Malaysia legislation
Section 50
Seksyen 50
(2)
Apabila perintah itu diterima, Majistret hendaklah mengambil keterangan tiap-tiap saksi yang hadir di hadapannya bagi maksud yang disebutkan dalam subseksyen (1) mengikut cara yang sama seolah-olah saksi itu hadir bagi suatu siasatan permulaan dalam kes seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dan hendaklah mengesahkan pada kaki deposisi yang diambil sedemikian bahawa keterangan itu telah diambil di hadapannya dan hendaklah menghantarnya kepada
Menteri.
(3)
Keterangan yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh diambil semasa orang yang dituduh, jika ada, hadir atau tidak hadir dan hakikat kehadiran atau ketidakhadiran itu hendaklah dinyatakan dalam deposisi itu.
(4)
Seksyen ini tidak terpakai dalam hal apa-apa perkara jenayah yang bersifat politik.
Saksi hendaklah hadir dan memberikan keterangan, dsb.