Malaysia legislation
Section 26
of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992
Seksyen 26
(2)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh memperuntukkan—
(a)
kadar levi yang berlainan berkenaan dengan eksport dan import barangan yang berlainan;
(b)
cara Perbadanan mendapatkan levi; dan
(c)
pengecualian mana-mana orang atau golongan orang atau kelas barangan daripada pembayaran levi.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia 23
(3)
Levi yang dikutip di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Pembangunan Perdagangan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28.
(4)
Perbadanan boleh memberi kuasa kepada mana-mana pegawai kastam untuk mengutip levi yang dikenakan di bawah subseksyen (1)
bagi pihaknya.
(5)
Menteri hendaklah, sekiranya dia berpuas hati bahawa adalah adil dan patut berbuat sedemikian, mengarahkan pembayaran balik sepenuhnya atau mana-mana bahagian daripada levi yang dikenakan ke atas apa-apa barangan atau kelas barangan yang telah dibayar menurut subseksyen (1) semasa apa-apa tempoh sebagaimana yang dinyatakannya dalam arahannya, dan dalam mengarahkan pembayaran balik sedemikian, mengenakan apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
(6)
Menteri hendaklah, sekiranya dibuktikan sehingga dia berpuas hati bahawa apa-apa wang telah terlebih bayar atau tersilap bayar sebagai levi di bawah Akta ini, memerintahkan pembayaran balik wang yang telah terlebih bayar atau tersilap bayar itu, seberapa segera yang praktik:
Dengan syarat bahawa tiada pembayaran balik sedemikian akan dibenarkan melainkan tuntutan berkenaan dengannya dibuat dalam masa satu tahun selepas pembayaran terlebih atau pembayaran tersilap itu dibuat.
(7)
Tertakluk kepada subseksyen (6), Menteri tidak dikehendaki untuk membenarkan tuntutan yang disebutkan terdahulu melainkan tuntutan itu—
(a)
dibuat dalam apa-apa bentuk dan cara;
(b)
mengandungi apa-apa maklumat; dan
(c)
disertai apa-apa dokumen sama ada sebagai keterangan atau selainnya,
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 490
sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan.
Kesalahan