang pada pendapatnya diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menerima penjenayah buruan itu oleh negara yang membuat rekuisisi bagi pemulangan penjenayah buruan itu, dan penjenayah itu hendaklah dipulangkan dengan sewajarnya.
Adalah sah bagi mana-mana orang yang kepadanya waran tersebut diarahkan dan bagi orang yang telah diberi kuasa seperti yang tersebut di atas menerima, menahan di dalam jagaan dan membawa, dalam bidang kuasa negara yang telah membuat rekuisisi bagi pemulangannya, penjenayah buruan itu dan jika penjenayah buruan itu lepas lari dari mana-mana jagaan yang kepadanya dia boleh diserahkan menurut waran sedemikian, adalah sah menahannya semula mengikut cara yang sama seperti mana-mana orang yang dituduh melakukan apa-apa jenayah terhadap undang-undang
Malaysia boleh ditahan semula apabila melepaskan diri.
Penepian prosiding pengkomitan oleh penjenayah buruan
memastikan sama ada persetujuan itu diberikan secara sukarela;
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
setelah berpuas hati bahawa persetujuan itu diberikan secara sukarela, menasihati penjenayah buruan itu bahawa akibat daripada persetujuan sedemikian ialah―
dia akan dikomitkan ke penjara;
dia tidak berhak untuk memohon di bawah seksyen 36 bagi mendapatkan writ habeas corpus untuk mengkaji semula kesahan keputusan untuk mengkomitkannya ke penjara;
apabila dia dipulangkan ke negara yang membuat rekuisisi bagi pemulangannya, dia akan dibicarakan atas kesalahan ekstradisi yang berkenaan dengannya ekstradisinya telah diminta atau dia boleh dibicarakan atas apa-apa kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas kesalahan ekstradisi itu;
apabila dia dipulangkan ke negara itu, dia boleh juga dibicarakan bagi apa-apa kesalahan ekstradisi lain yang berkenaan dengannya
Menteri memberikan keizinan di bawah seksyen 10.
Jika, selepas penjenayah buruan itu telah dinasihati mengikut perenggan (1)(b), penjenayah buruan itu sekali lagi bersetuju terhadap penepian itu, maka Mahkamah hendaklah mengkomitkan penjenayah buruan itu ke penjara untuk menunggu waran Menteri di bawah subseksyen (3).
Menteri boleh, pada bila-bila masa selepas penjenayah buruan itu dikomitkan ke penjara, mengeluarkan―
Opening note
Seksyen 36 tidak terpakai bagi seseorang penjenayah buruan yang dikomitkan ke penjara di bawah seksyen ini.
Deposisi menjadi keterangan
Deposisi atau pernyataan bersumpah yang diambil di mana-mana negara dan salinan deposisi atau pernyataan asal sedemikian, dan perakuan asing tentang atau dokumen kehakiman asing yang menyatakan hakikat sesuatu sabitan boleh, jika disahkan dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam prosiding di bawah
Akta ini.
Pengesahan dokumen asing
Waran dan deposisi atau pernyataan bersumpah asing dan salinannya, dan perakuan asing tentang atau dokumen kehakiman asing yang menyatakan hakikat sesuatu sabitan, hendaklah disifatkan telah disahkan dengan sewajarnya bagi maksud Akta ini jika disahkan menurut cara yang diperuntukkan sekarang ini melalui undang-undang atau disahkan sebagaimana yang berikut:
jika waran itu berupa sebagai ditandatangani oleh seorang
Hakim, Majistret atau pegawai negara tempat waran itu telah dikeluarkan;
jika deposisi atau pernyataan itu atau salinannya berupa sebagai telah diperakui di bawah tandatangan seorang
Hakim, Majistret atau pegawai negara tempat deposisi atau pernyataan atau salinan itu dikira sebagai deposisi atau pernyataan asal, atau sebagai salinan sah deposisi atau pernyataan itu, mengikut kehendak hal itu;
jika perakuan tentang atau dokumen kehakiman yang menyatakan hakikat sabitan itu berupa sebagai telah
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
diperakui oleh seorang Hakim, Majistret atau pegawai negara tempat sabitan itu telah berlaku;
dan jika dalam tiap-tiap hal waran, deposisi, pernyataan, salinan, perakuan dan dokumen kehakiman itu (mengikut mana-mana yang berkenaan) disahkan melalui sumpah saksi atau dimeterai dengan meterai rasmi Menteri Kehakiman atau seorang Menteri Negara yang lain; dan semua mahkamah di Malaysia hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada meterai rasmi itu dan hendaklah membenarkan dokumen yang disahkan olehnya diterima sebagai keterangan tanpa bukti yang lebih lanjut lagi.
Bahagian V
DARUSSALAM DAN REPUBLIK SINGAPURA
Pemakaian bagi Brunei Darussalam dan Singapura
Dalam Bahagian ini, “kesalahan” ertinya kesalahan boleh tangkap atau kesalahan yang boleh dihukum, apabila disabitkan, dengan hukuman pemenjaraan selama tempoh yang melebihi enam bulan di bawah undang-undang Brunei Darussalam atau Republik
Singapura.
Pengendorsan waran yang dikeluarkan di Brunei Darussalam atau Singapura
Jika di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Brunei Darussalam atau Republik Singapura, suatu pihak berkuasa kehakiman telah mengeluarkan waran yang memberi kuasa penangkapan seseorang yang dituduh atau disabitkan atas suatu kesalahan dan orang itu berada atau dipercayai berada di Malaysia,
Ekstradisi 27
seseorang Majistret di Malaysia boleh, jika dia berpuas hati bahawa waran itu telah dikeluarkan dengan sewajarnya di Brunei Darussalam atau Republik Singapura, mengendorskan waran itu, dan waran itu kemudiannya boleh dilaksanakan ke atas orang itu seolah-olah ia waran yang dikeluarkan dengan sah di Malaysia di bawah peruntukan
Kanun Tatacara Jenayah.
Waran yang dilaksanakan di Brunei Darussalam atau Singapura disifatkan telah dilaksanakan dengan sah di Malaysia
Jika, di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Brunei Darussalam atau Republik Singapura yang bersamaan dengan seksyen 26, suatu waran yang dikeluarkan oleh seorang Majistret atau suatu Mahkamah Majistret di Malaysia telah diendorskan oleh seorang Majistret di Brunei Darussalam atau
Republik Singapura dan dilaksanakan ke atas orang yang dinamakan dalam waran itu, waran itu hendaklah bagi maksud Akta ini disifatkan telah dilaksanakan dengan sah seolah-olah pelaksanaan itu telah dilakukan di Malaysia.
Pemindahan orang ke Brunei Darussalam atau Singapura
Jika sesuatu waran telah disempurnakan di Malaysia menurut seksyen 26, orang yang ditangkap itu hendaklah dikemukakan dengan seberapa segera yang mungkin ke hadapan seorang Majistret di
Malaysia, yang hendaklah, jika berpuas hati bahawa orang itu ialah orang yang dinyatakan dalam waran, mengarahkan supaya orang yang ditangkap itu diserahkan dengan serta-merta dalam jagaan kepada mahkamah yang berkenaan di Brunei Darussalam atau
Republik Singapura; dan mana-mana orang sedemikian hendaklah, ketika dalam jagaan itu, disifatkan bagi segala maksud berada dalam jagaan yang sah:
Dengan syarat bahawa Majistret itu boleh, jika atas sebab yang hendaklah direkodkan olehnya dia berpuas hati bahawa adalah bagi kepentingan keadilan dia berbuat demikian, dan jika kes itu ialah kes yang boleh diberikan jaminan dengan sah, melepaskan orang yang
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
ditangkap itu atas jaminan dengan syarat orang itu hadir di hadapan mahkamah yang berkenaan di Brunei Darussalam atau Republik
Singapura pada masa yang hendaklah dinyatakan di dalam bon dan bon jaminan.
Bahagian VI
BANDUAN UNTUK MENGHADAPI PERBICARAAN
Tatacara bagi pemulangan
Maka hendaklah diberikan dengan apa-apa permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) butir-butir tentang penjenayah buruan yang pemulangannya diminta dan fakta yang berdasarkannya dan undang-undang yang di bawahnya dia dituduh serta juga aku janji yang mencukupi yang bermaksud bahawa―
penjenayah buruan itu hendaklah dipulangkan ke
Malaysia sebaik sahaja tamat perbicaraannya di negara yang berkenaan; dan
bertanggungjawab atas jagaan penjenayah buruan itu semasa dalam perjalanan ke dan dari, dan semasa di dalam, negara yang berkenaan; dan
mengambil segala langkah yang sesuai dan perlu untuk memastikan dia selamat pulang ke Malaysia.
Ekstradisi 29
Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh menghendaki negara yang berkenaan memberikan apa-apa aku janji lain yang dinyatakannya.
Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, Menteri, apabila berpuas hati bahawa kehendak subseksyen
telah dipenuhi, boleh, melalui perintah di bawah tandatangannya dan meterainya, membenarkan penjenayah buruan itu dikeluarkan dari tempat pemenjaraannya dan dibawa ke hadapan Mahkamah
Sesyen bagi siasatan di bawah seksyen 19.
Penjenayah buruan tidak lagi boleh dikehendaki menjalani hukuman di Malaysia, masa yang dihabiskan dalam jagaan berkaitan dengan pengeluaran waran penyerahan sementara
Apa-apa masa yang dihabiskan oleh penjenayah buruan di dalam jagaan berkaitan dengan waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 21(2)(a) (termasuklah masa yang dihabiskan dalam jagaan di luar Malaysia) hendaklah dikira sebagai masa yang dihabiskan bagi menjalani hukuman atau hukuman-hukuman pemenjaraan yang disebutkan dalam subseksyen 29(1).
Pengeluaran waran oleh Menteri
Jika―
seseorang penjenayah buruan dipulangkan ke sesuatu negara di bawah suatu waran penyerahan sementara dan selepas itu dipulangkan ke Malaysia menurut aku janji yang disebutkan dalam subseksyen 29(2); dan 30 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
negara yang berkenaan masih mahu akan pemulangan penjenayah buruan itu selepas dia telah menjalani hukumannya di Malaysia,
Menteri boleh, mengikut budi bicaranya, mengeluarkan suatu waran penyerahan bagi pemulangan penjenayah buruan itu ke negara itu.
Bahagian VII
DISABITKAN KE MALAYSIA
Kesalahan boleh diektradisi
Dalam Bahagian ini, kesalahan boleh diesktradisi ialah kesalahan bagaimana jua pun diperihalkan, termasuklah kesalahan kewangan, boleh dihukum di bawah undang-undang Malaysia dengan hukuman pemenjaraan yang tidak kurang daripada satu tahun atau hukuman mati.
Pemindahan orang yang dituduh atau disabitkan yang dipulangkan
Mana-mana orang yang dituduh atau disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh ekstradisi yang dipulangkan oleh sesuatu negara boleh, di bawah waran tangkap bagi pemulangannya yang dikeluarkan di negara itu, dibawa masuk ke Malaysia dan diserahkan kepada pihak berkuasa yang sepatutnya untuk diperlakukan mengikut undang-undang.
Orang yang dituduh atau disabitkan yang dipulangkan ke
Malaysia tidak boleh dibicarakan bagi kesalahan yang terdahulu atau dipulangkan ke negara lain
Bilamana mana-mana orang yang dituduh atau disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh ekstradisi dipulangkan oleh sesuatu negara,
Ekstradisi 31
orang itu tidak boleh, melainkan jika dia telah meninggalkan atau telah berpeluang meninggalkan Malaysia—
ditahan atau dibicarakan di Malaysia atas apa-apa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan, atau yang telah dilakukan, sebelum pemulangan orang itu, selain daripada―
kesalahan boleh ekstradisi yang berkenaan dengannya dia dipulangkan;
mana-mana kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas bagi pemulangan itu; atau
mana-mana kesalahan boleh ekstradisi lain yang berkenaan dengannya negara yang berkenaan mengizinkan orang itu ditahan atau dibicarakan sedemikian, jika keizinan itu dikehendaki oleh negara itu;
Opening note
diekstradisikan oleh Malaysia ke negara lain bagi perbicaraan atau hukuman atas apa-apa kesalahan ekstradisi yang dikatakan telah dilakukan, atau yang telah dilakukan, sebelum pemulangan orang itu ke Malaysia melainkan, jika dikehendaki sedemikian oleh negara yang memulangkan orang itu ke Malaysia, jika persetujuan itu telah diperoleh.
Orang yang dipulangkan sementara ke Malaysia
hendaklah, semasa dalam perjalanan ke atau dari, dan semasa di Malaysia, diletakkan dalam jagaan seperti yang diarahkan oleh Menteri secara bertulis dan Menteri boleh membuat perintah sedemikian walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan; dan
tidak boleh dibicarakan di Malaysia berkenaan dengan apa-apa kesalahan selain daripada kesalahan yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas pemulangan itu atau apa-apa kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas pemulangan, atau, dengan keizinan negara yang memulangkannya, apa-apa kesalahan boleh ekstradisi lain.
Jika―
seseorang ditahan dalam jagaan mengikut perintah
Menteri di bawah perenggan (1)(a); dan
negara yang memulangkan orang itu memberitahu
Malaysia bahawa orang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan di negara itu dan tidak lagi dikehendaki untuk dipulangkan, maka Menteri hendaklah membatalkan perintah sedemikian.
Bahagian VIII
Permohonan bagi habeas corpus
Seseorang penjenayah buruan yang dikomitkan ke penjara di bawah Akta ini boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi bagi mendapatkan suatu writ habeas corpus mengikut tatacara seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Tatacara Jenayah.
Ekstradisi 33
Kajian semula Mahkamah Tinggi
Jika Pendakwa Raya berhasrat untuk membuat permohonan sedemikian, dia hendaklah, pada masa perintah pelepasan itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen, memberi Mahkamah itu notis tentang niatnya hendak memohon kepada
Mahkamah
Tinggi bagi mendapatkan kajian semula perintah itu, dan notis itu hendaklah berkuat kuasa sebagai penggantungan perintah pelepasan oleh
Mahkamah Sesyen―
sehingga habis tempoh sepuluh hari, bermula dari hari perintah pelepasan itu dibuat; atau
jika permohonan bagi kajian semula perintah pelepasan itu dibuat, sehingga permohonan itu diputuskan oleh
Mahkamah Tinggi.
Jika Pendakwa Raya memberikan notis tentang niatnya untuk memohon kajian semula perintah Mahkamah Sesyen itu, Mahkamah itu boleh membenarkan, kepada penjenayah buruan yang berkenaan dengannya perintah pelepasan itu dibuat, jaminan sementara menanti pemutusan permohonan itu oleh Mahkamah Tinggi.
Apabila permohonan bagi mendapatkan kajian semula perintah pelepasan itu dibuat, Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi barang kes yang dikemukakan di hadapannya, keterangan yang diterima di Mahkamah, sebab bagi keputusannya dan pendapatnya mengenai apa-apa persoalan undang-undang yang berbangkit semasa siasatan.
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
Mahkamah Tinggi yang kepadanya sesuatu permohonan dibuat bagi mendapatkan kajian semula terhadap sesuatu perintah pelepasan boleh memerintahkan supaya penjenayah buruan itu dilepaskan dengan jaminan atas terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah sementara menunggu penentuan permohonan bagi mendapatkan kajian semula itu.
Mahkamah Tinggi boleh mengesahkan, mengubah atau membatalkan perintah itu atau membuat suatu perintah baru bagi menggantikan perintah yang telah dibatalkan itu, dan apa-apa perintah Mahkamah Tinggi yang sedemikian adalah muktamad dan konklusif.
Bahagian IX
Negara termasuklah koloni, wilayah tanggungan, protektorat, vesel atau pesawat udara
Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap bahagian juzuk sesuatu negara dan tiap-tiap koloni, wilayah tanggungan dan protektorat, dan tiap-tiap vesel atau pesawat udara, negara itu hendaklah disifatkan di dalam bidang kuasa dan menjadi sebahagian daripada negara itu.
Liabiliti penjenayah buruan untuk ditangkap dan dipulangkan
Setiap penjenayah buruan hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, boleh ditangkap dan dipulangkan, sama ada kesalahan yang berkenaan dengannya pemulangan itu cuba didapatkan dilakukan sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya
Akta ini, dan sama ada atau tidak Mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan itu.
Ekstradisi 35
Menteri boleh mengarahkan penahanan penjenayah buruan yang dalam perjalanan
Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, Menteri boleh secara bertulis mengarahkan supaya seseorang penjenayah buruan yang berada di Malaysia dalam perjalanan ke negara yang meminta pemulangannya ditahan dalam jagaan selama tempoh masa atau di tempat yang ditentukan oleh Menteri.
Kehadiran bagi pihak Pendakwa Raya
Jika Pendakwa Raya telah mengeluarkan kebenaran bertulis di bawah subseksyen (1), maka peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara dan hak penguam bela dan peguam cara untuk hadir di semua mahkamah keadilan di Malaysia tidaklah terpakai bagi orang yang dinamakan dalam kebenaran itu.
Orang yang dinamakan dalam kebenaran bertulis itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang boleh dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pendakwa Raya.
Kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya untuk mengeluarkan sesuatu kebenaran bertulis di bawah subseksyen (1)
adalah termasuk kuasa untuk membatalkan, mengkansel atau menggantung kebenaran bertulis itu.
Bidang kuasa terhadap kesalahan yang dilakukan di laut dan udara
Jika kesalahan yang berkenaan dengannya pemulangan seseorang penjenayah buruan itu cuba didapatkan telah dilakukan di
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
atas mana-mana vesel di lautan lepas atau mana-mana pesawat udara semasa di udara di luar Malaysia yang masuk ke mana-mana pelabuhan atau padang terbang di Malaysia, Menteri dan mana-mana
Majistret yang mempunyai bidang kuasa di pelabuhan atau padang terbang itu boleh menggunakan kuasa yang diberikan oleh Akta ini.
Pelepasan penjenayah buruan jika tidak dipulangkan dalam tempoh tiga bulan
Jika seseorang penjenayah buruan yang, menurut Akta ini, telah dikomitkan ke penjara untuk menunggu pemulangannya ke mana-mana negara tidak dibawa keluar dari Malaysia dalam masa tiga bulan selepas pengkomitan itu, atau jika sesuatu permohonan bagi mendapatkan writ habeas corpus atau bagi mendapatkan kajian semula telah dibuat kepada Mahkamah Tinggi, selepas pemutusan muktamad permohonan itu oleh Mahkamah tersebut, adalah sah bagi
Menteri, apabila permohonan dibuat kepadanya oleh atau bagi pihak penjenayah buruan itu, memerintahkan penjenayah buruan itu dilepaskan melainkan jika ditunjukkan sebab yang mencukupi yang sebaliknya.
Peruntukan dalam Kanun Tatacara Jenayah bila terpakai
Peruntukan Kanun Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan perkara-perkara yang tidak diliputi oleh Akta ini hendaklah terpakai sejauh mana ia selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, dan sekiranya ada apa-apa ketidakselarasan di antara peruntukan Akta ini dengan Kanun Tatacara Jenayah peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi.
Harta yang ditemui pada penjenayah buruan
sesuatu penangguhan penyerahan barang itu jika ia diperlukan sebagai keterangan di Malaysia;
Segala-galanya yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh diserahkan walaupun ekstradisi penjenayah buruan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan dia mati, hilang atau lepas lari, tertakluk kepada syarat yang tersebut dalam subseksyen itu.
Borang
Ekstradisi 37
Borang yang dinyatakan dalam Jadual boleh digunakan dalam perkara yang tersebut dalam Borang itu.
Kuasa Menteri untuk melepaskan mana-mana penjenayah buruan dalam jagaan
permohonan bagi pemulangan seseorang penjenayah buruan tidak dibuat dengan suci hati atau demi kepentingan keadilan atau adalah dibuat atas sebab politik, atau atas apa-apa sebab lain, dengan mengambil kira segala hal keadaan, adalah tidak adil atau suatu penindasan jika penjenayah buruan itu dipulangkan, Menteri boleh, melalui perintah, pada bila-bila masa, menggantung mana-mana prosiding di bawah Akta ini dan mengarahkan supaya apa-apa waran yang dikeluarkan atau yang diendorskan di bawah Akta ini dibatalkan dan orang yang bagi penangkapannya waran itu telah dikeluarkan dilepaskan.
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
Rekuisisi serentak
Menteri, dalam menentukan kepada negara yang manakah penjenayah buruan itu sepatutnya dipulangkan, hendaklah menimbangkan segala hal keadaan kes itu dan khususnya―
kewarganegaraan atau taraf kerakyatan lain penjenayah buruan itu dan tempat bermastautin biasa.
Budi bicara berkenaan dengan pemulangan penjenayah buruan tertentu
kesalahan ekstradisi itu ialah kesalahan yang berkenaan dengannya yang mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa.
Jika ekstradisi ditolak di bawah subseksyen (1), Menteri hendaklah, jika mahkamah di Malaysia mempunyai bidang kuasa terhadap kesalahan ekstradisi itu, mengemukakan kes itu kepada
Pendakwa Raya dengan tujuan supaya penjenayah buruan itu didakwa di bawah undang-undang Malaysia.
Ekstradisi 39
Pengambilan keterangan bagi maksud perkara jenayah yang belum diputuskan di sesuatu Negara
Apabila perintah itu diterima, Majistret hendaklah mengambil keterangan tiap-tiap saksi yang hadir di hadapannya bagi maksud yang disebutkan dalam subseksyen (1) mengikut cara yang sama seolah-olah saksi itu hadir bagi suatu siasatan permulaan dalam kes seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dan hendaklah mengesahkan pada kaki deposisi yang diambil sedemikian bahawa keterangan itu telah diambil di hadapannya dan hendaklah menghantarnya kepada
Menteri.
Keterangan yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh diambil semasa orang yang dituduh, jika ada, hadir atau tidak hadir dan hakikat kehadiran atau ketidakhadiran itu hendaklah dinyatakan dalam deposisi itu.
Seksyen ini tidak terpakai dalam hal apa-apa perkara jenayah yang bersifat politik.
Saksi hendaklah hadir dan memberikan keterangan, dsb.
Mana-mana orang boleh dipaksa bagi maksud seksyen 50
supaya hadir dan memberikan keterangan dan menjawab soalan dan mengemukakan dokumen mengikut cara yang sama dan tertakluk kepada syarat yang sama sebagaimana dia boleh dipaksa sedemikian bagi maksud sesuatu siasatan permulaan dalam kes seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah
Tinggi, dan tiap-tiap orang sedemikian hendaklah, berkenaan dengan segala keterangan dan jawapan yang diberikan olehnya, menjadi terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
Pengambilan keterangan bagi maksud pemulangan penjenayah buruan ke Malaysia
Apabila perintah itu diterima, Majistret itu hendaklah―
mengambil keterangan bersumpah atau berikrar setiap saksi yang hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan berhubungan dengan perkara itu;
menyebabkan keterangan itu diubah ke dalam bentuk tulisan dan memperakui bahawa keterangan itu diambil olehnya; dan
Orang yang terhadapnya waran tangkap telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) tidak berhak untuk membuat apa-apa representasi atau menyebabkan apa-apa representasi dibuat dalam prosiding di bawah subseksyen (2) itu.
Kaedah-kaedah
apa-apa perkara yang dikehendaki, atau boleh, ditetapkan di bawah Akta ini;
Ekstradisi 41
pemindahan penjenayah buruan yang dituduh atau yang dalam jagaan di bawah Akta ini dan kawalan dan penyenggaraan mereka sehingga masa mereka diserahkan kepada orang-orang yang dinamakan dalam waran sebagai orang yang berhak untuk menerima mereka;
penyitaan dan pelupusan apa-apa harta yang menjadi hal perkara, atau dikehendaki untuk membuktikan, apa-apa kesalahan yang di-katakan yang baginya Akta ini terpakai;
bentuk dan cara bagaimana, atau saluran yang melaluinya seseorang Majistret boleh dikehendaki untuk membuat laporannya kepada Menteri; dan
pemindahan dan pemulangan penjenayah buruan yang juga banduan bagi serahan sementara mereka kepada sesebuah negara.
Bahagian X
Pemansuhan [Ord 2 tahun 1958]
Ordinan Ekstradisi 1958 dan Akta Penjenayah-Penjenayah
Buruan Komanwel 1967 [Akta 54 tahun 1967] adalah dengan ini dimansuhkan.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
JADUAL
[Seksyen 46]
BORANG A
[Seksyen 3]
ARAHAN KHAS MENTERI
BAHAWASANYA………………..telah membuat suatu permintaan bagi ekstradisi kepadanya akan………………..yang beralamat di
………………..yang dituduh/disabitkan* kerana melakukan kesalahan………………..dalam bidang kuasa………………..
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada saya menurut kuasa seksyen 3 Akta Ekstradisi 1992, saya………………..Menteri
Dalam Negeri, dengan ini mengarahkan supaya peruntukan Akta tersebut dipakai berhubungan dengan ekstradisi penjenayah buruan yang berkenaan itu, iaitu
………………..seolah-olah ada berkuat kuasa berkenaan dengan
………………..suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 2 Akta tersebut.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai Menteri yang bertandatangan di bawah pada ……………….. ……………….. 20 ………………
……………………………..
Menteri
________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
BORANG B
[Seksyen 12]
PERINTAH MENTERI KEPADA MAJISTRET
Kepada ……………….. , seorang Majistret Kelas Pertama
BAHAWASANYA suatu rekuisisi telah dibuat kepada saya, di bawah seksyen 12
Akta Ekstradisi 1992 oleh………………..,Wakil Diplomatik……………….. bagi pemulangan………………..yang beralamat di
………………..
yang dituduh/disabitkan* kerana melakukan kesalahan………………..dalam bidang kuasa ………………..
Ekstradisi 43
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, saya dengan ini melalui Perintah ini yang di bawah tandatangan dan meterai saya memaklumkan anda bahawa rekuisisi itu telah dibuat dan menghendaki anda mengeluarkan waran anda bagi pemberkasan buruan itu, dengan syarat bahawa syarat-syarat Akta Ekstradisi 1992 yang berhubungan dengan pengeluaran waran itu telah, pada pendapat anda, dipatuhi.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai Menteri yang bertandatangan di bawah pada ……………….. ……………….. 20 ………………..
……………………………..
Menteri
________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
BORANG C
[Perenggan 13(1)(a)]
WARAN PEMBERKASAN MELALUI PERINTAH MENTERI
Kepada Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia dan semua pegawai polis lain di
Malaysia.
BAHAWASANYA Menteri telah melalui Perintah di bawah tandatangan dan meterainya memaklumkan saya bahawa rekuisisi telah dibuat dengan sewajarnya kepada beliau bagi penyerahan
………………..yang beralamat di………………..yang dituduh/
disabitkan*
kerana melakukan kesalahan
……………….. dalam bidang kuasa ………………..
Oleh yang demikian inilah diperintahkan supaya anda dengan serta-merta memberkas………………..yang tersebut menurut Akta Ekstradisi 1992 di mana-mana jua dia boleh ditemui di Malaysia dan membawanya ke hadapan saya atau
Majistret Kelas Pertama lain untuk diperlakukan selanjutnya mengikut peruntukan
Akta tersebut, dan bagi maksud itu inilah waran anda.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai saya di ……………….. pada
………………. ……………….. 20 ………………..
……………………………..
Majistret Kelas Pertama
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
BORANG D
[Perenggan 13(1)(b)]
WARAN PEMBERKASAN TANPA PERINTAH MENTERI
Kepada Ketua Polis Negara Polis Diraja Malaysia dan semua pegawai polis di
Malaysia.
BAHAWASANYA, telah ditunjukkan kepada yang bertandatangan di bawah, seorang Majistret Kelas Pertama, bahawa……………….. yang beralamat di
………………..
yang dituduh/disabitkan*
kerana melakukan kesalahan
……………….. dalam bidang kuasa ………………..
Oleh yang demikian, inilah diperintahkan supaya anda dengan serta-merta memberkas ……………….. yang tersebut menurut Akta Ekstradisi 1992 di mana-mana jua dia boleh ditemui di Malaysia, dan membawanya ke hadapan saya atau
Majistret Kelas Pertama yang lain untuk diperlakukan selanjutnya mengikut peruntukan Akta tersebut, dan bagi maksud itu inilah waran anda.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai saya di ……………….. pada
……………….. ……………….. 20 ………………..
……………………………..
Majistret Kelas Pertama
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
BORANG E
[Seksyen 19]
WARAN PENGKOMITAN
Kepada ……………….. (Pegawai Polis) dan kepada Pegawai Penjaga Penjara di
………………..
BAHAWASANYA pada……………….. 20……………….. yang beralamat di……………….. dibawa ke hadapan saya, seorang Hakim Mahkamah Sesyen, menurut permintaan yang dibuat oleh Kerajaan ……………….. atas alasan bahawa dia dituduh/disabitkan* kerana melakukan kesalahan……………….. dalam bidang kuasa ………………..
Ekstradisi 45
DAN BAHAWASANYA suatu kes prima facie telah dibuktikan bagi menyokong rekuisisi yang dibuat oleh Kerajaan ……………….. itu.
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, saya ………………..yang bertandatangan di bawah, memerintahkan anda, Pegawai Polis tersebut, supaya dengan serta-merta membawa dan menyerahkan ……………….. yang tersebut ke dalam jagaan
Pegawai Penjaga Penjara di ………………..dan anda, Pegawai Penjaga Penjara tersebut, supaya menerima ……………….. yang tersebut ke dalam jagaan dan menahannya di situ dengan selamat sehingga dia diserahkan menurut peruntukan
Akta Ekstradisi 1992, dan bagi maksud itu inilah waran anda.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai saya di ……………….. pada
……………….. ………………………20 ………………..
……………………………..
Hakim Mahkamah Sesyen
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
BORANG F
[Seksyen 20]
WARAN PENGKOMITAN
Kepada……………….. (Pegawai Polis) dan kepada Pegawai Penjaga Penjara di ………………..
BAHAWASANYA pada………………..20…………………..,yang beralamat di………………...dibawa ke hadapan saya ………………..seorang Hakim
Mahkamah Sesyen, menurut suatu permintaan bagi ekstradisinya yang dibuat oleh
Kerajaan………………..atas alasan dia dituduh/disabitkan* kerana melakukan kesalahan………………..dalam bidang kuasa ………………..
DAN BAHAWASANYA saya berpuas hati setelah mendengar representasi yang dibuat bagi menyokong permintaan ekstradisi itu bahawa kesalahan………………..
ialah suatu kesalahan ekstradisi.
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, saya mengesahkan bahawa kelakuan yang menjadi kesalahan……………….. adalah menjadi kesalahan………………..
terhadap undang-undang Malaysia.
DAN, OLEH YANG DEMIKIAN, saya memerintahkan anda, Pegawai Polis yang tersebut, supaya dengan serta-merta membawa dan menyerahkan………………..
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
yang tersebut ke dalam jagaan Pegawai Penjaga Penjara di……………….. dan anda, Pegawai Penjaga Penjara yang tersebut, supaya menerima………………..
yang tersebut ke dalam jagaan dan menahannya di situ dengan selamat sehingga dia diserahkan menurut peruntukan Akta Ekstradisi 1992, dan bagi maksud itu inilah waran anda.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai saya di ……………….. pada
……………….. ……………….. 20 ………………..
……………………………..
Hakim Mahkamah Sesyen
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
BORANG G
[Seksyen 21 dan 22(3)]
WARAN/WARAN PENYERAHAN SEMENTARA
MENTERI BAGI PEMULANGAN PENJENAYAH BURUAN
Kepada Pegawai Penjaga Penjara di……………….. dan kepada………………..
(Pegawai Polis)
BAHAWASANYA suatu rekuisisi telah dibuat kepada saya di bawah seksyen 12/29*
Akta
Ekstradisi 1992
oleh
………………..
Wakil
Diplomatik
……………….. bagi pemulangan/pemulangan sementara* ……………….. yang dituduh/disabitkan* kerana melakukan kesalahan……………….. dalam bidang kuasa………………..
DAN BAHAWASANYA……………….. telah di serahkan ke dalam jagaan,
Pegawai
Penjaga
Penjara di………………..
melalui waran bertarikh
……………….. menurut Akta Ekstradisi 1992.
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, saya dengan ini, menurut Akta tersebut, memerintahkan anda,
Pegawai
Penjaga
Penjara tersebut, supaya menyerahkan…………… yang tersebut ke dalam jagaan…………..............yang tersebut dan saya memerintahkan anda, ……………….. yang tersebut supaya menerima……………….. yang tersebut ke dalam jagaan anda dan membawanya ke……………….. dan di sana menempatkannya dalam jagaan………………..
yang pada pendapat saya telah dilantik dengan sewajarnya oleh pihak berkuasa di
……………….. untuk menerimanya, dan bagi maksud itu inilah waran anda.
Ekstradisi 47
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai Menteri yang bertandatangan di bawah pada ……………….. 20………………..
………………..
Menteri
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
BORANG H
[Subseksyen 22(2)]
WARAN PENGKOMITAN JIKA PENJENAYAH BURUAN
BERSETUJU UNTUK PENEPIAN PROSIDING
PENGKOMITAN
Kepada……………….. (Pegawai Polis) dan Pegawai Penjaga Penjara di
………………..
BAHAWASANYA pada……………….. ……………….. 20 ……………….. yang beralamat di ……………….. dibawa ke hadapan saya, seorang Hakim Mahkamah
Sesyen, menurut suatu rekuisisi yang dibuat oleh Kerajaan ……………….. atas alasan bahawa dia dituduh/disabitkan*
kerana melakukan kesalahan
……………….. dalam bidang kuasa………………..
DAN BAHAWASANYA……………….. selepas dinasihati mengikut peruntukan perenggan 22(1)(b) Akta Ekstradisi 1992, bersetuju untuk menepikan prosiding pengkomitan.
Oleh yang demikian, inilah diperintahkan supaya anda, Pegawai Polis yang tersebut, dengan serta-merta membawa dan menyerahkan ……………….. yang tersebut ke dalam jagaan Pegawai Penjaga Penjara di ……………….. dan anda,
Pegawai Penjaga Penjara tersebut, supaya menerima……………….. yang tersebut ke dalam jagaan anda dan menahannya di situ dengan selamat sehingga dia diserahkan menurut peruntukan Akta tersebut, dan bagi maksud itu inilah waran anda.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai saya di ……………….. pada
……………….. ……………….. 20 ………………..
……………………………..
Hakim Mahkamah Sesyen
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
BORANG I
[Seksyen 29(4)]
PERINTAH MENTERI UNTUK
MENGEMUKAKAN PENJENAYAH BURUAN
Kepada Pegawai Penjaga Penjara di ………………..
BAHAWASANYA………………...telah disabitkan oleh
Mahkamah pada………………..20………………..kerana melakukan kesalahan
………………..dan sekarang sedang menjalani hukuman ……………….. di
Penjara ……………….. ..................................................
DAN BAHAWASANYA suatu rekuisisi telah dibuat kepada saya, di bawah seksyen 29 Akta Ekstradisi 1992 oleh ……………….. Wakil Diplomatik………………..
bagi pemulangan sementara ………………..yang beralamat di………………..yang dituduh/ disabitkan* kerana melakukan kesalahan………………..dalam bidang kuasa ………………..
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, saya melalui Perintah ini di bawah tandatangan dan meterai saya menghendaki anda mengemukakan ……………….. ke hadapan
Mahkamah Sesyen ……………….. bagi suatu siasatan di bawah seksyen 19 Akta yang tersebut.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai Menteri yang bertandatangan di bawah pada ……………….. 20………………..
……………………………..
Menteri
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
BORANG J
[Seksyen 31(1)]
WARAN MENTERI BAGI PEMULANGAN BURUAN
Kepada Pegawai Penjaga Penjara di ……………….. dan kepada ………………..
(Pegawai Polis)
BAHAWASANYA………………..
yang beralamat di………………..
yang disabitkan kerana melakukan kesalahan………………..
dalam bidang kuasa……………….. dan dihukum………………..telah dipulangkan atas waran
Ekstradisi 49
penyerahan sementara di bawah seksyen……………….. Akta Ekstradisi 1992, bertarikh ………………..
DAN BAHAWASANYA ……………….. telah dipulangkan oleh
……………….. ke Malaysia pada……………….. 20……………….. menurut suatu aku janji yang diberikan oleh……………….. di bawah subseksyen 29(2)
Akta tersebut.
DAN BAHAWASANYA tempoh pemenjaraan ………………..
di
Malaysia akan tamat pada
………………..
20………………..
dan bahawasanya……………….. masih mahu akan pemulangannya ke ………………..
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, saya dengan ini, menurut Akta tersebut, memerintahkan anda, Pegawai Penjaga Penjara tersebut, supaya menyerahkan
……………….. yang tersebut ke dalam jagaan ……………….. yang tersebut pada
………………..
20
………………..
dan saya memerintahkan anda,
……………….. yang tersebut untuk menerima …………….ke dalam jagaan anda dan membawanya ke……………….. dan di sana meletakkannya dalam jagaan mana-mana orang atau orang-orang yang dilantik oleh pihak-pihak berkuasa
……………….. untuk menerimanya, dan bagi maksud itu inilah waran anda.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai Menteri yang bertandatangan di bawah pada ……………….. ……………….. 20………………..
……………………………..
Menteri
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
BORANG K
[Seksyen 41]
KEBENARAN UNTUK HADIR BAGI PIHAK PENDAKWA
RAYA
BAHAWASANYA ……………….. telah membuat suatu rekuisisi supaya diekstradisikan ke sana ……………….. yang beralamat di ………………..yang dituduh/disabitkan*
kerana melakukan kesalahan………………..
pada
……..……… 20 ……………….. dalam bidang kuasa ………………...
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada saya menurut kuasa seksyen 41 Akta Ekstradisi 1992, saya, ………………..
Pendakwa Raya, dengan ini membenarkan ……………….. hadir bagi pihak saya
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
dalam………………..(prosiding di bawah
Akta ini)
selama tempoh
……………….. (tempoh).
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai saya di ………………..
pada……………….. 20 ………………..
……………………………..
Pendakwa Raya
__________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
BORANG L
[Seksyen 50]
PERINTAH MENTERI MENGHENDAKI PENGAMBILAN
KETERANGAN
Kepada………………..,seorang Majistret Kelas Pertama.
BAHAWASANYA suatu permintaan telah dibuat oleh ……………supaya keterangan diambil di Malaysia bagi maksud ………………..
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada saya menurut kuasa seksyen 50
Akta
Ekstradisi 1992, saya……………….Menteri Dalam Negeri, melalui Perintah ini menghendaki anda mengambil keterangan yang disebutkan di atas mengikut seksyen yang tersebut dalam Akta yang tersebut.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai Menteri yang bertandatangan di bawah pada ……………….. 20………………..
……………………………..
Menteri
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
Ekstradisi 51
BORANG M
[Seksyen 52]
PERINTAH MENTERI MEMBENARKAN PENGAMBILAN
KETERANGAN
Kepada, ……………….. seorang Majistret Kelas Pertama
BAHAWASANYA suatu waran telah dikeluarkan di
Malaysia bagi pemberkasan………………..
yang dituduh/disabitkan*
kerana melakukan kesalahan………………..
DAN BAHAWASANYA ……………….. yang tersebut berada atau disyaki berada dalam bidang kuasa ………………..
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepada saya menurut kuasa seksyen 52 Akta Ekstradisi 1992, saya, ………………..
Menteri Dalam Negeri, melalui Perintah ini, membenarkan anda mengambil, mengikut seksyen tersebut, apa-apa keterangan di Malaysia yang dikemukakan kepada anda bagi dihantar ke……………….. untuk digunakan dalam mana-mana prosiding di……………….. bagi ekstradisi orang itu ke Malaysia.
Diberikan di bawah tandatangan dan meterai Menteri yang bertandatangan di bawah pada……………….. ……………….. 20………………..
……………………………..
Menteri
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
52
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
− TIADA−
53
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
− TIADA −