Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992

Seksyen 13

Luar Malaysia 13

Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu atau yang suai manfaat bagi maksud pelaksanaan fungsinya, atau yang bersampingan atau bersesuaian dengan pelaksanaan fungsi itu, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang berikut:

(a)

untuk mengadakan dan menyelenggara pejabat di Malaysia dan di luar negeri, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan;

(b)

untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti komersial bagi maksud menggalak dan membangunkan perdagangan dan perkhidmatan;

(c)

untuk memberi bantuan dalam apa-apa bentuk kepada pengeksport dan pengimport Malaysia;

(d)

untuk menyelenggara suatu pangkalan data maklumat yang komprehensif tentang pasaran, keluaran, pembeli dan pembekal;

(e)

untuk mengadakan dan menyelenggara pusat perdagangan dan pusat pameran di Malaysia dan di luar negeri bagi menggalakkan eksport, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan;

(f)

untuk mengelolakan aktiviti penggalakan perdagangan seperti penyertaan dalam pameran perdagangan dan penghantaran misi perdagangan;

(g)

untuk menghendaki pemberian maklumat oleh pengeksport dan pengimport Malaysia mengenai perkara yang berhubungan dengan perniagaan mereka selain rahsia perdagangan;

(h)

untuk menerbit atau menaja penerbitan majalah berkala, buku kecil dan bahan maklumat lain;

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 15

(i)

untuk menerbitkan atau menaja penerbitan filem dokumentari dan bahan pandang-dengar lain;

(j)

untuk mengenakan caj bagi penggunaan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh

Perbadanan;

(k)

untuk melantik ejen di mana-mana negara untuk melaksanakan fungsinya;

(l)

untuk mengelolakan kursus dan mengawardkan perakuan kecekapan;

(m)

untuk menggalakkan publisiti dalam apa-apa bentuk;

(n)

untuk menggalakkan kerjasama, pertukaran maklumat dan penyelarasan di antara institusi yang ada kena mengena dengan pengilang, pengeksport dan pengimport;

(o)

untuk menjalankan aktiviti penggalakan dan pembangunan perdagangan yang lain sebagaimana yang diarahkan oleh

Kerajaan dari semasa ke semasa;

(p)

untuk menyediakan kemudahan bagi latihan orang yang dalam apa-apa jua cara berkaitan dengan penggalakan dan pembangunan perdagangan; dan

(q)

untuk melakukan apa-apa jua perkara dan benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya secara berkesan.

Kuasa untuk meminjam