Malaysia legislation
Section 29
of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992
Seksyen 29
Tertakluk kepada seksyen 30, Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan untuk—
(a)
pembayaran apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Perbadanan, termasuklah fi dan kos kaji selidik dan guaman dan kos dan fi yang lain, saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diguna khidmat oleh
Perbadanan, termasuklah elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
(b)
membayar apa-apa kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh
Perbadanan pada menjalankan kuasanya atau melaksanakan fungsinya;
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 490
(c)
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah seksyen 14 dan bunga yang kena dibayar atasnya;
(d)
memberikan pinjaman di bawah seksyen 15;
(e)
tertakluk kepada subseksyen 28(3), bayaran apa-apa caj atas apa-apa amaun yang diperuntukkan kepada
Perbadanan daripada kumpulan wang pinjaman;
(f)
pemberian pinjaman kepada pegawai dan pekhidmat
Perbadanan bagi maksud yang diluluskan oleh Menteri;
dan
(g)
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
Pengimbangan akaun hasil