/akn/my/act/act/1992/490

*AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1992
Sections
39
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992 is Malaysia Act, cited as Act 490 1992, currently marked in force and first recorded in 1992.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan suatu pertubuhan perbadanan bernama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, dan perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Mac 1993, P.U. (B) 34/1993] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 1

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perbadanan Pembangunan

Open as pageSuggest a correction

Perdagangan Luar Malaysia 1992 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

“anggota” ertinya anggota Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 4 dan termasuklah anggota silih ganti yang dilantik di bawah seksyen 7;

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 17;

“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya Ketua Pegawai Eksekutif

Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 20 dan termasuklah mana-mana pegawai yang diarah, di bawah subseksyen 21(4), untuk melaksanakan tugas Ketua Pegawai Eksekutif;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Pembangunan

Perdagangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;

“Menteri”

ertinya

Menteri yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 4;

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“syarikat” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) Akta Syarikat 1965

[Akta 125].

Bahagian II

BAHAGIAN II

Seksyen 4

Open as pageSuggest a correction

(b)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;

Suggest a correction

(d)

seorang wakil Kementerian yang bertanggungjawab bagi perusahaan utama;

(dd)

Ketua Pegawai Eksekutif yang dilantik di bawah subseksyen 20(1); dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(e)

mana-mana orang lain, tidak melebihi lapan orang, sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Anggota Perbadanan hendaklah dilantik oleh Menteri dan, tertakluk kepada seksyen 5 dan 6, hendaklah, melainkan jika mereka meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikan mereka dibatalkan

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

terlebih dahulu, memegang jawatan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Tempoh jawatan

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada seksyen 6, anggota Perbadanan hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi tiga tahun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri pada masa pelantikan mereka dan adalah layak untuk dilantik semula.

Seksyen 6

Pembatalan pelantikan dan perletakan jawatan oleh anggota

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang anggota Perbadanan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberi notis kepada Menteri.

Anggota silih ganti

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Perbadanan, seseorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai seorang anggota Perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota silih ganti hendaklah, melainkan jika dia meletakkan jawatan terlebih dahulu atau pelantikannya dibatalkan terlebih dahulu, terhenti daripada menjadi anggota silih ganti sekiranya anggota yang berkenaan dengannya dia menjadi anggota silih ganti terhenti daripada menjadi anggota Perbadanan.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 11

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sehingga suatu pelantikan dibuat di bawah subseksyen (1) atau jika tiada pelantikan sedemikian dibuat, anggota yang dilantik di bawah perenggan 4(1)(b) hendaklah menjalankan fungsi dan disifatkan sebagai Pengerusi Perbadanan.

Pengosongan jawatan

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

(b)

sekiranya, telah dibuktikan terhadapnya, atau, dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—

Suggest a correction

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau

(ii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)

selama lebih daripada dua tahun;

Suggest a correction
Suggest a correction

(c)

sekiranya dia menjadi bankrap atau telah membuat perkiraan dengan pemiutangnya;

Suggest a correction

(d)

sekiranya dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal-ehwalnya;

Suggest a correction

(e)

sekiranya pada tiga kali mesyuarat

Perbadanan berturut-turut, tanpa kebenaran bertulis Menteri, dia telah tidak menghadiri juga tidak diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik berkenaan dengannya;

Suggest a correction

(f)

sekiranya pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau

Suggest a correction

(g)

jika perletakan jawatannya diterima oleh Menteri.

Suggest a correction

(2)

Peruntukan subseksyen (1), selain perenggan (e) adalah terpakai mutatis mutandis kepada anggota silih ganti.

Pengisian kekosongan

Suggest a correction

Seksyen 10

Apabila mana-mana orang terhenti daripada menjadi anggota

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan oleh sebab peruntukan Akta ini, Menteri boleh melantik orang lain untuk mengisi kekosongan itu bagi baki tempoh anggota yang mengosongkannya itu dilantik.

Seksyen 11

Saraan atau elaun

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan dan anggota jawatankuasa apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan

Menteri Kewangan.

Bahagian III

BAHAGIAN III

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

(a)

untuk menggalakkan, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia dengan penekanan tertentu ke atas eksport keluaran terkilang dan separa terkilang dan atas dasar yang selektif, import;

Suggest a correction

(b)

untuk membentuk dan melaksanakan suatu strategi pemasaran eksport negara bagi menggalakkan pengeksportan keluaran terkilang dan separa terkilang;

Suggest a correction

(c)

untuk mengusahakan risikan komersial dan kajian pasaran dan mewujudkan suatu pangkalan data maklumat yang komprehensif bagi mempertingkatkan dan membangunkan perdagangan;

Suggest a correction

(d)

untuk mengelolakan program latihan bagi mempertingkatkan kemahiran pemasaran antarabangsa pengeksport Malaysia;

Suggest a correction

(e)

untuk menambah dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia di luar negeri;

Suggest a correction

(f)

untuk mewakili Malaysia dalam mana-mana forum antarabangsa berkenaan dengan apa-apa perkara yang berhubungan dengan perdagangan;

Suggest a correction

(g)

untuk membangunkan, menggalakkan, memudahkan dan membantu dalam bidang perkhidmatan yang berhubungan dengan perdagangan;

Suggest a correction

(h)

untuk menasihati Kerajaan mengenai perkara yang menyentuh atau dengan apa-apa jua cara berkaitan dengan perdagangan dan untuk bertindak sebagai ejen Kerajaan atau bagi mana-mana orang, badan atau organisasi mengenai perkara sedemikian; dan

Suggest a correction

(i)

untuk melakukan apa-apa jua perkara dan benda lain yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada pelaksanaan fungsinya.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

Kuasa Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 13

Luar Malaysia 13

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu atau yang suai manfaat bagi maksud pelaksanaan fungsinya, atau yang bersampingan atau bersesuaian dengan pelaksanaan fungsi itu, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang berikut:

(a)

untuk mengadakan dan menyelenggara pejabat di Malaysia dan di luar negeri, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan;

Suggest a correction

(b)

untuk melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti komersial bagi maksud menggalak dan membangunkan perdagangan dan perkhidmatan;

Suggest a correction

(c)

untuk memberi bantuan dalam apa-apa bentuk kepada pengeksport dan pengimport Malaysia;

Suggest a correction

(d)

untuk menyelenggara suatu pangkalan data maklumat yang komprehensif tentang pasaran, keluaran, pembeli dan pembekal;

Suggest a correction

(e)

untuk mengadakan dan menyelenggara pusat perdagangan dan pusat pameran di Malaysia dan di luar negeri bagi menggalakkan eksport, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan;

Suggest a correction

(f)

untuk mengelolakan aktiviti penggalakan perdagangan seperti penyertaan dalam pameran perdagangan dan penghantaran misi perdagangan;

Suggest a correction

(g)

untuk menghendaki pemberian maklumat oleh pengeksport dan pengimport Malaysia mengenai perkara yang berhubungan dengan perniagaan mereka selain rahsia perdagangan;

Suggest a correction

(h)

untuk menerbit atau menaja penerbitan majalah berkala, buku kecil dan bahan maklumat lain;

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 15

Suggest a correction

(i)

untuk menerbitkan atau menaja penerbitan filem dokumentari dan bahan pandang-dengar lain;

Suggest a correction

(j)

untuk mengenakan caj bagi penggunaan apa-apa kemudahan atau perkhidmatan yang disediakan oleh

Perbadanan;

Suggest a correction

(k)

untuk melantik ejen di mana-mana negara untuk melaksanakan fungsinya;

Suggest a correction

(l)

untuk mengelolakan kursus dan mengawardkan perakuan kecekapan;

Suggest a correction

(m)

untuk menggalakkan publisiti dalam apa-apa bentuk;

Suggest a correction

(n)

untuk menggalakkan kerjasama, pertukaran maklumat dan penyelarasan di antara institusi yang ada kena mengena dengan pengilang, pengeksport dan pengimport;

Suggest a correction

(o)

untuk menjalankan aktiviti penggalakan dan pembangunan perdagangan yang lain sebagaimana yang diarahkan oleh

Kerajaan dari semasa ke semasa;

Suggest a correction

(p)

untuk menyediakan kemudahan bagi latihan orang yang dalam apa-apa jua cara berkaitan dengan penggalakan dan pembangunan perdagangan; dan

Suggest a correction

(q)

untuk melakukan apa-apa jua perkara dan benda lain sebagaimana yang difikirkannya patut bagi membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya secara berkesan.

Kuasa untuk meminjam

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, meminjam atas apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan cara pembayaran balik dan selainnya sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan,

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

apa-apa jumlah wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi menjelaskan mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau bagi menjalankan mana-mana kuasanya.

Seksyen 15

Kuasa untuk memberikan pinjaman

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh memberikan pinjaman bagi apa-apa maksud sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan

Menteri Kewangan, dan pinjaman sedemikian boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, patut dikenakan dalam hal-hal tertentu.

Seksyen 16

Kuasa untuk menubuhkan syarikat

Open as pageSuggest a correction

Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, menubuhkan syarikat dengan apa-apa nama yang ditentukan oleh Perbadanan untuk menjalankan dan untuk menjaga, mengelolakan dan menguruskan bagi pihak Perbadanan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang ditentukan oleh Perbadanan pada melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya.

Seksyen 17

Kuasa untuk melantik jawatankuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 17

Suggest a correction

(3)

Mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Perbadanan dari semasa ke semasa dan Perbadanan boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau mengubah keanggotaan mana-mana jawatankuasa yang dilantik itu.

Suggest a correction

(4)

Jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang, yang pada pendapatnya mempunyai pengetahuan khusus untuk kebaikannya, untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa dan orang yang dijemput itu tidak berhak mengundi dalam mana-mana mesyuarat berkenaan.

Suggest a correction

(5)

Jawatankuasa hendaklah melaporkan syornya kepada

Perbadanan.

Kuasa untuk mewakilkan

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1) dan peruntukan lain

Akta ini, Perbadanan boleh mewakilkan sama ada kepada Pengerusi atau kepada Ketua

Pegawai

Eksekutif kuasa untuk membenarkan perbelanjaan daripada

Kumpulan

Wang atau mana-mana wang lain yang diletakhakkan pada atau yang di bawah kawalan Perbadanan sehingga had yang hendaklah dinyatakan oleh Perbadanan.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

Kuasa untuk mengguna khidmat

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh mengguna khidmat dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur, penilai dan orang-orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF, PEGAWAI DAN

Suggest a correction

PEKHIDMAT PERBADANAN

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan, dengan kelulusan Menteri.

Tugas Ketua Pegawai Eksekutif

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(a)

penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan

Perbadanan;

Suggest a correction

(b)

pelaksanaan segala program, skim dan projek Perbadanan;

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 19

Suggest a correction

(c)

sentiasa memaklumkan kepada

Perbadanan dengan sepenuhnya akan kemajuan program, skim dan projeknya;

Suggest a correction

(d)

mengeluarkan panduan dasar atau menjelaskan keputusan

Perbadanan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

Suggest a correction

(e)

pelaksanaan keputusan Perbadanan dan arahan Pengerusi;

Suggest a correction

(f)

penyeliaan dan pengawalan ke atas pelaksanaan keputusan

Perbadanan; dan

Suggest a correction

(g)

pentadbiran dan pengurusan yang teratur fungsi dan hal-ehwal Perbadanan mengikut polisi yang ditetapkan oleh

Perbadanan.

Suggest a correction

(2)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am atas pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan.

Suggest a correction

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa tugas tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(4)

Sekiranya Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup, untuk melaksanakan tugasnya, Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, mengarahkan mana-mana pegawai lain melaksanakan tugas Ketua Pegawai

Eksekutif semasa Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan tidak boleh menubuhkan atau mengubah suai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai dan pekhidmat Perbadanan, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji, apa-apa skim pencen, dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain, tanpa kelulusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tatatertib pegawai dan pekhidmat

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(a)

dua orang anggota yang akan dipilih oleh atau daripada anggota Perbadanan, yang seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai Pengerusi; dan

Suggest a correction

(2)

Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Perbadanan selain Ketua Pegawai Eksekutif, ialah Lembaga Tatatertib Perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

Suggest a correction

(3)

Lembaga Tatatertib berkenaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah terdiri daripada Pengerusi Perbadanan sebagai Pengerusi dan dua orang anggota yang akan dipilih oleh dan daripada anggota

Perbadanan.

Suggest a correction

(4)

Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh menjadi anggota Lembaga

Tatatertib atau Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (6) dalam apa-apa prosiding di hadapan Lembaga atau

Jawatankuasa itu yang di dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang anggota yang akan dipilih oleh atau dilantik daripada anggota Perbadanan.

Suggest a correction

(5)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, Lembaga

Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 21

mana peraturan-peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 36.

Suggest a correction

(6)

Lembaga Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tatatertib, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Perbadanan, atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat

Perbadanan, dan Jawatankuasa Tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan, atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Lembaga Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(7)

Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan menjadi anggota mana-mana Jawatankuasa Tatatertib yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.

Suggest a correction

(8)

Mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib atau mana-mana

Jawatankuasa Tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (6) boleh, dalam masa empat belas hari merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Perbadanan yang boleh sesudah itu mengesahkan, mengakaskan atau memberi apa-apa arahan mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar.

Suggest a correction

(9)

Apabila Perbadanan mempertimbangkan apa-apa rayuan di bawah subseksyen (8), tiada anggota Lembaga Tatatertib atau

Jawatankuasa Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, boleh menghadiri apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.

Suggest a correction

(10)

Keputusan Perbadanan mengenai rayuan itu adalah muktamad dan konklusif.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Suggest a correction

Seksyen 24

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]

Open as pageSuggest a correction

hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan atau terhadap mana-mana anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.

Seksyen 25

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Perbadanan, semasa melaksanakan fungsi mereka sebagai anggota, pegawai dan pekhidmat

Perbadanan, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 26

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan—

(a)

kadar levi yang berlainan berkenaan dengan eksport dan import barangan yang berlainan;

Suggest a correction

(c)

pengecualian mana-mana orang atau golongan orang atau kelas barangan daripada pembayaran levi.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 23

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Levi yang dikutip di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Perdagangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28.

Suggest a correction

(4)

Perbadanan boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kastam untuk mengutip levi yang dikenakan di bawah subseksyen (1)

bagi pihaknya.

Suggest a correction

(5)

Menteri hendaklah, sekiranya dia berpuas hati bahawa adalah adil dan patut berbuat sedemikian, mengarahkan pembayaran balik sepenuhnya atau mana-mana bahagian daripada levi yang dikenakan ke atas apa-apa barangan atau kelas barangan yang telah dibayar menurut subseksyen (1) semasa apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakannya dalam arahannya, dan dalam mengarahkan pembayaran balik sedemikian, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

(6)

Menteri hendaklah, sekiranya dibuktikan sehingga dia berpuas hati bahawa apa-apa wang telah terlebih bayar atau tersilap bayar sebagai levi di bawah Akta ini, memerintahkan pembayaran balik wang yang telah terlebih bayar atau tersilap bayar itu, seberapa segera yang praktik:

Dengan syarat bahawa tiada pembayaran balik sedemikian akan dibenarkan melainkan tuntutan berkenaan dengannya dibuat dalam masa satu tahun selepas pembayaran terlebih atau pembayaran tersilap itu dibuat.

Suggest a correction

(7)

Tertakluk kepada subseksyen (6), Menteri tidak dikehendaki untuk membenarkan tuntutan yang disebutkan terdahulu melainkan tuntutan itu—

(c)

disertai apa-apa dokumen sama ada sebagai keterangan atau selainnya,

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan.

Kesalahan

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang gagal atau enggan membayar levi yang dikenakan di bawah seksyen 26 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 28

Kumpulan Wang Pembangunan Perdagangan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;

Suggest a correction

(b)

apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;

Suggest a correction

(c)

tertakluk kepada subseksyen (3), apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa kepada

Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;

Suggest a correction

(d)

semua wang yang didapati melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang atau penyediaan perkhidmatan oleh

Perbadanan;

Suggest a correction

(e)

semua wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 25

Suggest a correction

(f)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;

Suggest a correction

(g)

semua derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar Malaysia;

Suggest a correction

(h)

semua wang yang dibayar kepada atau diterima oleh

Perbadanan daripada levi yang dikenakan atau dikutip mengikut seksyen 26; dan

Suggest a correction

(i)

semua wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Dalam seksyen ini dan seksyen 29, ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan sebagai pinjaman.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang

Suggest a correction

Seksyen 29

Tertakluk kepada seksyen 30, Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan untuk—

Open as pageSuggest a correction

(a)

pembayaran apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan, termasuklah fi dan kos kaji selidik dan guaman dan kos dan fi yang lain, saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diguna khidmat oleh

Perbadanan, termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

Suggest a correction

(b)

membayar apa-apa kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh

Perbadanan pada menjalankan kuasanya atau melaksanakan fungsinya;

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

Suggest a correction

(c)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 14 dan bunga yang kena dibayar atasnya;

Suggest a correction

(e)

tertakluk kepada subseksyen 28(3), bayaran apa-apa caj atas apa-apa amaun yang diperuntukkan kepada

Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;

Suggest a correction

(f)

pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat

Perbadanan bagi maksud yang diluluskan oleh Menteri;

dan

Suggest a correction

(g)

pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Pengimbangan akaun hasil

Suggest a correction

Seksyen 30

Maka adalah menjadi tugas Perbadanan untuk memelihara

Open as pageSuggest a correction

Kumpulan Wang dengan menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsinya untuk memastikan supaya jumlah hasil Perbadanan, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 38, adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.

Seksyen 31

Kumpulan wang rizab

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pembayaran masuk dan keluar daripada kumpulan wang rizab hendaklah ditentukan oleh Perbadanan:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa bahagian daripada kumpulan wang rizab boleh digunakan bagi apa-apa maksud melainkan bagi maksud Perbadanan.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 27

Pendepositan dan pelaburan Kumpulan Wang

Suggest a correction

Seksyen 32

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan

Open as pageSuggest a correction

(a)

menempatkan Kumpulan Wang sebagai deposit dengan sebuah bank di Malaysia; atau

Suggest a correction

(b)

dari semasa ke semasa, melaburkan Kumpulan Wang atau mana-mana bahagiannya yang tidak dikehendaki dengan segera untuk memenuhi obligasinya atau menjalankan kuasanya atau melaksanakan fungsinya, dalam apa-apa pelaburan atau sekuriti yang pada ketika ini dibenarkan untuk pelaburan kumpulan wang amanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Suggest a correction

Seksyen 33

Menteri Kewangan—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya Menteri hendaklah memberitahu

Perbadanan amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan

Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Suggest a correction

Seksyen 34

Peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan

Open as pageSuggest a correction

Tahunan) 1980 [Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.

Seksyen 35

Surcaj

Open as pageSuggest a correction

(a)

telah gagal mengutip apa-apa wang yang terhutang pada

Perbadanan yang pemungutannya menjadi tanggungjawabnya;

Suggest a correction

(b)

adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa pembayaran wang daripada Kumpulan Wang yang tidak sepatutnya dibuat atau atas apa-apa pembayaran wang yang tidak diluluskan dengan sewajarnya;

Suggest a correction

(c)

adalah atau telah bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa kekurangan pada, atau atas pemusnahan, apa-apa wang, setem, sekuriti, storan atau harta lain Perbadanan;

Suggest a correction

(d)

sebagai, atau yang pernah menjadi pegawai perakaunan, gagal atau telah gagal menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya; atau

Suggest a correction

(e)

telah gagal membuat apa-apa bayaran, atau adalah atau telah bertanggungjawab atas apa-apa kelambatan dalam pembayaran, wang daripada Kumpulan Wang kepada mana-mana orang yang kepadanya bayaran itu kena dibuat di bawah mana-mana kontrak, perjanjian atau perkiraan yang dibuat di antara orang itu dengan Perbadanan,

Perbadanan hendaklah menyampaikan suatu notis bertulis kepadanya yang memintanya menunjukkan sebab mengapa dia tidak sepatutnya disurcajkan, dan jika penjelasan yang memuaskan hati tidak diberikan, dalam masa empat belas hari dari tarikh penyampaian notis yang

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 29

disebutkan terdahulu, kepada Perbadanan berkenaan dengan kegagalan mengutip, bayaran yang tidak sepatutnya dibuat, bayaran yang tidak diluluskan dengan sewajarnya, kekurangan atau pemusnahan, atau kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, maka Perbadanan boleh mensurcajkan sejumlah wang terhadap orang tersebut yang tidak melebihi amaun apa-apa amaun sedemikian yang tidak dikutip, apa-apa bayaran, kekurangan, atau kerugian atau nilai harta yang musnah, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan berkenaan dengan kegagalan menyimpan akaun atau rekod yang sepatutnya, atau kegagalan membuat bayaran, atau kelambatan dalam membuat bayaran, Perbadanan boleh mensurcajkan apa-apa jumlah wang terhadap orang tersebut sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan itu.

Suggest a correction

(2)

Pengerusi hendaklah menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif diberitahu tentang apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1)

dan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah sesudah itu memberitahu orang yang disurcajkan itu.

Suggest a correction

(3)

Perbadanan boleh pada bila-bila masa menarik balik apa-apa surcaj yang berkenaan dengannya penjelasan yang memuaskan hati telah diterima atau jika ternyata selainnya bahawa tiada surcaj patut dibuat, dan Pengerusi hendaklah dengan segera menyebabkan Ketua

Pegawai Eksekutif diberitahu tentang penarikan balik itu.

Suggest a correction

(4)

Amaun apa-apa surcaj yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan tidak ditarik balik di bawah subseksyen (3) hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Perbadanan daripada orang yang terhadapnya surcaj itu dibuat dan boleh didakwa dan didapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah atas guaman Perbadanan dan boleh juga didapatkan kembali melalui potongan—

(a)

daripada gaji orang yang disurcajkan jika Perbadanan mengarahkan sedemikian; atau

Suggest a correction

(b)

daripada pencen orang yang disurcajkan jika Perbadanan mengarahkan sedemikian,

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

dengan ansuran bulanan yang sama banyak tidak melebihi satu perempat daripada jumlah gaji atau pencen bulanan, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan yang berikut, peraturan-peraturan sedemikian boleh dibuat—

(a)

bagi mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh

Perbadanan;

Suggest a correction

(b)

bagi atau berkenaan dengan saraan atau elaun yang kena dibayar kepada mana-mana anggota dan anggota silih ganti

Perbadanan dan mana-mana anggota mana-mana jawatankuasa;

Suggest a correction

(c)

bagi menetapkan tanggungjawab, kelakuan dan kawalan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

Suggest a correction

(d)

bagi atau berkenaan dengan saraan, elaun dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

Suggest a correction

(e)

bagi bayaran pencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan di atas persaraan mereka atau selainnya keberhentian mereka daripada memegang jawatan sebagai pegawai dan pekhidmat sedemikian;

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 31

Suggest a correction

(f)

bagi cara bagaimana dan terma dan syarat yang di atasnya pinjaman boleh diberi kepada pegawai dan pekhidmat

Perbadanan di bawah perenggan 29(f) dan maksudnya; dan

Suggest a correction

(g)

bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Perbadanan yang boleh termasuk—

Suggest a correction

(i)

peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat semasa menanti prosiding tatatertib selesai;

(ii)

pengwujudan apa-apa kesalahan tatatertib dan pengadaan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh

Perbadanan, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat; dan

Suggest a correction

(iii)

tatacara bagi prosiding tatatertib, yang hendaklah memberi peluang kepada pegawai atau pekhidmat yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh pihak berkuasa tatatertib atas pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap pegawai atau pekhidmat itu.

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 37

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan peruntukan subseksyen (1),

Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas akhir setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

dihantar kepada Menteri suatu laporan yang memperkatakan aktiviti

Perbadanan sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Suggest a correction

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh memberikan kepada Perbadanan apa-apa arahan yang bersifat am, yang selaras dengan peruntukan Akta ini mengenai pelaksanaan fungsi dan penjalanan kuasa Perbadanan dan Perbadanan hendaklah melaksanakan arahan itu.

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Subseksyen 3(2)]

Mesyuarat

1. (1) Kuorum Perbadanan ialah enam orang.

(2)

Sekiranya mengenai apa-apa persoalan yang hendak diputuskan oleh

Perbadanan terdapat bilangan undi yang sama banyaknya, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

(3)

Tertakluk kepada subperenggan (1) dan (2) Perbadanan hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.

Perbadanan boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat

2. Perbadanan boleh meminta mana-mana orang (yang bukan anggota Perbadanan)

menghadiri mana-mana mesyuarat atau perbincangan Perbadanan bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 33

Meterai biasa

3. (1) Perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai biasa yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Perbadanan dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan.

(2)

Sehingga suatu meterai diadakan oleh Perbadanan suatu cap yang mengandungi perkataan “Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia”

boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai biasa Perbadanan.

(3)

Meterai biasa itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perbadanan.

(4)

Meterai biasa Perbadanan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perbadanan; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai telah dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah:

Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Perbadanan mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.

(5)

Meterai biasa Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Minit

4. (1) Perbadanan hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan, sekiranya ditandatangani dengan sewajarnya, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat

Perbadanan yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 490

Kesahan perbuatan dan prosiding

5. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah

Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Perbadanan;

(b)

ada pelanggaran peruntukan perenggan 6 oleh mana-mana anggota

Perbadanan; atau

(c)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Penzahiran kepentingan

6. Seseorang anggota Perbadanan yang, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung mempunyai, sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak atau yang ada mempunyai, sama ada secara langsung atau secara tidak langsung, apa-apa kepentingan dalam mana-mana kontrak atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Perbadanan, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan dan, melainkan jika dibenarkan secara khususnya oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Perbadanan yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

35

Akta 490

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A916

Akta Perbadanan Pembangunan

Perdagangan

Luar

Malaysia

(Pindaan) 1995 17-02-1995

36

Akta 490

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

4

Akta A916 17-02-1995

Common questions

What is MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992?
*AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992 is Malaysia Act, cited as Act 490 1992, currently marked in force and first recorded in 1992.
Is MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992 still in force?
Yes — MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992 is currently in force.
When did MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992 take effect?
MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992 was first recorded in 1992.
How many sections does MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992 have?
MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992 contains 38 sections.
Where can I read the official version of MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992?
The official text of MALAYSIA EXTERNAL TRADE DEVELOPMENT CORPORATION ACT 1992 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992 (No. 490)