Malaysia legislation
Section 9
of *AKTA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA 1992
Seksyen 9
(a)
sekiranya dia mati;
(b)
sekiranya, telah dibuktikan terhadapnya, atau, dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak; atau
(ii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)
selama lebih daripada dua tahun;
(c)
sekiranya dia menjadi bankrap atau telah membuat perkiraan dengan pemiutangnya;
(d)
sekiranya dia telah didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 490
melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal-ehwalnya;
(e)
sekiranya pada tiga kali mesyuarat
Perbadanan berturut-turut, tanpa kebenaran bertulis Menteri, dia telah tidak menghadiri juga tidak diwakili oleh anggota silih ganti, jika ada, yang dilantik berkenaan dengannya;
(f)
sekiranya pelantikannya dibatalkan oleh Menteri; atau
(g)
jika perletakan jawatannya diterima oleh Menteri.
(2)
Peruntukan subseksyen (1), selain perenggan (e) adalah terpakai mutatis mutandis kepada anggota silih ganti.
Pengisian kekosongan