Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA EKSTRADISI 1992

Seksyen 24

Pengesahan dokumen asing

Waran dan deposisi atau pernyataan bersumpah asing dan salinannya, dan perakuan asing tentang atau dokumen kehakiman asing yang menyatakan hakikat sesuatu sabitan, hendaklah disifatkan telah disahkan dengan sewajarnya bagi maksud Akta ini jika disahkan menurut cara yang diperuntukkan sekarang ini melalui undang-undang atau disahkan sebagaimana yang berikut:

(a)

jika waran itu berupa sebagai ditandatangani oleh seorang

Hakim, Majistret atau pegawai negara tempat waran itu telah dikeluarkan;

(b)

jika deposisi atau pernyataan itu atau salinannya berupa sebagai telah diperakui di bawah tandatangan seorang

Hakim, Majistret atau pegawai negara tempat deposisi atau pernyataan atau salinan itu dikira sebagai deposisi atau pernyataan asal, atau sebagai salinan sah deposisi atau pernyataan itu, mengikut kehendak hal itu;

(c)

jika perakuan tentang atau dokumen kehakiman yang menyatakan hakikat sabitan itu berupa sebagai telah

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 479

diperakui oleh seorang Hakim, Majistret atau pegawai negara tempat sabitan itu telah berlaku;

dan jika dalam tiap-tiap hal waran, deposisi, pernyataan, salinan, perakuan dan dokumen kehakiman itu (mengikut mana-mana yang berkenaan) disahkan melalui sumpah saksi atau dimeterai dengan meterai rasmi Menteri Kehakiman atau seorang Menteri Negara yang lain; dan semua mahkamah di Malaysia hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman kepada meterai rasmi itu dan hendaklah membenarkan dokumen yang disahkan olehnya diterima sebagai keterangan tanpa bukti yang lebih lanjut lagi.