Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Tafsiran
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini;
“kesalahan boleh ekstradisi” ertinya sesuatu kesalahan yang diperihalkan dalam seksyen 32;
“kesalahan ekstradisi” ertinya sesuatu kesalahan yang diperihalkan dalam subseksyen 6(2) atau 6(3);
“Majistret” ertinya Majistret Kelas Pertama atau Hakim Mahkamah
Sesyen;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 479
“Menteri” ertinya Menteri Dalam Negeri;
“negara” termasuklah wilayah sesuatu negara yang, walaupun tidak berdaulat dan merdeka, diberi kuasa oleh negara itu untuk membuat perkiraan ekstradisi dengan negara lain;
“penjenayah buruan” ertinya mana-mana orang yang dituduh atau disabitkan atas suatu kesalahan ekstradisi yang dilakukan dalam bidang kuasa negara lain dan yang berada, atau disyaki berada, di suatu bahagian di Malaysia;
“wakil diplomatik” ertinya ketua wakil atau pegawai konsular, seperti yang ditakrifkan dalam Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957 [Ord 53 tahun 1957];
“waran penyerahan” ertinya waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 21(2)(b);
“waran penyerahan sementara” ertinya waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 21(2)(a);
“waran sementara” ertinya waran yang dikeluarkan di bawah perenggan 13(1)(b).