Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(2)
Jika mana-mana perkiraan yang disebut dalam seksyen ini dibatalkan atau luput, maka Menteri hendaklah, melalui perintah yang disiarkan di dalam Warta, dengan serta-merta memperakui hakikat itu; dan mana-mana perintah sedemikian hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa perkiraan yang disebut di dalamnya telah dibatalkan atau telah luput, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan tidak boleh dipersoalkan dalam apa-apa jua prosiding undang-undang.
(3)
Mana-mana perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat dengan seberapa segera yang boleh selepas perintah itu dibuat.
(4)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menjadi keterangan konklusif bahwa perkiraan yang disebutkan di dalamnya mematuhi peruntukan Akta ini, dan bahawa Akta ini terpakai dalam hal negara yang tersebut dalam perintah itu, dan kesahan perintah sedemikian tidak boleh dipersoalkan dalam apa-apa jua prosiding undang-undang.
Ekstradisi 9
Arahan khas Menteri untuk memakai Akta ini jika tiada perintah dibuat di bawah seksyen 2