Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
Pemindahan orang ke Brunei Darussalam atau Singapura
Jika sesuatu waran telah disempurnakan di Malaysia menurut seksyen 26, orang yang ditangkap itu hendaklah dikemukakan dengan seberapa segera yang mungkin ke hadapan seorang Majistret di
Malaysia, yang hendaklah, jika berpuas hati bahawa orang itu ialah orang yang dinyatakan dalam waran, mengarahkan supaya orang yang ditangkap itu diserahkan dengan serta-merta dalam jagaan kepada mahkamah yang berkenaan di Brunei Darussalam atau
Republik Singapura; dan mana-mana orang sedemikian hendaklah, ketika dalam jagaan itu, disifatkan bagi segala maksud berada dalam jagaan yang sah:
Dengan syarat bahawa Majistret itu boleh, jika atas sebab yang hendaklah direkodkan olehnya dia berpuas hati bahawa adalah bagi kepentingan keadilan dia berbuat demikian, dan jika kes itu ialah kes yang boleh diberikan jaminan dengan sah, melepaskan orang yang
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
ditangkap itu atas jaminan dengan syarat orang itu hadir di hadapan mahkamah yang berkenaan di Brunei Darussalam atau Republik
Singapura pada masa yang hendaklah dinyatakan di dalam bon dan bon jaminan.