Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA EKSTRADISI 1992

Seksyen 8

Seseorang penjenayah buruan tidak boleh diserahkan kepada negara yang cuba mendapatkan pemulangannya―

(a)

jika kesalahan yang berkenaan dengannya pemulangan penjenayah itu cuba didapatkan adalah bersifat politik atau

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 479

jika dibuktikan olehnya sehingga Mahkamah Sesyen yang ke hadapannya dia dibawa atau Menteri berpuas hati bahawa waran bagi pemulangannya telah dibuat sebenarnya dengan tujuan untuk membicarakan atau menghukumnya atas suatu kesalahan yang bersifat politik;

(b)

jika permohonan bagi penyerahannya, walaupun berupa sebagai dibuat bagi suatu kesalahan ekstradisi, adalah sebenarnya dibuat bagi maksud mendakwa atau menghukum orang itu oleh sebab rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya;

(c)

jika dia mungkin terjejas dalam perbicaraannya atau dihukum atau dipenjarakan oleh sebab rasnya, agamanya, kerakyatannya atau fahaman politiknya;

(d)

jika pendakwaan bagi kesalahan yang berkenaan dengan pemulangannya itu cuba didapatkan adalah, mengikut undang-undang negara itu, terhalang oleh masa;

(e)

melainkan jika peruntukan dibuat oleh undang-undang negara itu, atau dalam perkiraan ekstradisi dengan negara itu, bahawa seseorang penjenayah buruan yang tidak mempunyai peluang yang munasabah untuk meninggalkan negara itu tidak boleh ditahan atau dibicarakan di negara itu atas apa-apa kesalahan yang dilakukan sebelum pemulangannya, kecuali kesalahan ekstradisi yang dibuktikan oleh fakta yang padanya penyerahannya atau pemulangannya itu didasarkan atau apa-apa kesalahan yang lebih ringan hukumannya yang dibuktikan oleh fakta yang menjadi asas pemulangan itu melainkan jika keizinan pihak berkuasa yang berkenaan di negara diminta telah diperoleh; atau

(f)

melainkan jika peruntukan dibuat oleh undang-undang negara itu, atau dalam perkiraan ekstradisi dengan negara itu, bahawa seseorang penjenayah buruan yang tidak mempunyai peluang yang munasabah untuk meninggalkan negara itu tidak boleh diekstradisikan ke

Ekstradisi 13

negara lain bagi perbicaraan atau hukuman atas apa-apa kesalahan yang dikatakan telah dilakukan atau yang dilakukan sebelum pemulangan penjenayah buruan itu ke negara yang mula-mula disebut itu melainkan jika keizinan pihak berkuasa yang berkenaan di negara diminta telah diperoleh.

Kecualian kepada kesalahan politik

Section 8 — AKTA EKSTRADISI 1992 | mylaw.my