Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Bilamana mana-mana orang yang dituduh atau disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh ekstradisi dipulangkan oleh sesuatu negara,
Ekstradisi 31
orang itu tidak boleh, melainkan jika dia telah meninggalkan atau telah berpeluang meninggalkan Malaysia—
(a)
ditahan atau dibicarakan di Malaysia atas apa-apa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan, atau yang telah dilakukan, sebelum pemulangan orang itu, selain daripada―
(i)
kesalahan boleh ekstradisi yang berkenaan dengannya dia dipulangkan;
(ii)
mana-mana kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas bagi pemulangan itu; atau
(iii)
mana-mana kesalahan boleh ekstradisi lain yang berkenaan dengannya negara yang berkenaan mengizinkan orang itu ditahan atau dibicarakan sedemikian, jika keizinan itu dikehendaki oleh negara itu;