Malaysia legislation
Section 21
of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992
Seksyen 21
(a)
penyediaan program, skim dan projek untuk pertimbangan
Perbadanan;
(b)
pelaksanaan segala program, skim dan projek Perbadanan;
Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia 19
(c)
sentiasa memaklumkan kepada
Perbadanan dengan sepenuhnya akan kemajuan program, skim dan projeknya;
(d)
mengeluarkan panduan dasar atau menjelaskan keputusan
Perbadanan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
(e)
pelaksanaan keputusan Perbadanan dan arahan Pengerusi;
(f)
penyeliaan dan pengawalan ke atas pelaksanaan keputusan
Perbadanan; dan
(g)
pentadbiran dan pengurusan yang teratur fungsi dan hal-ehwal Perbadanan mengikut polisi yang ditetapkan oleh
Perbadanan.
(2)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am atas pegawai dan pekhidmat lain Perbadanan.
(3)
Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa tugas tambahan sebagaimana yang diarahkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa.
(4)
Sekiranya Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara, oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup, untuk melaksanakan tugasnya, Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, mengarahkan mana-mana pegawai lain melaksanakan tugas Ketua Pegawai
Eksekutif semasa Ketua Pegawai Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan