Malaysia legislation
Section 36
of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992
Seksyen 36
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan yang berikut, peraturan-peraturan sedemikian boleh dibuat—
(a)
bagi mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh
Perbadanan;
(b)
bagi atau berkenaan dengan saraan atau elaun yang kena dibayar kepada mana-mana anggota dan anggota silih ganti
Perbadanan dan mana-mana anggota mana-mana jawatankuasa;
(c)
bagi menetapkan tanggungjawab, kelakuan dan kawalan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
(d)
bagi atau berkenaan dengan saraan, elaun dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
(e)
bagi bayaran pencen, elaun atau ganjaran kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan di atas persaraan mereka atau selainnya keberhentian mereka daripada memegang jawatan sebagai pegawai dan pekhidmat sedemikian;
Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia 31
(f)
bagi cara bagaimana dan terma dan syarat yang di atasnya pinjaman boleh diberi kepada pegawai dan pekhidmat
Perbadanan di bawah perenggan 29(f) dan maksudnya; dan
(g)
bagi tatatertib pegawai dan pekhidmat Perbadanan yang boleh termasuk—
(i)
peruntukan bagi penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain, atau bagi penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat semasa menanti prosiding tatatertib selesai;
(ii)
pengwujudan apa-apa kesalahan tatatertib dan pengadaan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh
Perbadanan, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat; dan
(iii)
tatacara bagi prosiding tatatertib, yang hendaklah memberi peluang kepada pegawai atau pekhidmat yang terhadapnya prosiding tatatertib itu diambil untuk membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh pihak berkuasa tatatertib atas pertuduhan tatatertib yang dibuat terhadap pegawai atau pekhidmat itu.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat