Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992

Seksyen 28

Kumpulan Wang Pembangunan Perdagangan

(2)

Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan;

(b)

apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;

(c)

tertakluk kepada subseksyen (3), apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa kepada

Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;

(d)

semua wang yang didapati melalui pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang atau penyediaan perkhidmatan oleh

Perbadanan;

(e)

semua wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;

Perbadanan Pembangunan Perdagangan

Luar Malaysia 25

(f)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;

(g)

semua derma dan sumbangan yang diterima dari dalam atau luar Malaysia;

(h)

semua wang yang dibayar kepada atau diterima oleh

Perbadanan daripada levi yang dikenakan atau dikutip mengikut seksyen 26; dan

(i)

semua wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

(3)

Dalam seksyen ini dan seksyen 29, ungkapan “kumpulan wang pinjaman” ertinya apa-apa jumlah wang yang boleh diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan sebagai pinjaman.

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan

Wang