Malaysia legislation
Section 23
of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992
Seksyen 23
(a)
dua orang anggota yang akan dipilih oleh atau daripada anggota Perbadanan, yang seorang daripada mereka hendaklah dilantik sebagai Pengerusi; dan
(b)
Ketua Pegawai Eksekutif.
(2)
Pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Perbadanan selain Ketua Pegawai Eksekutif, ialah Lembaga Tatatertib Perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
(3)
Lembaga Tatatertib berkenaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah terdiri daripada Pengerusi Perbadanan sebagai Pengerusi dan dua orang anggota yang akan dipilih oleh dan daripada anggota
Perbadanan.
(4)
Ketua Pegawai Eksekutif tidak boleh menjadi anggota Lembaga
Tatatertib atau Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan di bawah subseksyen (6) dalam apa-apa prosiding di hadapan Lembaga atau
Jawatankuasa itu yang di dalamnya dia menjadi pengadu; tempatnya hendaklah diambil oleh seorang anggota yang akan dipilih oleh atau dilantik daripada anggota Perbadanan.
(5)
Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, Lembaga
Tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengenakan apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia 21
mana peraturan-peraturan yang boleh dibuat di bawah seksyen 36.
(6)
Lembaga Tatatertib boleh, tertakluk kepada subseksyen (7), mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasa tatatertibnya kepada mana-mana jawatankuasa pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tatatertib, berkenaan dengan mana-mana pegawai atau pekhidmat tertentu Perbadanan, atau berkenaan dengan mana-mana golongan atau kategori pegawai atau pekhidmat
Perbadanan, dan Jawatankuasa Tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa sedemikian hendaklah melaksanakan, menjalankan, atau menunaikannya di bawah arahan dan kawalan Lembaga Tatatertib yang hendaklah mempunyai kuasa untuk mengkaji semula, membatalkan atau mengubah apa-apa keputusan atau dapatan jawatankuasa itu.
(7)
Tiada pewakilan boleh dibuat di bawah subseksyen (6) untuk membolehkan seseorang pegawai atau pekhidmat Perbadanan menjadi anggota mana-mana Jawatankuasa Tatatertib yang boleh menjalankan apa-apa kuasa tatatertib ke atas seseorang pegawai atau pekhidmat yang berpangkat lebih tinggi daripadanya.
(8)
Mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Tatatertib atau mana-mana
Jawatankuasa Tatatertib yang diwakilkan dengan fungsi dan kuasa di bawah subseksyen (6) boleh, dalam masa empat belas hari merayu secara bertulis terhadap keputusan itu kepada Perbadanan yang boleh sesudah itu mengesahkan, mengakaskan atau memberi apa-apa arahan mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan wajar.
(9)
Apabila Perbadanan mempertimbangkan apa-apa rayuan di bawah subseksyen (8), tiada anggota Lembaga Tatatertib atau
Jawatankuasa Tatatertib, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, boleh menghadiri apa-apa prosiding berhubungan dengan rayuan itu.
(10)
Keputusan Perbadanan mengenai rayuan itu adalah muktamad dan konklusif.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 490
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948