Malaysia legislation

Section 41

of *AKTA EKSTRADISI 1992

Seksyen 41

Kehadiran bagi pihak Pendakwa Raya

(2)

Jika Pendakwa Raya telah mengeluarkan kebenaran bertulis di bawah subseksyen (1), maka peruntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai penerimaan masuk peguam bela dan peguam cara dan hak penguam bela dan peguam cara untuk hadir di semua mahkamah keadilan di Malaysia tidaklah terpakai bagi orang yang dinamakan dalam kebenaran itu.

(3)

Orang yang dinamakan dalam kebenaran bertulis itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang boleh dikeluarkan oleh atau bagi pihak Pendakwa Raya.

(4)

Kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya untuk mengeluarkan sesuatu kebenaran bertulis di bawah subseksyen (1)

adalah termasuk kuasa untuk membatalkan, mengkansel atau menggantung kebenaran bertulis itu.

Bidang kuasa terhadap kesalahan yang dilakukan di laut dan udara

Section 41 — AKTA EKSTRADISI 1992 | mylaw.my