Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA EKSTRADISI 1992

Seksyen 37

Kajian semula Mahkamah Tinggi

(2)

Jika Pendakwa Raya berhasrat untuk membuat permohonan sedemikian, dia hendaklah, pada masa perintah pelepasan itu dibuat oleh Mahkamah Sesyen, memberi Mahkamah itu notis tentang niatnya hendak memohon kepada

Mahkamah

Tinggi bagi mendapatkan kajian semula perintah itu, dan notis itu hendaklah berkuat kuasa sebagai penggantungan perintah pelepasan oleh

Mahkamah Sesyen―

(a)

sehingga habis tempoh sepuluh hari, bermula dari hari perintah pelepasan itu dibuat; atau

(b)

jika permohonan bagi kajian semula perintah pelepasan itu dibuat, sehingga permohonan itu diputuskan oleh

Mahkamah Tinggi.

(3)

Jika Pendakwa Raya memberikan notis tentang niatnya untuk memohon kajian semula perintah Mahkamah Sesyen itu, Mahkamah itu boleh membenarkan, kepada penjenayah buruan yang berkenaan dengannya perintah pelepasan itu dibuat, jaminan sementara menanti pemutusan permohonan itu oleh Mahkamah Tinggi.

(4)

Apabila permohonan bagi mendapatkan kajian semula perintah pelepasan itu dibuat, Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah menghantar kepada Mahkamah Tinggi barang kes yang dikemukakan di hadapannya, keterangan yang diterima di Mahkamah, sebab bagi keputusannya dan pendapatnya mengenai apa-apa persoalan undang-undang yang berbangkit semasa siasatan.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 479

(5)

Mahkamah Tinggi yang kepadanya sesuatu permohonan dibuat bagi mendapatkan kajian semula terhadap sesuatu perintah pelepasan boleh memerintahkan supaya penjenayah buruan itu dilepaskan dengan jaminan atas terma dan syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah sementara menunggu penentuan permohonan bagi mendapatkan kajian semula itu.

(6)

Mahkamah Tinggi boleh mengesahkan, mengubah atau membatalkan perintah itu atau membuat suatu perintah baru bagi menggantikan perintah yang telah dibatalkan itu, dan apa-apa perintah Mahkamah Tinggi yang sedemikian adalah muktamad dan konklusif.

Section 37 — AKTA EKSTRADISI 1992 | mylaw.my