Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA EKSTRADISI 1992

Seksyen 6

(2)

Bagi maksud Akta ini, kesalahan ekstradisi ialah suatu kesalahan, bagaimanapun diperihalkan, termasuk kesalahan fiskal―

Ekstradisi 11

(a)

yang boleh dihukum, di bawah undang-undang sesuatu negara yang disebutkan di bawah perenggan 1(2)(a) atau 1(2)(b), dengan hukuman pemenjaraan yang tidak kurang daripada satu tahun atau hukuman mati; dan

(b)

yang, jika dilakukan dalam bidang kuasa Malaysia, boleh dihukum di bawah undang-undang Malaysia dengan hukuman pemenjaraan yang tidak kurang daripada satu tahun atau hukuman mati:

Dengan syarat bahawa, dalam suatu hal sesuatu kesalahan luar wilayah, kesalahan itu boleh dihukum sedemikian di bawah undang-undang Malaysia jika ia berlaku dalam hal keadaan yang bersamaan di luar Malaysia.

(3)

Sesuatu kesalahan hendaklah juga menjadi suatu kesalahan ekstradisi jika ia terdiri daripada suatu percubaan atau komplot untuk melakukan, atau suatu pensubahatan pelakuan, mana-mana kesalahan yang diperihalkan dalam subseksyen (2).

Undang-undang sesebuah negara