Malaysia legislation

Section 35

of *AKTA EKSTRADISI 1992

Seksyen 35

(a)

hendaklah, semasa dalam perjalanan ke atau dari, dan semasa di Malaysia, diletakkan dalam jagaan seperti yang diarahkan oleh Menteri secara bertulis dan Menteri boleh membuat perintah sedemikian walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan; dan

(b)

tidak boleh dibicarakan di Malaysia berkenaan dengan apa-apa kesalahan selain daripada kesalahan yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas pemulangan itu atau apa-apa kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas pemulangan, atau, dengan keizinan negara yang memulangkannya, apa-apa kesalahan boleh ekstradisi lain.

(2)

Jika―

(a)

seseorang ditahan dalam jagaan mengikut perintah

Menteri di bawah perenggan (1)(a); dan

(b)

negara yang memulangkan orang itu memberitahu

Malaysia bahawa orang itu telah menjalani hukuman pemenjaraan di negara itu dan tidak lagi dikehendaki untuk dipulangkan, maka Menteri hendaklah membatalkan perintah sedemikian.