Malaysia legislation
Section 30
of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992
Seksyen 30
Maka adalah menjadi tugas Perbadanan untuk memelihara
Kumpulan Wang dengan menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsinya untuk memastikan supaya jumlah hasil Perbadanan, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri di bawah seksyen 38, adalah mencukupi untuk membayar semua jumlah wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuklah susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.