Malaysia legislation

Section 29

of *AKTA EKSTRADISI 1992

Seksyen 29

(2)

Maka hendaklah diberikan dengan apa-apa permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) butir-butir tentang penjenayah buruan yang pemulangannya diminta dan fakta yang berdasarkannya dan undang-undang yang di bawahnya dia dituduh serta juga aku janji yang mencukupi yang bermaksud bahawa―

(a)

penjenayah buruan itu hendaklah dipulangkan ke

Malaysia sebaik sahaja tamat perbicaraannya di negara yang berkenaan; dan

(b)

negara yang berkenaan hendaklah―

(i)

bertanggungjawab atas jagaan penjenayah buruan itu semasa dalam perjalanan ke dan dari, dan semasa di dalam, negara yang berkenaan; dan

(ii)

mengambil segala langkah yang sesuai dan perlu untuk memastikan dia selamat pulang ke Malaysia.

Ekstradisi 29

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Menteri boleh menghendaki negara yang berkenaan memberikan apa-apa aku janji lain yang dinyatakannya.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis, Menteri, apabila berpuas hati bahawa kehendak subseksyen

(2)

telah dipenuhi, boleh, melalui perintah di bawah tandatangannya dan meterainya, membenarkan penjenayah buruan itu dikeluarkan dari tempat pemenjaraannya dan dibawa ke hadapan Mahkamah

Sesyen bagi siasatan di bawah seksyen 19.

Penjenayah buruan tidak lagi boleh dikehendaki menjalani hukuman di Malaysia, masa yang dihabiskan dalam jagaan berkaitan dengan pengeluaran waran penyerahan sementara